• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Hobi pasang surut

Kalau ditanya; hobi apakah yang tak pernah ditinggalkan dan selalu jadi peneman di setiap keadaan?

Aku dapat rasakan ia punya jawapan yang berbeza dari segi turutannya. Mungkin sebelumnya di tempat pertama, kini duduknya ditempat terakhir dan vice versa. Susah mahu setia. Ada saja yang ingin dicuba. Sekejap itu, sekejap ini. Tiada yang konsisten! 

Namalah hobi...

Apakah hobinya itu?

Okaylah, kalau tak ikut turutan aku dengan senang hatinya akan menjawab; dengar lagu, menulis, layan series, baca buku, makan, tidur. Oh, lagi satu blogging. Boleh pulak terlupa. 

Tapi orang cakap, membaca, tidur dan makan adalah keperluan. Ia bukan hobi. Sebab itu adalah perkara yang semua wajib buat sebagai satu cara menjadi manusia berguna dan memberi manfaat. 

Hurm...jadinya, yang tinggal adalah: dengar lagu, menulis, layan series dan blogging. 

Awalun menulis...

Aku mula menulis diari (dikira gak an sebagai menulis) sebelum berkecimpung dunia blogging, pada usia sembilan tahun. Seronok masa tu dapat luahkan perasaan dalam bentuk perkataan dan tulisan. Pastu bila baca balik sengih seorang. Kelakar!

Dengar lagu...

Masa kecik dulu aku jarang diberi peluang untuk dengar lagu. Balik-balik nasyid. Pastu lagu raya. Tu jelah. Masa kali pertama dapat beli walkman sendiri (tu pun secara haram) masa duduk asrama waktu umur empat belas tahun. 

Yelah haram, sebabnya peraturan asrama mana boleh bawa apa jua jenis barangan elektronik. Tak kisahlah mp3 ke mp4 ke walkman semua lagilah tak boleh. Kau bayangkan, dahlah asrama tu takde pusat komputer. Tak boleh guna teknologi melainkan pelajar yang berada dalam bidang tersebut...rasa macam jumud gila!

Satu lagi ustazah selalu cakap yang kalau kita dengar lagu, boleh menggelapkan hati. Susah nak bangun tahajud. Sebab tu lah ia haram. Melalaikan! Uhuks uhuks....tapi lagu tu awesome...lagi pulak liriknya sangat berkait dengan kita....

Teknologi

Semakin dikejar semakin jauh ditinggalkan. 

Kadang, masa cuti dari asrama je lah berpeluang lepak C.C (cyber cafe). Susah sebenarnya nak lepak CC masa tu. Lagi untuk orang bertudung dan berbaju kurung. Padahal nak baca blog Zack Zuhairy je pun. Lepas tu update blog. 

Update blog masa tu, mana sempat nak kejar followers. Tak cukup sejam. Kalau lepak berjam-jam, confirmed balik kena ceramah dan kurung luar rumah....ingat retilah kata serik, tak reti jugak!

Bagi aku minat pada menulis dan dengar lagu buat aku teroka dunia teknologi. Aku suka baca majalah. Lagi-lagi majalah yang ada ruangan 'featured blogger'. Rasa macam awesomenya dapat kongsi cerita sebagai blogger dalam majalah. Ruangan dia tak besar pun. Tapi tahap teruja aku macam aku yang kena interview! hahaha

Masa belajar Geomatik dulu, aku banyak habiskan masa dengan study sendiri HTML, CSS, dan basic software. Ingatlah sikit...kadang rasa macam salah masuk kos pun ada jugak. Namalah hobikan...

Hobi membaca novel banyak sangat membantu dalam penguasaan bahasa dan kosa kata. Lagi satu dia luaskan kita punya imaginasi. Antara penulis kegemaran aku adalah Nurul Syahida, Ramlee Awang Murshid, Syud, Hlovate, Noor Suraya, dan Pingu Toha.

Kadang aku rasa bila terlalu banyak habiskan masa dengan baca novel, buat aku keliru mana satu realiti dan fantasi. Rasa macam takde beza. Keliru! Ada masanya pulak, aku seolah menyerap personaliti watak novel. Kadang aku minat sesuatu tu disebabkan watak tu. Betapa perkembangan karakter aku banyak dipengaruhi oleh watak-watak fantasi. 

Sebab tu lah kan, bila ada orang yang tak baca novel, dia ulang kesalahan mereka yang kita pernah baca dalam novel ni buat aku tertanya; 'dia tak membaca ke?' Palinglah, baca surat khabar. Ada orang dia tak suka baca surat khabar (sebelum wujudnya sosial media; penyebar berita dalam satu saat). Aku pelik jugak jenis ni...

Tapi, seiring usia, benda macam tu bukan lagi satu pertikaian. Segalanya aku hanya akan jawab, terpulang dan tak kisah...selagi mana punya keinginan, tiada rintangan dapat menghalang. 

