• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie bertujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Mana tujunya?

Kalau ditanya perihal tujuan, perancangan, motif yang berkait dengan kehidupan ni pasti jedanya panjang. Tiada jawapan...


Setiap tahun baru yang berlalu, tak kiralah tahun Islam, Cina mahupun tahun masihi, balik-balik soalnya; 

'Apa perancangan kau?'


Fedup! Sampai satu tahap aku rasa macam nak lari jauh dari ditanya mengenai persoalan begini.


'Bila nak kahwin?'

'Sampai bila nak menganggur?'

'Sampai bila nak jadi biawak hidup habiskan beras orang?'

Dan...paling sakit bila dengar lafaz;

'Kalau kau ingkar, jangan pulang jumpa keluarga...'


Bodohkan?


Secara warasnya ia tak sakit. Sebab dah terbiasa dibuang sedari kecil.

Tapi naluri itu wujud walau bersisa. Perit...


Itulah permulaannya yang sebenar bagi kenapa persona itu diubah. 

Jawapan bagi kenapa aku mahu buang nama itu sejauh mungkin...paling tidak, jika dilempar caci dan maki, nama itu sudah tiada berkait. Habis cerita. 


Kau kan alien...pelik semedang...


Perkara buang membuang itu mudah. Kau taknak, buang. Simple.

Terlalu simple. 


Aku dah berapa kali google, macam mana untuk hilang dari radar. Adakah aku perlu palsukan kematian agar aku dapat lupakan kehidupan yang aku langsung tidak idamkan ini?


Ah! Drastik benar bunyinya. 

Okaylah, paling simple sekali tukar nama. Jika punya peluang, perkara yang paling mahu aku ubah adalah nama. Sejak lahir aku tak pernah suka nama sendiri.


Yang kedua simple adalah, migrasi. 

Migrasi ke dunia yang tiada seorang pun kenal kau. Hijrah kata lainnya. Pindahlah sejauh mungkin dari halaman yang kau pernah jejak dan selesa dengannya. 


Tapi nyata alam lebih tahu perancangan yang lebih baik. 

Ia aktifkan perosak yang membejat pergerakan norma. Akhirnya yang terkandas angan dan impian itu semuanya aku. Kekal jumud dan mundur tanpa sebarang perubahan baru...


Mana tujunya?

Di kaki katil jua kau meneleku, mana arahnya...

Di bucu bantal jua kau bersadu, mana hujungnya...

Comments

  1. Kena mulakan langkahlah kalau begitu.. Melarikan diri itu kena ada kekuatan..
    Mungkin belum masanya.. Jangan mengalah.. InsyaAllah satu hari nanti mungkin tercapai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin amin amin
      insyaAllah akan terus berjuang dan mencuba sehingga berjaya "D

      Delete

Post a Comment