• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie bertujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Kaki retak, jiwa yang parah...

Enam bulan lepas banyak peristiwa yang tak dijangka berlaku, terjadi. Dalam masa lima bulan tu jugak, pelbagai perang psikologi dihadap. Dia punya level overwhelmed tu tak payah ceritalah. 


Memandangkan aku pun dah macam stabil sikit, maka aku akan kongsi serba sedikit peristiwa apa yang berlaku hingga aku ambil keputusan untuk tukar online persona dan padam semua persona lama dulu. SEMUA. Blog, podcast, instagram, facebook, twitter....semualah.


Dah lama sangat aku perap cerita ni. Makanya, di hari Isnin yang cerah, terang, bersinar mentari tinggi di langit begini, aku share sikitlah pengalaman terlibat dalam kemalangan kendiri, retak tulang kaki, hidup bersimen untuk tiga bulan dan jadi budak tempang. 



Bertabahlah dengan post panjang berjela ni. 


Peristiwa bersejarah: Hari Malaysia

Nak dijadikan cerita, kemalangan tu tepat terjatuh pada malam Hari Malaysia. Well, takdelah cun-cun 16 September, sebab kitaorang eksiden 15 September 2020, jam 1858. Waktu Maghrib


Hari tu kitaorang (as in: aku, adik aku yang belajar di Unimas, mak, dan ayah) rancang akan sampai di Kuching paling lewat pukul 8 malam dari Miri. Untuk warga Sarawak, diorang dah faham benar macam mana pengalaman guna jalan darat dari Miri ke Kuching. 


Untuk korang yang belum tahu, boleh tengok video ni. Betapa tidak selesanya perjalanan bila semua laluan berkondisi dalam pembinaan. Sakit punggung weh!!! Aku rasa dari zaman kecil sampai besar memang takde perubahan langsung jalannya.



Plan dia simple je, hantar adik aku balik Unimas sebab ada kem Palapes, lepas tu ziarah kakak serta anaknya di Samarahan dan balik Miri. Selesai. 


Tapi tak....


Lepas je keluar dari feri Triso, dalam beberapa minit kemudian, segalanya musnah. 


Gambar terakhir diambil sebelum kemalangan

Boom kebaboom....


Ada dua benda berlaku sebelum kemalangan; 

  1. Usai turun dari feri, bumper kereta tersagat dengan jalan
  2. Selekoh yang hampir hilang kawalan tapi dapat dielak

Dan ketiga, selekoh penjuru 90 yang memang tak dapat nak dielak.


Korang bayangkan dua selekoh 90;

  • yang satu kena putar stereng ke kanan. 
  • Lepas je habis pusing kanan, kena balas cepat sebab selekoh 90 seterusnya kena pusing habis ke kiri. 
  • Dan part itulah yang ayah tak dapat nak balas dan berakhir dengan pertembungan bersama batang paip di jambatan.


Drama pukul 7

Dalam beberapa saat, suasana yang aku nampak hanyalah kepulan asap, gelap, dan terdengar laungan istighfar berulang kali diucapkan.


Saat seterusnya, semua orang dah keluar kereta. Tinggal aku seorang yang masih meraba mencari phone, cermin mata dan cuba cerna apa yang terjadi. Segalanya seakan berpinar. Sesak dan senak. Muka yang tadinya elok, mula terasa kebas. Tekak mula kering. Perih. Bila nak telan liur, rasa darah. Pipi dipegang, terasa nyilu. 


Adik aku laju melompat keluar dari kereta untuk merakam dan maklumkan apa yang berlaku pada beradik terdekat.


Dengan pekatnya gelap malam, jauh pulak dari perkampungan, mujur talian telefon masih ada. Yang malangnya, bateri telefon yang habis!


Aku?


Masih terkelu. Nak keluar kereta tak dapat. Bila digerakkan kaki rasa ngilu. Nak berpijak terasa mencucuk. Lemah benar! Aku panik. Kenapa tak boleh berdiri? 


'Okay cuba lagi. Oh, God! It's really hurt!'


"Weh, cepat keluar. Pakai kasut, pergi duduk dekat tebing sana" arah adik aku. Aku menggeleng sambil menyeringai kesakitan. 