Sekarang, hobi menulis dan membaca serta minat pada teknologi adalah sebab tertubuhnya laman blog. Bila blogging, secara tak langsung kita akan terlibat dengan mereka yang tiga ni. 

Bezanya membaca sekarang adalah, sedalam mana kita mengkaji kesahihan yang dibaca. Adakah sekadar membaca sepintas lalu, atau setiap kali membaca kau akan sediakan kamus ditepi atau google sejurus jumpa sesuatu yang tidak diketahui?

Sebab tu kalau baca buku English, aku rasa lambaaat sangat nak habis. Kejap-kejap Google. Kejap-kejap berhenti. Sama jugak bila tengok movie dan series. Ada je nak dibelek. Tak barisan pelakon, review, latar belakang, trivia serta kenapa dan mengapa cerita itu perlu ditonton. Supaya tontonan itu punya isi. 

Itulah hobi aku yang punya pasang surutnya. 

Ada waktu lainnya, tika tiada punya momentum, aku hanya termenung menghayati bait setiap lagu serta muzik. Nampak macam manusia tak bergunakan? Terbaring, melepek dengan earphonenya...macam orang emo di mata orang lain. Tapi, bagi kita itu adalah moment of recharging our perspective..

Kadang, dengar podcast. Cara paling terbaik untuk raih ilmu di bawah paras sedar. Tak kerap, tapi selalu. Tidak selalu, janji ada...

Bagi akulah kan, tak kisah apa jua jenis hobi yang kita buat, benda paling penting dia boleh memberi manfaat dan impak yang bagus dalam diri. Sebab segalanya bermula dengan diri sendiri. 

Adanya hobi, ia seolah menyelamatkan fikiran dari terus menerawang berbisik sesuatu yang tidak patut didengar. 

Demi dari tidak terjebak dengan perkara yang menjadi barah dunia akhir zaman ni, ada bagusnya kita miliki hobi yang dapat menyelamatkan kita di dunia sana. Pasang atau surut, terpulang pada kita. Tiada naik turun, kita tidakkan bernyawa...

Akhir kalam, terokailah dunia dengan penuh rasa ingin tahu dan dapat mengembirakan hari mu!

Comments

  1. Saya setuju apa yang Alien Oren cakap. Hobi pasang surut, samalah dengan iman, turun naik. Nama pun manusia. Yang penting, kita buatlah mana baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak nur. Setuju sangat. Yang penting istiqomah😄

      Delete
  2. betul la tu.. Haha makanya saia ni tak punya hobi. Haha

    ReplyDelete
  3. too much baca novel sampai keliru reality and fantasy, to be honest, i too much watch series and yes, i am so confuse between these two and end up loving living in fantasy because reality scares me a lot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn! Fantasy safest than reality. It keeps us from harm...

      Delete
    2. Setuju dengan Atie... Fantasi memang lagi best.

      Delete
  4. Hi! salam kenal.

    Setuju dengan hobi yang memang ada pasang surutnya sebab itu Mrs. A letewww...
    Rasanya hobi Mrs. A ni berubah-beruabh seiring dengan perubahan usia hehehee...

    Zaman muda remaja dulu suka sangat membaca novel samalah kita minat tulisan RAM. Selain RAM Mrs. A suka jugak dengan Fauziah Asaari eh betul ke aja nama dia tu.

    Hobi pasang surut sepanjang zaman blogging tihberrr...

    Hobi sedang di puncak sekarang ni layan series semestinyalah KDrama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah fauziah ashaari penulisan dia tak sesuai untuk belia remaja. Cikgu pun tak galakkan baca. Mula tak faham kenapa, sekarang fahamlah...huhuhuhu

      Betul. Hobi memang akan berubah seiring usia. Blogging memang boleh masuk kategori hobi bermusim.

      Uuu layan Kdrama tu. Kita dok layan Chinese Drama dgn Taiwan. Maklumlah nak belajar man
      darin balik😆

      Delete
    2. hermmm saya pon mcm Mrs A jugak sekarang ni semenjak terjebak dengan Hotel Del Luna itu hari, makin menjadi2 pulak layan Kdrama :P

      Delete
    3. hahahaha bahaya betol bila dah sekali terjebak. i is tahan hati je...tapi mood sekarang, tengok apa pun takde jiwa...balik-balik tengok friends je lah...cerita lain masih belum terbuka jiwa...

      Delete
    4. eh citer FRIENDS yang lama-lama omputih dulu tu ke?

      Delete
    5. iya kak ana! F.R.I.E.N.D.S tu jelah yang boleh buat ketawa gelak terbahak-bahak...lagi-lagi pulak si joey tu...haila haila...

      kadang beralih gak ke TBBT, HIMYM, breaking bad...padahal banyak je series lain...

