Alien Oren

  • About
  • Contact
  • The Startup Journey

    • Sabtu, Februari 27
    • Inspirasi

    Hari Sabtu. Panggung Sabtu, cerita Bollywood. Tapi aku takde siaran tv. Maka, marilah kita bercerita perihal dunia seorang startup.

    Oh, jangan salah faham pulak. Aku bukan review cerita korea tu. Baru je nak tengok. Mungkin...kalau aku rasa nak tengok. Ini adalah sekadar ulasan tentang realiti seorang startup. 

    Aku baru habis tonton satu video di YouTube cerita seorang co-founder Twitch dan bagaimana dia jual Twitch kepada Amazon sehingga hampir mencecah $1 Billion.

    [Meet The Man Who Created & Sold Twitch For Almost $1 Billion]

    Start-Up?

    Kalau kita tengok carian maksud Startup di Google, majoriti ia akan tunjukkan tentang cerita Korea. Nasib baik keluar jugak carian dari artikel di Investopedia. Dia kata;


    Berdasarkan penerangan, Investopedia ada juga bagitahu, masa era 1990s, dotcom merupakan salah satu projeck startup yang ramai belia serta anak muda sertai. Era kenaikkan dunia di atas talian. Siapa ada internet masa tu, boleh kira sebagai golongan senanglah. Kalau nak surf internet kena cucuk dengan kabel telefon, pastu kau dengarlah bunyi ni.


    Bingitnya, satu rumah boleh dengar. Lepas tu, bila guna internet tak boleh buat panggilan telefon.

    Dotcom Company

    Dulu kewujudan dotcom adalah suatu yang 'wow' dan punya motif perniagaan yang stabil. Diorang siap ada pelabur lagi. Memang boleh dikatakan zaman tu, semua orang galakkan untuk melabur dalam industri yang boleh dikata sebagai baru jugaklah; IT. Tapi disebabkan internet based companies ni tak nampak transaksi secara nyata, para pelabur mula bersungut yang melabur startup tech ni tak menghasilkan profit yang menguntungkan. 

    [What is DotCom]

    Sejurus Y2K menjelma, banyak syarikat startup dotcom ni tadi undur diri dan mencetuskan fenomena bubble burst. Antara yang berjaya tempuhi dotcom bubble burst adalah Amazon.com serta eBay.

    Dan lihatlah betapa teguh dan stabilnya Amazon.com, sekarang syarikat tu tersenarai sebagai 4 Horseman Tech Industry.


    Golongan Startup

    Sebenarnya, sesiapa pun boleh masuk dalam golongan startup. Namalah memulakan sesuatu. Harusnya wajib dimasuk dalam kategori tu even kita hanya jual kuih tepi jalan.

    Kalau kita lihat, para blogger pun sebenarnya antara mereka yang memeriahkan dotcom industri. Di mana ia lebih fokus kepada pemberian isi/content.

    Kita, kau, aku serta mereka, semua adalah potensi usahawan yang tampil berjaya pada masa akan datang. Ada sesetengah dari kita tempuhi pelbagai cabaran serta kekangan. Tapi itu bukanlah alasan untuk terus putus harapan. 

    Mungkin ya, pernah dan akan terusan gagal. Bak kata 1000 Bulbs quotes, Thomas Edison; 



    Jadi, sebagai belia yang masih mencari tujuan hidup, banyak benda kita akan Google. Cari kerja, blast resume, cuba itu ini, tapi masih rasa tak puas. Rasa macam something missing. Jadi, kita decide untuk hanya mula.

    Mula apa pun tak tahu. Janji MULA. Sebab kita tahu, biar belum sempurna, sedikit-sedikit sepanjang perjalanan kita akan sempurnakan ia... daripada menanti hingga sempurna, sudahnya langsung tak mula.

    Makanya, disini aku akan kongsi sedikit tips untuk pemula dalam apa jua industri. 


    Startup tips

    Tips untuk Startup

    1. Find your passion

    Perkara paling penting bila nak buat sesuatu adalah minat dan semangat. Bermula dengan hobi ia akan hasilkan sesuatu yang menginspirasikan orang sekeliling. 

    Contohnya, dalam kalangan blogger ni kebanyakan mereka suka menulis. Jadi terciptalah laman blog. Awalnya penuh dengan rapuan, cerita pengalaman, luahan perasaan yang tak kesampaian dan banyaklah faktor lainnya. Lama kelamaan, mereka sudah punya rentak dalam penulisan yang menyebabkan ia ada simbolik tersendiri. 

    Ada yang berani dan yakin dengan penulisan mereka, akan terhasillah buah tangan seperti eBook atau buku. Berapa ramai penulis di Malaysia ni bermula sebagai Blogger. Korang pun boleh tahu siapa. 

