• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Terciptanya Alien Oren

Alien Oren bukanlah nama pertama dalam senarai. Langsung tak masuk senarai! 


Bermacam-macam nama direka selepas insiden yang membuat kakinya tempang hampir enam bulan lalu. Dua kaki, tujuh kaki, xuesheng eternity, jiwa oren, alien bumi... itu semua nama yang sepatutnya didaftarkan. 


Setelah ditimbang tara tanpa neraca, akhirnya Alien Oren dipetik untuk didaftar secara rasmi tepat di awal Tahun Baru Cina 2021. Itupun hasil ihsan dari blogger yang sekamceng sejak 2014 lalu. 


Kata dia, sayang jika aku lesapkan blog lalu. Sudah jadi trademark katanya lagi...


Ha, trademark lah sangat. 


Cerita lainnya, domain blog yang satu itu bermasalah. Tak dapat dibuka sejak berlaku pemindahan hosting. Itulah...nak cerita tentang itu pun boleh habis satu entri. Nantilah aku cerita penuh.


Rebranding online persona


Tahun 2020 bukan saja ubah dimana duduk dirinya aku sekarang, malah turut memberi impak yang amat dasyhat pada personaliti yang aku pernah percaya 20 tahun lalu. 

Aku penat pikul nama yang bukan lagi identiti yang aku mahu. Ya, ia pernah mencipta pelbagai memori, menangi pelbagai giveaway dan contest, diangkat sebagai penulis separa masa laman beli belah terkemuka, dan tipulah kalau aku kata ia tidak menghasilkan pendapatan sampingan. 

Ada. Dan sentiasa ada. 

Tapi itu semua cerita tiga tahun lalu. 

Kini, segalanya telah dihapus dari semua penjuru enjin carian. Nama itu kalau boleh aku mahu lupuskan dari dunia maya. Biar orang yang mencari dan pernah mendengar nama itu tidakkan bertemu dengan apa yang dicarinya. Ia mati. 

Pengakhiran bagi sebuah permulaan. Itulah yang menghasilkan siapa aku sekarang. 

Alien Oren

Sebab budak ambivert selalu jadi alien di dunia introvert dan extrovert. Plus, oren cool kot! hahaha

Tak mudah sebenarnya buat keputusan untuk kuburkan sesuatu yang pernah jadi sebahagian dari nadi dan peneman sepanjang perjalanan bergelar seorang pelajar. Dialah tempat aku meranting dunia diploma sehinggalah masuk ke alam pekerjaan (walaupun sekejap).

Tempat cerita pelbagai crush hahaha....tapi tu lah....inilah keputusannya. Demi kebaikan sebuah nama, dan pemula baru bagi sebuah kerjaya. 

Jadinya, untuk kalian yang pernah tahu dan kenal siapa Xiao Ren sebelum wujudnya Alien Oren ini, aku harap kalian faham atas segala perubahan yang sedang berlaku. 

Nama yang terdahulu itu biarlah tetap sebagai kenangan lalu. 

Akhir kalam, selamat datang ke ruangan Alien Oren!


Dan xin nian kuai le!

Comments

  1. Salam perkenalan Alien oren.. Walau siapa pun anda yang dahulu, anda yang sekarang ini adalah sesuatu yang kembali bersemangat dan gagah melangkah..
    Sha doakan semoga dengan sesuatu yang baru ini, awak akan jadi jauh lebih baik, bahagia dan juga semakin cemerlang dari sebelum ini.. Teruskan melangkah dengan gagah dan ciptalah memori dan kejayaan yang baru.. Gunakan pengalaman yang lama sebagai sumber untuk terus melangkah kehadapan.. You can do it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak kak sha ^_^

      Sokongan dan dorongan dari para blogger amatlah dihargai. sebab tu lah masih tetap berblogging walau suam-suam kuku.

      InsyaAllah akan terus melangkah selagi punya daya.

      Delete
  2. eh jap jap. alien oren adekah sofie adi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya kak ana. Kita rebranding 😂. Satu lagi sebba blog lama dah rosak tak dapat buka.Tu alang² buat blog baru terus rebranding.

      Amacam cool tak oren?😆

      Delete
    2. yeahhhhh sipbaik betul Sofie Adi. takut salah orang hehehe

      seriyes cool + kemas terokssss Alien Oren nih! hehehe

      Delete
    3. muahahahaha thank you soooo much kak ana! awesome an. eh, eh bangga pulak...takdelah...seronok betul dapat komen dari blogger yang kenal blog lama dulu...klmj sangat...mostly sekarang semua tak berapa nak aktif...

      Delete
    4. haah tu lah bila kwn2 kenal kita dari blog yg lama, rasa terharu pun ada mcm ehhh ada yang perasan blog aku rupanya hehehe.

      haah lah ramai yang dah tak aktif.. kekangan masing-masing agaknya kan..

      Delete
    5. gila tak perasan, lagi2 kak ana rajin komen blog dulu. mostly suam-suam kuku, tak pun chipsmore...tu lah banyak kekangannya sekarang. takpelah kita yang ada ni, teruskan legasi blogging...

      Delete
  3. salam perkenalan dari cikgu zim..oh ini blog baru ya, happy blogging alienoren..sy follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan jugak cikgu zim! terima kasih sudi follow sini :D

      Delete
  4. Slmt kembali berblogging.. Salam kenal jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "D alhamdulillah. semoga terus konsisten pulak

      Delete
  5. Wahh first thing masuk sini memang tergamam tengok semua oren. Memang terbaik theme nih. Salam perkenalan terima dan kasih sudi baca blog AMERZING!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you amer! salam perkenalan dan salam blogger!

      Delete
  6. Suka theme & color blog ni...Keep orange-ing okay!!💕

    ReplyDelete

Post a Comment