"Kaki orang tak dapat nak gerak..."

"Bah, cubalah diri dolok. Sini pegang orang..."

"Aw aw aw aw..." aku kembali duduk. Kepala digeleng. 

"Kejap lok..." sambil cuba betulkan duduk dan menyarung kasut di kaki dengan elok, nafas ditarik dalam. 'Okay, berdiri!'

"Aduhhhhh, makin sakit!"


Okay, drama tak drama masa tu, tapi memang sakit giler wehhhh! Masa tu aku fikir, just terpeleot urat je. Takde pulak fikir sampai tulang semua. 'Sikit je ni, nanti pergi hospital okaylah tu...' kata aku.


Dalam pukul 8 malam, baru kitaorang pergi ke klinik kesihatan berhampiran. Klinik Kesihatan Kampung Sebuyo kalau tak silap. Aku sendiri memang tak pernah singgah ke kampung ni. Itupun ayah tak ikut dulu sebab kena uruskan hal kereta, insuran dan sebagainya. 


Oh, macam mana aku gerak? 


Piggyback dengan ayah aku. Awkward tak awkward takyah cakaplah...


Orang pertama yang aku bagitau pasal eksiden, tu haa kawan tukang jaga kereta dekat belah nu. Tu pun aku mintak tolong dia rogerkan dalam group Arauian. Sebab bateri phone dah nak habis.


Sampai kat klinik, aku dengan adik boleh gelak lagi. Yelah, macam tak caya pulak kan. Selama 20 lebih tahun jadi penumpang ayah, ni kali pertama kitaorang eksiden. Mahu tak trauma...


Kliniknya pulak memang terpaksa ganggu doktor yang oncall. Berkerusi roda jugaklah nak menuju ke katil tu. Masa tu kaki dah mula seram sejuk, bengkak bagai dah. Tapi masih boleh gurau...okaylah tu.


Dari pukul 8 sampailah nak pukul 12 baru urusan kereta selesai dan kitaorang dah dalam perjalanan ke Kuching pergi ke Hospital sana untuk rawatan seterusnya. Jauh tak jauh, memang itulah jarak yang terpaksa dihadap.


Lesu, tepu, tak selesa, muka minyak, bau asap semua ada. 


Dalam pukul 3 pagi, baru tiba di hospital. Allah, lemaunya badan....lelah alu rasa eh! Nak bergerak, pergerakan terasa terbatas. Berkerusi roda, disorong oleh ayah...muka tak rupa orang. Sememeh!


Habis yang lain okay tak?

Mak; senak dada kesan hentakan kuat pada dashboard.

Ayah; lengan lebam kebiruan, dada sesak sikit, katanya.

Adik; kaki kiri lebam akibat terperosok bawah kerusi. Muka bercalar, kesan dari cermin mata.

Aku pulak, penumpang di belakang kerusi pemandu yang retak tulang tibia bagai.. Itulah yang doktor jangkakan bila diorang tengok kondisi aku. 


Apasal sampai boleh retak? Tak pakai seatbelt ke?

Tu lah dia...terbiasa duduk belakang tak pakai seatbelt...tak tahu malang menjengah hari tu. Duduk pulak bersila atas kerusi....hurm....


Nonenonenone....lepas x-ray, suntik ubat tahan sakit semua, azan subuh jugaklah aku dipasang simen. Berminyak dan melekit gila rasa seluruh badan! Terpaksa pakai kain hospital since simen yang dipasang, tipunya sepanjang kaki!


16 September 2020

Itulah hari pertama kaki kanan aku dibalut simen dan menjadi warga istimewa. Kad appointment ada tanda 'pesakit berkerusi roda'. Terasa diri istimewa sangat! hahaha...pengalaman tu jadi warga kelainan upaya.


Uncle aku yang terpaksa hangkut anak buahnya ni dari hospital, masuk kereta dan hangkut lagi masuk kerumah. Malu siaa!!!


Berat aku dah berkilo. Tambah pulak dengan berat simen, mau patah pinggang dia. Dahlah berkain hospital! Aigoooo....