      Delete
  5. dulu sebelum ada fon, memang hobi baca novel alaf21 atau dengar lagu. pastu kalau ada bajet lebih, sanggup pegi CC semata2 nak online friendster..

    sekarang ni, hobi? hmmmmmp buat aktiviti luar iaitu hiking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omg friendsterr! I is budak Tagged. Friendster tak ramai kawan situ😅

      Lamanya tak hiking...best tengok org pergi hiking. Kita ni tunggu pulih balik dpt kaki, insyaAllah baru dpt aktif outdoor xtvt

      Delete
    2. woww Tagged! rare ni tau hehe dulu tak ramai kawan yang ada Tagged hahaha semuanya friendster. tapi tu laa dah takda daa friendster kan huhu dulu sanggup berjam2 dekat CC sebab nak cantikkan FS hahaa

      Delete
    3. opkos sanggup dan gigih supaya ramai add >_<!

      paling best siap masuk lagu ha...tu lah blog ni ada lagu...rindu zaman dedulu punya pasal! hahaha

      Delete
    4. patut laa blog ni ada lagu hehee klasik! macam zaman2 friendster dulu hehehe gigih patah balik ke entry ni sbb nak tau reply awak haahhaha

      Delete
  6. semua org ada hobi pasang surut sama ada tergendala terus atau berhenti sekejap then another month sambung semula cth mcm update blog. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul betul....blogging antara hobi pasang surut paling ketara.

      Delete
  7. Memang saya setuju 185% dengan apa yang dinyatakan ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow 185% tu! tingginya! hahaha
      terkejut lebih dari 100%

      Delete
  8. betullah tu hobi memang ada pasang surut dan boleh dikatakan ikut mood juga sebenarnya..hahaha

    https://www.tiarasaphire.com/2021/02/drama-china-to-love-2020.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat!!! kalau takde mood, apa pun tak jadi...lagi pulak bila mood nak melepek dan langsung taknak buat apa2...

      Delete
  9. Cuya dulu menggila novel..sekarang menggila komik lak XD
    tula..hobi Cuya pon ada pasang surut.. kadang2 Cuya suka painting...
    kadang2 suka crafting...
    yang paling konsisten hobi adalah join Giveaway! HAHAHA

    tapi betul la..walau apapon hobi kita, moga hobi tu membawa manfaat kepada kita.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish pindah ke komik dah cuya. kita layan komik dekat webtoon je. tu pun ada yang layan kejap2...

      painting and crafting? boleh masuk etsy shop dah hobi cuya. hehehe mana tahu ada nilai yang sanggup dibeli oleh peminat cuya.

      join giveaway memang wajib cuba nasib di situ.

      Delete


  10. Seiring usia dan bergantung pada siapa yang ada disekeliling kita, Hobi boleh berubah juga. Dulu Cik TK langsung tak layan Korea. Lepas dikelilingi peminat-peminat Korea maka terjebak la sekali layan citer Korea dan lagu Korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. >_<! betul tu cik TK. saya ni ikut musim jugak nak layan semua hobi...tapi dengar lagu so fat hobi paling konsisten...

      Delete
  11. Samalah, kalau baca novel english. Lambattt nak habis. banyak belajar vocab yang jarang kita tahu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan!!! banyaklah manfaat kalau baca novel english ni :D

      Delete
  12. Sha punya hobi pula membaca dan menonton.. Dua ini silih berganti ikut mood semasa.. bila datang mood membaca memang berbuah-buah.. begitulah silih berganti.. Pernah satu masa dahulu sha lebih suka baca novel BI tapi sekarang dah beralih ke novel melayu sebab Malaysia punya terbitan pun dah pelbagai genre sekarang ini.. Lebih seronok dan puas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua hobini memang tak boleh berpisah kak sha. saya ada satu orang je penulis English yang dapat hadam dan baca penuh perasaan. Jean Sasson namanya kalau tak silap.

      Yang tluis buku pasal kerabar diraja negara timur tengah. realistik betul ceritanya, sampai sekarang sentiasa ada series terbaru. masih tak berkesempatan nak beli dan buat koleksi. semua dibaca dekat library zaman belajar dulu..

      malaysia punya terbitan rasa saya pilih penulis jugak...kadang ada mood nak layan penulis baru, genre baru, kita layanlah semuanya..tapi..bila mood rasa macam turn off...pandang sipi jelah...huhuhu

      Delete
  13. Saya dulu gila hlovate..memang semua novel dia saya beli dan kumpul..hehe..oh, pingu toha comel juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa samalah...ada sampai terkumpul tiga novel yang sama sebab adik beradik semua kaki hlovate. Pingu Toha penulis JS juga...tulisannya selalu buat diri lost into another worlds

      Delete
  14. wak dh lama x baca novel.. baca blog korang jeeew.. 😅 salam kenal n salam ramadhan kareem ye

    ReplyDelete

Post a Comment