• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie bertujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Buy Me A Coffee please...

Pernah dengar tentang Buy Me A Coffee tak?

Okay, kalau tak pernah, Patreon pernah dengar?

Hurm...tak pernah dengar dua-dua ni jugak...okay meh sini aku tolong ceritakan tentang dua perkara ni. Jangan risau, aku pun baru jugak tahu pasal benda ni...lambat kan? Tapi takpe, kita boleh adapt slow-slow.

Sejarah terjebak

Awalun pertama kali aku tahu tentang Patreon ni masa binge watch YouTube dan Twitch. Maklumlah sejak PKP tak habis, ditambah pulak dengan ketidak-upayaan untuk berjalan buat aku tepu dengan dunia soc-med serta hiburan. Tu yang beralih sampai ke Twitch tu. Tak pernah-pernah terjebak dengan dunia gamer, tiber mencelah. 

Mostly, jadi pemerhati senyap je. Takde respon, takde komen, tak subscribe. Follow je mampu... Just nak tengok apa isi dan setup diorang je. 

Faktor utama aku terjebak dengan Twitch sebab Ronnie Radke. Ala main vocal band Falling In Reverse. Ni pun korang tak familiar? Uish....sayang dowh...

FIR band ni, boleh dikatakan video clips dia gempak-gempak. Terutama yang empat tu. Trilogy: Losing My Mind, Drug dan Losing My Life serta Popular Monster

Sepanjang May 2020 hinggalah September 2020, boleh dikatakan aku asyik dengar semua lagu diorang. Cuma berhenti kejap buat masa sekarang sebab lagu ni last yang aku dengar sebelum terlibat dalam kemalangan...

Ada satu masa tu Ronnie react dekat youtuber yang react video klip 'Popular Monster'. Masa tu aku tak kenal siapa TheThirdErnest ni. Tapi bila dengar penerangan dia yang spesifik tentang lagu ni buat aku macam curious. 

Siapa dia? Kenapa dia begitu hebat dan mostly semua subscriber Ronnie dekat Twitch kenal dia. Gila tak curious!

Makanya, aku pun stalk la semua profile dia yang wujud di alam maya. 

'Salute!' 

Itu word aku untuk dia. Dialah yang banyak perkenalkan dan berulang kali mention pasal Patreon ni. 

Apa tu Patreon?

Berdasarkan pemahaman aku, 

Patreon ni merupakan salah satu medium bagi para pencipta kreatif untuk mengutip dana mereka berdasarkan ihsan dan langganan bulanan dari para peminat serta penyokong mereka.

Asal aku baru tahu? -_-

So, daripada dana yang terkumpul itulah para pencipta seperti blogger, artist, pemuzik, youtuber serta pelbagai lagi bidang kreatif yang tidak punya pendapatan tetap ni boleh menyara kehidupan mereka serta memiliki peralatan canggih untuk menghasilkan karya lebih berkualiti.

Apasal aku lambat tahu? -_-

Interface Patreon

Thirdernest patreon page

Korang boleh tengok versi penuh dekat link ni [ Patreon Interface ]

*Buy Me A Coffee tu apa pulak?

Okay, Buy Me A Coffee ni aku tahu sebab iklan dia merata dekat semua tempat. Siapa je tak curiouskan bila tengok iklan yang sama serata ceruk maya. Maka aku pun klik link dia. Baca satu dua, pastu try join.

Konsepnya?

Sama macam Patreon. Cuma bagi pendapat aku *BMAC ni lagi friendly dan mudah untuk disusun atur bagi level novice macam aku.

*BMAC Interface

BMAC interface

Versi penuh [ BMAC Interface ]

 ///

So, sekarang korang dah tahu serba sedikit tentang dua perkara ni tadi ada rasa macam; Kenapa lambat tahu atau kenapa sekarang baru tahu?

Oh takde ea? Aku je ke yang rasa macam ni? hahahah okay takpe kita ketepikan rasa tu dulu. Kalau nak cerita secara detail dan lebih lanjut tentang dua benda ni mungkin akan didedikasi dalam entri yang lain.

Cuma kalau korang nak explore sendiri bolehlah cuba dulu mendaftar. 

Daftar Buy Me A Coffee

Mana tahu untung sabut timbul. 

Secara peribadinya, aku lebih suka dengan BMAC. Simple, mudah faham dan tak renyah untuk setup. 

Kalau nak tahu lebih lanjut, tunggu entri akan datang. Tapi sebelum tu, belanjalah secawan kopi dulu...

Comments

  1. both of them pernah dengar and tahu kewujudan tapi tak pernah pulak nak try explore hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuuu hebat r thes. kita pun baru je explore lebih terperinci ^_^! nak tahu sangat fungsi dia hahahah

      Delete
  2. baru tau this things.. thanks sharing :)

    ReplyDelete
  3. Ada orang pernah cerita dekat akak pasal dua benda ni. Akak manalah reti. Tapi, kalau nak belanja kopi betul-betul, akak ON! 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^_^!
      wah bagunya ada orang terangkan. lagi simple belanja kopi betul-betul :D

      Delete
  4. tak pernah dengar lak benda2 cm ni...kureng membaca la ni punya psl..hahaha

    pape pon jemput join https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin iklan pasal semua ni tak naik dekat cuya kot. done join the segmen! thanks cuya jemput kita :D

      Delete
  5. I've long known about this tapi setakat tahu je la. Tak sure nak terjebak ke tidak. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangnya benda macam ni tak banyak dibuat dekat malaysia. kot...ray banyak supporters mungkin boleh la terjebak sikit2 mana tau untung sabut timbul. ^_^!

      Delete
    2. betul betul. tak ramai really aware about this so it's not easy untuk pergi jaoh. but still it's not possible. I wanted to try but tak berani. We'll see how ^^. thank you sebab share

      Delete
    3. You're welcome! There's a will, there's a way gitu

      Delete
  6. Baru tahu hari ni. Tak pernah tahu dan tak pernah nampak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...kita pun baru tahu tahun ni...sama2lah kita explore teknologi baru "D

      Delete

Post a Comment