Mengensot ke tandas 👀

Sejak daripada itu, bermulalah kehidupan aku sebagai sistur ngensot buat sementara waktu. Masa tu belum ada kerusi roda lagi. Nak ke tandas memang sengsara giler. Benda boleh siap lima minit, jadi 30 minit. Macam pergi larian marathon pun ada. Berpeluh, pucat...


Fuh! Suatu pencapaian baru bila dapat pergi tandas dalam masa 20 minit pergi balik. Waktu ni kakak sulong aku sempat ziarah dari Johor nu dia terbang. Tolong mandikan, tolak aku pergi tandas, sediakan makanan...


Terasa sangat membebankan semua orang....


Appointment Pertama: 21 September 2020

Simen ditukar. Kalau sebelum ni lurus je, kali ni doktor bengkokkan kaki supaya selesa sikit. Alhamdulillah tiada apa kontradiksi yang berlaku. 


Aku disimen dari paras paha sampailah ke hujung kaki. Yang tinggal jari kaki je. Masa disimen tu aku tanyalah doktor, 

"Macam mana nak ke tandas kalau bersimen penuh?"

"Pandai-pandailah..."

'Pandai-pandailah'? 


Rasa macam, ni kali pertama. Aku ulang, pengalaman pertama kaki bersimen. Macam mana aku nak adapt benda paling tidak selesa dalam hidup tanpa sebarang klu?


Urgh!


Fasa breakdown

Seminggu lepas tu aku cuci soc-med. Entahla....rasa macam loser, useless, incapable dan worthless gila....


Nak ke tandas, kena susahkan orang...

Nak makan, kena berhidang. 

Tak boleh makan pedas, nasi kena makan bubur. Sebab dalam mulut masih terkesan impak pecah akibat terhentak dekat kepala kerusi. Mata ikan pulak tiber nak timbul time macam ni....hurm...


Ada satu masa tu aku hilang kawalan untuk berdiri sampai terjatuh sebab nak ke tandas. Ngilu dia tak terucap. Automatik kau mengalir air mata. Pedih yang kau tak nampak. Masa tu masih lagi takde kerusi roda. 


Selera makan takde. Makan sekadar untuk hidup dan demi kesembuhan tulang...


Leave me alone...

Sebelum pada semua insiden ni berlaku, adalah salah seorang kenalan ni ajak join team dia untuk bahagian teknikal website. Tapi aku retracted dari team sebab tak dapat nak deliver seperti apa yang dia mahukan. 


Setiap hari dia contact, dm, mesej, tanya perkembangan dan status website. Koyak jiwa weh!


Tambah pulak kau langsung takde laptop pun nak handle issue tu. Aku pulak malas nak explain kondisi apa semua dekat dia. Sebab...malas. Bagi dia, ia tetap sebuah alasan...


Masa tu jiwa macam lost giler. Takde excitement feeling. Rasa plain in everything. Benda yang aku minat, semua dipandang sepi. Rasa macam hilang purposes untuk hidup...rasa loser...


Detachment, alienated, isolated... The only D.A.I yang aku pro.


Hilang semua minat pada hasil kerja blog yang selama ni aku pupuk bagai nak rak. Podcast sendiri pun rasa muak dengar. Semua rasa pffth. Rasa hampeh, rasa pelbagai rasa yang tak sepatutnya dirasa.


Nikmat berkerusi roda

Lepas je dapat kerusi roda, dia punya bahagia rahmat gila. Dapat juga berdikari nak kemana pun. Walau masih terbatas pergerakannya, at least, tak menyusahkan orang. Ada jugaklah sekali dua pergi jalan-jalan berkerusi roda.


Huhuhuhu terasa diriku begitu istimewa...


Appointment kedua: 12 Oktober 2020

Sebulan dah simen bengkok tu bersarung. Sampai hancur dipakai. Nasib appointment kali ni aku ditukar ke cast yang lagi ringan dan lebih pendek. Dari paras bawah lutut sampai ke kaki. Lagi selesa sikitlah. Sikit jelah. 