    Sama jugak dengan yang suka membaca, tengok movie, drama dan sebagainya. Kadang kita tak tahu pun review kita, yang kita rasa takdelah semenggah mana, tapi banyak tolong orang lain. Lebih-lebih lagi pengalaman belajar. Memang ramai junior akan baca cerita dari senior sebelum ambil keputusan untuk ceburi sesuatu bidang. 

    #Berkongsiitupenting, tapi pastikan kesahihan sumber

    2. Know Your Market

    Yang ni bukan saja penting sewaktu kita nak jual barang, tapi setiap aspek yang kita nak buat, haruslah tahu siapa target market. 

    Macam aku, blogger belia yang masih mencari jalan hidup, masih clueless macam ni, jadi target market aku adalah mereka yang senasib. 

    Kita nak tahu, macam mana diorang handle dengan pelbagai tekanan hidup, dengan pelbagai kecaman serta hinaan bukan saja dari orang lain bahkan diri sendiri...Jadi, bila kita tahu, kita bukanlah sendirian dalam mengharungi perkara begini, automatik kita akan rasa...'Owh, we never alone...' ada lagi orang yang teruk dari aku, tapi diorang boleh bangkit teruskan hidup...

    Maka, teruskan menulis dengan wajar, kerana sentiasa ada yang mencari...

    3. Get Your Finance In Order

    Perihal ni sangat berperanan. Selalunya, bila soal tentang duit, automatik rasa bersyukur tu takde. Bukan takde duit atau kurang duit isunya, tapi tahap kesyukuran pada sesuatu yang kita ada tu yang selalunya takde.

    Tak semua orang punya latar belakang anak syarikat Megah Holding, jadi mulalah simpan cita-cita dengan menabung seawal mungkin. 

    Memang nak mula jadi usahawan, modal selalu takde. Bila dah ada modal, selalunya terpesong penggunaan. Salah satu faktor yang memesongkan penggunaan duit ni adalah makanan. Ada je benda nak dimakan. Jadi, utamakanlah yang utama, kerana yang utama itu lebih utama dari yang utama.

    Misalnya, korang nak buat bisnes tanpa modal. Hurm....ada memang ada. Joinlah dropship, agent atau buat servis yang mampu ditawarkan, seperti servis menulis review, promote produk. Tapi, tak semua punya kecenderungan pada bisnes demikian, jadi ambil laptop, daftar blog dan mula menulis!

    Yang penting, sentiasa catat segala pengaliran keluar masuk kewangan. Supaya senag dijadikan rujukan pada masa mendatang.

    4. Prepare To Make Sacrifice

    Dalam merealisasikan suatu impian, pengorabanan itu penting. Korban masa, wang, tenaga, hatta nak jadi seorang muslim terbaik pun kita wajib korban nafsu. 

    Hard work, persistence, and consistency really paid off. 

    Berkorban untuk hidup yang tidak selesa demi keselesaan pada masa hadapan. Kadang pengorbanan tu makan tahun. Bukan hanya sehari dua. Berpuluh tahun pun ada jugak. Benda ni orang takkan nampak. Hinggalah kita berjaya, barulah masa tu berduyun orang beli autobiografi. 

    Jadinya, teruskan menulis walau tiada pembaca. Mungkin pembaca kita bukan terlahir untuk generasi kini. Mungkin...

    5. Find A Mentor

    Semua orang perlu pada mentor. Perlu pada pengalaman mereka yang telah berjaya. Setiap murid perlu pada guru. 

    Secara spesifik, kebanyakan mentor memang akan premium. Ada cagaran. Back to point number 4. Tukar wang kepada ilmu. Ada yang kita boleh dapat melalui pembacaan dan ikuti siaran langsung para mentor kita. Banyak kaedahnya. 

    Sebagai seorang blogger dan bakal penulis (insyaAllah, amin!), mentor yang aku selalu kagumi adalah Irfan Khairi, Zahariz Khuzaimah, Seth Godin dan ProBlogger.

    Dunia sekarang ni, nak atau tak nak je. Seperti tagline Asian Boss; 'Stay Curious'. 

    6. Tune Up Your Business Knowledge

    Yup! Sentiasa tingkatan pengetahuan tentang bisnes dan industri yang kita ceburi dari masa ke semasa. 

    Misalnya, jika seorang blogger dah berjaya, mestilah dia akan terbit buku. Bila nak terbit buku pulak, kena tahu samada nak self publish atau hantar ke penerbit. Kalau self publish pulak, berapa modal diperlukan dan macam mana nak pasarkan buku. Kotlah lepas buat buku, nak ada merch pulak. Haaa...semua tu kita perlu pada tahu. 

    Kalau tak pun, upah team yang tahu dan pakar dalam bidang tersebut.

