• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Senyum Sengih

Bila blog itu suatu hobi pasang surut, memang nak menaipnya pun ikut mood. Well, untuk kes aku, aku lebih suka menaip di laptop/ komputer berbanding menaip menggunakan smartphone walaupun kau tahu outputnya sama. Tapi, perasaannya berbeza...


Untuk kekalkan momentum yang konsisten itu, tidak semudah kedengaran. Sebab tu mujahadatunnafsi punya ganjaran yang hebat. Tiber...



Kadang tajuk entri aku terlalu random dengan isinya. Senyum sengih ini berkisar perjalanan serta pengalaman aku berblogging hampir sepuluh tahun secara peribadi dan lapan tahun secara aktifnya. Ini baru kali ketiga aku fokus untuk punya blog yang berprinsip sendiri. Tiada lagi lalang seperti dua blog yang sudah.


Dunia blogging ni terlalu banyak bagi aku senyum sengih sendiri. Baca komen korang, baca entri orang...kadang rasa nak tergelak, kadang dia sengih, kadang senyum je lah...rasa macam bertuahnya singgah laman orang tanpa perlu bersua dan keluar rumah. Aku lebih suka aktiviti begini. 


Kadang, jenguk dari jauh tanpa sebarang komen. Kadang satu laman diteroka, mahu lihat cara dia susun atur rumah. Kagum dengan kemasnya. Mana yang dapat dikutip buat buah tangan, dipetik untuk hiasan. 


Sepanjang hampir lapan tahun ni, antara blogger yang paling rajin dan konsisten dengan kewujudan kerdil aku ni adalah kak ana aka Anamizu dan juga numigx. Blogger Aienienka adalah blogger sepertalian darah. (Terima kasih kalian!)


Aku dulunya suka hasut satu beradik untuk aktif berblogging. Biasalah, hasut je mampu. Mana yang serasa terbuka untuk punya interaksi lebih luas, mereka join. Ada yang lebih suka berblogging sekadar luah pemikiran, bukan untuk dikenal ramai. 


Tapi tu lah...aku je yang dua alam. Kejap dirasa ingin menulis sebab tidak tahan dengan fikiran yang membingit. Sekejap pula, ditulis sekadar mengisi hari yang sunyi. Mungkin faktor tu penulisan dia banyak berunsur sedih. Tulisannya sedih tak bermakna aku kurang senyum secara realiti. Cumanya, aku lebih hargai tinta berdakwatkan air mata...



Bagi aku, itulah senyum sengih penawar untuk hati yang berduka. 

Suatu dunia kedamaian sang akal. Suatu sisi hidup yang boleh menjadi saksi kewujudannya di Bumi. 



Dua blog lalu, aku masih belum banyak pengalaman dan kurang mahir dengan selok belok dunia blogging. Maklumlah si novice yang terlalu mentah. Balik-balik, pandang tinggi pada blogger otai. Ada yang santai, ada yang jadikan ia medium untuk jana pendapatan. Kita ini pula masih belum teguh tujuan. Itu yang menjadi lalang!


Orang cuba itu, kita pun mahu cuba. Orang cuba ini, ini pun dicuba. Tidak mencuba, kita tidakkan tahu. Ada yang gagal, ada yang pulangkan hasil lumayan. Senyum lagi...


Tapi bila tak menjadi, tersengihlah sendiri....'Tak apa, kita boleh cuba lagi dan perbaiki dengan lebih berstrategi...' itu katanya.


Satu, dua, tiga, bahkan empat domain pernah didaftar. Yang berjayanya dua. Alhamdulillah. Tidak semua, tapi ada. Syukurlah kata dia. InsyaAllah...


Wang yang dilabur hanya untuk alam yang tidak nyata ini usahlah dikira berapa. Hampir ke angka tiga. Ratus? Mana ada ratus. Tiga ribu!


'Gila!' ujar mereka. 


Kalau tidak gila, manakan kita akan senyum sengih begini....


Dunia ini terlalu luas untuk menjadi penakut. Kedekut mencuba itu, ruginya tiada pengalaman. Ya, dia untung. Untungnya sekejap cuma. 


'Yang paling digerun itu bukanlah hantu, tetapi jiwa yang takut mencuba sesuatu ilmu...' bisiknya tenangkan diri yang terang lagi bersuluh punya kerugian wang ringgit.


Ah, duit boleh dicari. Pengalaman tiada ganti...senyumnya lagi. Tersengih bagai kerang busuk melihat carta hidup yang terlalu drastik segala cerunannya. 


Tidak mengapa. Banyak perkara yang perlu diusaha. Untung sabut timbul. Untung batu tenggelam. Jadi dialah si batu yang selalu tenggelam ke lautan dalam. Untungnya dia berjumpa jua dengan sang peneman yang tiada dinampakkan. 