Tapi still rimas. Bayangkan dah sebulan lebih kaki kau tak mandi. Rasa kering, mengerutu, gatal memang normallah. Doktor cakap jangan garu atau jolok benda dalam sarung, tak bagus kalau kapas tu terkumpul. Tapi, aku punya eager nak garu tu MasyaAllah. Habis semua pesanan letak tepi. Dapat garu tu satu nikmatlah. 


Sekali bercalar balar kaki kau. Dahlah kulit kering. Masa ni aku harap sangat, tak perlu susahkan orang sekeliling untuk ke tandas dan sebagainya...malu seh...


Appointment ke-tiga: 9 November 2020

Masuk appointment seterusnya, cast masih kekal, tak bertukar. Katanya masih elok. Doktor cuma cakap aku boleh pijak penuh dan latih berjalan guna satu tongkat, kalau boleh. 


Maka, pulang dari appointment yang keempat tu dengan hati sebel jugaklah. Sebab tak boleh bukak cast lagi. Dua bulan dah kot. 


Tipulah kalau kata aku tak Google pasal semua benda ni. Google kot. Semua blog, cerita dan pengalaman orang pakai cast aku baca. Konon nak bagi cepat pulih. Sebab 'orang kata' tiga bulan dah boleh kembali normal. Mungkin setiap orang tak sama kot...


Semua persoalan ni aku Google;

Apa perlu buat, macam mana nak solat, senaman apa, dan paling banyak sekali aku baca adalah cara yang betul gunakan crutches. Annoying gila bila tak tahu dan takde sape ajar semua cara ni. Tutorial pun takda. Clueless gila! 


At least, bagilah pamplet ke. Pamplet 'Tulang kaki patah/retak: Apa perlu buat?' 


Yelah, sebab jawapan; 'semua benda boleh Google'. *tarik nafas panjang* sabar, sabar....memang semua benda boleh Google. 


Adalah dalam sebulan tu aku praktis bertongkat sebelah dengan harapan bila simen dibuka nanti senanglah terus dapat jalan. *naifnya seketul alien ni...*


Berhari jugaklah aku figure out cara guna crutches ni. Biasa tengok dalam drama, dorang pegang crutch selari dengan kaki yang sakit. SALAH!!!!


Pegang crutch kena berlawanan dengan kaki yang sakit. Bukan selari.


Bukan apa, aku nampak drama mistake ni dalam cerita 'Easy Fortune Happy Life'. Sakit pulak hati aku tengok si Yan Da Feng pakai crutch gitu. Urgh sangat! Berkali aku gelakkan dia. Bapak awkward sia lakonan dia. The heck sungguhlah!


Appointment ke-empat: 21 Disember 2020, Cast dibuka

Beberapa hari nak masuk tahun baru, akhirnya barulah kaki ni bebas daripada cast! Totally out of the cast! Hip hip hooray!!! Tapiiiiiii......


semuanya back to zero....tak kisahlah seterer mana bertongkat sebelah tadi, tapi bila cast dibuka, kaki kau macam kaki bayi. Lembik, lebam, ngilu bila pijak lantai, kering, dengan bulu kakinya naudzubillah menggerutu...ergh

Mungkin part bulu kaki tu tak rupa bayi dahlah...hahahaha


Dua minggu selepas bebas cast

Itu tempoh untuk aku dapatkan dan biasakan balik semula kaki ni. First two weeks, aku terpaksa guna dua axillary crutches. Sebab sendi kaki tak boleh nak berpijak. Lepas dia dah okay sikit, aku guna satu a.crutch. Masih lagi bergantung pada a.crutch.



Bila dah start okay sikit, sendi pun dah tak keras sangat, kaki boleh awkwardly flexible, aku berpindah pada elbow crutch. Ha, baru selesa sikit nak menapak walaupun kelihatan seperti tempang...


Adalah laju sikit menapaknya. Rasa macam tak sabar nak bebas dari bantuan crutches. Ada masa tu aku cuba jugak buang crutch masa berjalan tapi rasa macam titan dah gaya jalannya...


Appointment ke-lima: 1 Februari 2021

Kali ni doktor nasihatkan untuk bebas dari sebarang penggunaan bantuan crutches dan dia bagi kad untuk rawatan fisio pulak. Rasa macam awesome, cool gitu bila dapat melalui semua pengalaman ni.