    7. Be A Planner

    Sentiasa ada perancangan hidup. Tak kiralah sebulan, setahun, lima atau sepuluh tahun. Yang penting kita ada garis perancangan sendiri. 

    Yeah, tahu....Allah is the best planner, tapi kita hambaNya pun kena tahu dah rancang apa yang kita mahu sebelum sandarkan sepenuhnya pada Dia. 

    Bila ada keinginan, automatik kita berangan dan masa berangan tu lah kita ambil pena serta catat dalam buku. Itulah dinamakan perancangan. Bila kita pecahkan ia pulak, ia akan jadi tindakan. 

    Tips pertama untuk menjadi seorang manusia adalah punya perancangan hidup dan aturkan ia hingga menjadi. 

    Kita mungkin gagal berkali-kali, mungkin jugak pernah berhenti. Tapi untuk kuburkan mimpi tanpa berusaha itu tidakkan sesekali. (Talking to myself...)


    Fuh! berjela cerita seorang startup kau. Padahal awal tadi nak cerita pengalaman Justin Kan dalam membantu golongan startup. Betullah, kalau nak kaji sorang demi sorang punya kejayaan dalam dunia startup ni memang takkan pernah habis. Mungkin akan dikongsikan siapa idola startup yang buat aku teruskan lagi menulis.

    Maka, apa cerita startup korang sepanjang perjalanan atas Bumi ni dan siapa idola yang buat korang terus bersemangat? 


    Teruskan berjuang tanpa henti! Jiāyóu!!!
    Next
    Newer post
    Previous
    Older post

    8 ulasan

    1. Azhafizah MN28/2/21 09:00

      Tips yang sangat membantu dan infographics yang ringkas mudah difahami. Terima kasih atas perkongsian :)

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren2/3/21 22:29

        Sama² dan Terima kasih juga kak 🤗

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Balas
    2. Atie Zieya28/2/21 22:46

      thank you thank you thank you for all these tips :)

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren2/3/21 22:30

        You're welcome atie🤗

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Balas
    3. Sha Mohamed5/3/21 10:54

      Nice sharing.. cara perkongsian pun menarik..

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren6/3/21 00:04

        alhamdulillah, terima kasih kak sha :D semoga bermanfaat

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Balas
    4. mamapp28/6/21 15:39

      Good sharing and inspiring especially utk young generation

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren4/7/21 00:27

        alhamdulillah, terima kasih mamapp ^_^

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Balas
    Tambah ulasan
    Muatkan lagi...

    Next
    Newer post
    Previous
    Older post
    Langgan: Catat Ulasan (Atom)
    Dikuasakan oleh Blogger.

    Formularz kontaktowy

    Nama

    E-mel *

    Mesej *

    Design With AO

    AO Design adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh AO dalam menyusun atur, mencipta dan memberi kesegaran kepada laman blog/website bagi individu yang berminat untuk menaiktaraf personal brand mereka.

    Ditubuhkan pada Februari 2021 sebagai pemangkin merealisasikan impian AO untuk menjadi digital nomad.


    Pengikut

    Latest on the blog

    Popular posts

    Buy Me A Coffee please...

    Buy Me A Coffee please...

    Pernah dengar tentang Buy Me A Coffee tak? Okay, kalau tak pernah, Patreon  pernah dengar? Hurm...tak pernah dengar dua-dua ni jugak...okay meh sini aku tolong ceritakan tentang dua perkara ni. Jangan risau, aku pun bar…
    Read more »
    Kaki retak, jiwa yang parah...

    Kaki retak, jiwa yang parah...

    Enam bulan lepas banyak peristiwa yang tak dijangka berlaku, terjadi. Dalam masa lima bulan tu jugak, pelbagai perang psikologi dihadap. Dia punya level overwhelmed tu tak payah ceritalah.  Memandangkan aku pun dah mac…
    Read more »
    ABOUT ME
    MY STORY
    ABOUT ME
    Meet the Alien!
    Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

    Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
    WANNA KNOW MORE?
    READ HERE

    Read these first!

    • 1
      NEW THEME
      AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
      Learn more
    • 2
      FROM ZERO
      AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
      Learn more
    • 3
      BLOGGING 101
      Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
      Learn more
    • Home
    • About
    • AO Talks
      • Blog
      • Review
      • Startup
      • Tips
    • Portfolio
      • Blog Design
      • Feedback
      • Past Project
    • Order now!
      • Get Quote
      • Pricing
      • Visit Store
    • Terms & Policy
      • Disclaimer
      • Privacy Policy
      • Terms
    • Contact
    • Sitemap
    Looking for something?
    Enter your keywords below!

    Letter from The Space!

    Good news from Outer Space
    • BMCA
    • Other Side
    • Sitemap
    © Alien Oren • Theme by MG Studio