Tidaklah dikata dia itu sudah hebat berpengalaman, tetapi memadailah buat dia teguhkan pendirian. Setiap hari pelbagai ilmu baru berkaitan teknologi ini kan sentiasa bertambah dan berubah. Jadi kejarlah mana yang dirasa berpotensi selaras peribadi, bukan sekadar diikut tanpa sebarang intipati...


Jadi, kalian budiman masih tersenyumkah membaca laman berlatarkan oren ini? 

Comments

  1. OMG 3K! hmm i still taktau apa kepentingan domain sendiri.. hurm perlu byk membaca dunia blogging ni.. and pernah juga hasut yg terdekat berblogging tapi tetap tak berjaya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu bukan harga domain je...huhuhuhu entahlah...over kan ^_^!

      kan...susah nak hasut orang suruh blog...lagi pulak soalannya; 'nak tulis apa..' maka berhuhulah kita

      Delete
  2. banyak nya sampai 4 domain . saya mmg suka belajar benda baru mengenai teknologi terutamanya, sebab best ^^
    bukan setakat senyum ja baca, memang menarik sangat nak baca dengan berlatarkan oren ni :D nampak kemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?? dahlah dah bayar, tapi guna sekerat jalan...ish ish ish ish....

      thank you Ayu :D alhamdulillah dapat menyenangkan mata..hehehe

      Delete
  3. masa kak ana baca blog sofie adi (yang dulu tu), terasa aura sedih pilu tu.. takpe walau macam mana cara atau betapa pelbagainya variasi pun berblogging, ikut pada hati kita, inshaAllah mesti seronok berkongsi.

    *kecuali kongsi suami, itu no no no no ~ hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mungkin blog dulu tu dia sarat dengan....entahlah...padahal ada je cerita happy...biasalah mood sedih je, mula lah nak update blog...cuba mood happy, hurm...layan netflix je kerjanya...

      kan...yang penting kita yang menulis seronok berkongsi...

      Delete
    2. takpe biarkan blog yang dulu berlalu pergi ecewahhh~

      yang pasti, this new Alien Oren terasa segarrrrrrrr berbau orennnn ha gittewwww~

      update selalu okay! kak ana sonok masuk baca hehehe

      Delete
    3. i is so terharu la ada supporter macam kak ana. setia betul. thank you kak ana! "D

      insyaAllah saya rajin dan sentiasa bersemangat untuk update selalu "D

      Delete
  4. suka baca rahsia hati AO yang berlatarkan oren ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. "D thank you! hahaha banyaklah cerita kantoi aiyak!

      Delete
  5. suka baca post ni sebab ayat best! hehe. teringin jugak nak jana pendapatan melalui blog satu hari nanti huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kai! insyaAllah sedikit2 lama2 akan hasilkan jugak. Keep consistent!

      Delete
  6. Saya pun lebih 'feel' menaip menggunakan komputer. Lebih luas ideanya. Setiap blogger ada motif masing-masing dan penceritaan berbeza. Masing masing ada keunikannnya :) membaca tu memang membuatkan kita tesenyum tersengih sendiri. baca blog sendiri mahupun blog blogger lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Taip di laptop terasalah jemari rancak menari. Bukan hanya dua ibu jari😅

      Delete
  7. Memang lebih seronok bila menaip menggunakan komputer berbanding telefon..
    Suka baca catatan alien di blog serba oren ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih kak sha "D. aish, saya kena letak akak dalam bloglist ni. sebagai balas kunjungan. rajin kak sha kita ni. thank you again kak!! terharu sangat "D

      Delete
  8. wak pakai blogspot gratis je nih., dulu ada domain byr rm50 stahun tapi rasa x berbaloi., hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. okaylah tu wak 50. terpulang pada individu, dia tak wajib pun ^_^!

      Delete
  9. Semoga berjaya Dalam duni blogging ye

    ReplyDelete
  10. Kita sama lebih suka menulis dengan pakai laptop/PC drpd Hp. Rasa tak nyaman menulis di hp, apalagi kalo banyak foto yg harus diresize, kasih watermark dll. Terbiasa memakai laptop mengerjakan itu :).

    Bagi yang memang suka menulis di dunia Maya, bertemu banyak blogger melalui rumah tulisan, saya bisa paham angka sebesar itu bisa keluar. Karena sayapun ngelakuin yg sama. Buat saya ini seperti rumah sendiri yang kepengin saya jaga, saya maintenance setiap saat, tempat saya bertemu banyak blogger dari mana-mana :).

    Sukaa baca tulisan di Aliien Oren nih. Bahasannya ringan, dan sebagai Indonesian saya juga mengerti isi tulisannya. Tapi mungkin itu karena saya pernah study 4tahun Kat penang. Lagian Malaysia seperti rumah kedua buat saya :). Sebelum pandemi saya selalu bolak balik ke KL. Jadi membaca blog teman2 dari Malaysia, rasanya, seperti pulang ke rumah yang belum bisa saya datangin dulu :)

    ReplyDelete

Post a Comment