Memanglah ada perit, cacat dan sakitnya, tapi tu lah...punyalah selama ni selalu wonder, best ke jadi pesakit fisioterapi dengan orthopedics ni? Kalau dapat kenal dan berkawan dengan seorang pesakit yang ada pengalaman macam ni pun jadilah...


Ha....sekali kau sendiri yang laluinya. Rasain lo! Hahahaha


Semua 'kata orang' dan khabar tentang 'tulang ngilu bila musim sejuk bagi orang yang ada besi dalam kaki' tu dah dirasa. Walaupun aku takde masuk besi bagai, tapi ngilunya....uish menyengat gila! 


Benda ni aku search jugaklah. Betul atau tidak, pernah dibuktikan oleh kajian yang  menyeluruh secara saintifiknya ke...malangnya tiada bukti saintifik tentang semua perasaan yang dialami pesakit ini...





Yang gambar kaki kanan vs kaki kiri tu, aku just nak bagitahu, sepanjang kaki bersimen, dia akan jadi kusam dan gelap. Kurang nutrisi barangkali. 


Lagi satu, kaki yang bersimen tu, dia akan kembang bila dalam kondisi duduk sebab darah tak mengalir. Sebab tu, aku lebih banyak baring dan tinggikan kedudukan kaki tu dengan sokongan dari bantal atau kusyen. 


Literally berehat gila sepanjang musim pandemik ni. Nasib baik jugaklah tak bekerja. huhuhu 

Yang tak baiknya, takde sumber pendapatan lah...ini pun hidup di bawah naungan ihsan keluarga kakak. Tak tahulah bila dapat balas balik jasa semua....


Setiap kali jumpa doktor, diorang mesti pelik. 

Apa yang dibuat oleh orang Miri yang duduk di Shah Alam, menerima rawatan di Kuching serta menetap di Samarahan? 

Unemployed pulak tu...


Entahlah labu...


Ada satu lagu dari kumpulan Falling In Reverse yang translated literally fasa sepanjang aku bersimen.



Sepanjang perjalanan, aku putar semua lagu dari band FIR ni. Boleh dikatakan tahun lepas aku hantu FIR. Semua album diorang aku layan. In future, aku rasa band FIR ni boleh jadi reference untuk semua memori ni. Nasib baik sebelum insiden tu aku dah cabut earphone siap dan simpan dalam beg. Kalau tak, naya terputus....


Jawapan bagi macam mana nak ke tandas bila bersimen penuh kaki tu, bagi aku...biarlah korang cari sendiri. Macam yang doktor cakap, 'pandai-pandailah'.

Aku pun pelik, kenapa takde jawapan solid. Mungkin sebab perkara berkaitan tandas ni seakan mengaibkan.

Dalam kondisi bersimen penuh, terlalu aktif dalam pergerakan adalah sesuatu yang tidak menyihatkan bagi kelahiran sel tisu baru untuk cantuman tulang. Kau kena pastikan;
  1. Cast tak basah
  2. Tak boleh menapak

Menapak terlalu awal tanpa nasihat daripada doktor akan menyebabkan pertumbuhan tulang sedikit terencat. Senang cerita, kaki akan pendek sebelah.


Sheram...aku mintak sangat hal tu tak berlaku. Risau jugaklah kan...tapi so far rasa macam okay je kot.


Panjang lagi nak cerita. Ni belum lagi cerita pasal fisio treatment yang akan masuk kali ketiga aku pergi. Tapi takpelah...fisio punya cerita kita kongsi kemudian hari. 


Sekarang ni, alhamdulillah dah boleh solat berdiri. Jalan pun dah tak berapa tempang.


Pengalaman peribadi aku selepas retak 1/3 tulang tibia, mengambil masa lima bulan untuk pulih semula dan kembali normal. 


Lama memang lama. Mungkin faktor usia dan tekad jugak kot. Aku pun dah tak kisah dah berapa kali dan berapa jenis PKP yang dilaksanakan. Semua sama je. Takde benda beza.


Nak sembuh laju sangat pun, tak kemana jugak...huhuhu...

hurm...


Aku ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang menyokong secara langsung mahupun tak. Yang mendoakan, yang bagi dorongan dan terima kasih buat keluarga, adik beradik terutamanya. Yang sentiasa ada, faham dan tetap setia di sisi walau aku berkali-kali jauhkan diri...


Lain waktu, aku kongsilah aktiviti apa je aku buat sepanjang pakai cast. Papehal, stay safe and keep inspiring everyone!


Thanks for reading the endless story.


AO


p/s: nampak tak betapa panjangnya entri ni sampaikan awallun muqaddimah tadi aku nyatakan mentari menyinar berseri bagai dan sekarang dah masuk hari selasa dah pun.... 

Comments

  1. allahuakbar eksiden lah perkara taknak terjadi kan tapi ye lah takdir menentukan. lima bulan ambik masa untuk betul2 sembuh semula kaki ye? moga terus kuat & sihat tau.. mcm2 perasaan kak ana baca kisah dari mula sampai habis T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Lima bulan baru dapat jalan macam normal balik. Walaupun masih bersisa tempangnya.

      InsyaAlla. Ni pun baru je okay sikit. Takdelah koyak seteruk hari tu...huhuhu thanks baca sampai habis. Berkajang panjangnya ni. Habis semua emosi terhambur...well, takdelah semua...tapi itulah dia...

      Delete
  2. huaaa, pengalaman :( i baca till last word, perasaan :( can not express dgn feeling .. huhuhuhuhu sedihnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😔 kannn...thanks atie baca sampai habis.

      Ni kira simpan kenangan untuk ditatap hari kemudian..

      Delete
  3. T^T be strong sis. everyone just can say that but the only one who can make it is YOU! <3

    ReplyDelete
  4. Sedihnya...sheramnyaaa baca pengalaman ni..keep strong!!! Dulu maksu Nona pun accident gini..pakai tongkat tu..Masuk besi woo... Ahamdulillah, masih bernyawa... Di setiap ujian, pasti ada hikmah... Kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish masuk besi lagi sherammmm. kita ada tengok ramai yang masuk besi, takut tengok. alhamdulillah ni sekadar bersemen, tapi boleh tahan koyak jiwanya...over ngat huhuhuhu

      alhamdulillah....

      Delete
  5. Replies
    1. sure do! thanks for the support nona! :D

      Delete
  6. Pengalaman yang tak mudah dilupakan, sedih, tapi kena terus lawan untuk hadap juga ujian tu.. Keep strong alien oren!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. perit macam mana pun kena terima jugak dan teruskan hidup. thank you atas doanya ^_^

      Delete
  7. salam. I read from start until to the end. Nice way to wrap the story. Saya doakan awak cepat2 sembuh dan dapat berjalan macam biasa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, thank you ada☺

      Amin, insyaAllah masih dlm pemprosesan berjalan normal

      Delete
  8. Sometimes kita takkan tahu the real situation unless kita sendiri yang alami nya..i have been in your situation before..tapi part yg mental and emosi jela..i delete everything even fb,ig and all..until i buat comeback again. Moga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa tabah dan kuat for everything..

    psstt... weh orang shah alam ke? jom lepak bila free hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. indeed AD! the comeback do really feel totally new actually. dropping all the baggage that slowing our growth or not exactly helped in our growing process on becoming ourselves.

      Amin! Thanks for the wish and doa.

      p/s: alien purposely menetap dishah alam XD. insyaAllah, bila spaceship dah siap gua roger

      Delete
  9. Akak simpati dengan Alien Oren, atas apa yang terjadi. Sekarang dah sihat, kan. Pengalaman suami akak pun macam sama. Tapi, orang fisio tu ada ajar camana nak pakai tongkat ketiak. Langkah demi langkah. Tengok hospital kot, ye. Nak pergi toilet dia tak ajar, tapi konsep yang sama juga. Lama juga ye, pakai cast. Sebab Alien Oren cedera tulang. Suami akak, putus ligament. Lagi 2-3 minggu akan buka cast, Insya-Allah, dan pasang leg brace tu. Thank you share tentang pengalaman alien oren. Tragedi betul accident tu.

    ReplyDelete

Post a Comment