Siapa Alien Oren?
Alien Oren merupakan persona lain buat sofieadie. Februari 2021 adalah bulan kembalinya dia berblogging selepas hampir enam bulan menyepikan diri.
Kenapa Alien Oren?
Idea spontan selepas pulang dari sesi fisioterapi. Awalnya Alien Oren bukanlah pilihan pertama untuk didaftarkan menjadi domain. Banyak senarai nama ditapis. Misalnya:
- Xuesheng Eternity
- Alien Bumi
- Kaki Langit
Oren?
Alien?!
Hahahah, entahlah....selalu sangat rasakan diri dia sebagai alien.
Mungkin sebab selalu dengar orang bagi feedback: 'kau ni pelik!' buat dia rasakan diri dia bukan dilahir untuk warga Bumi. (#perasaanmusaja)
Apa yang dibuat?
Alien Oren tawarkan khidmat berdasarkan pengalamannya sendiri dalam menempuhi dunia blogging sejak 2014 dengan menggunakan nama AO Design.
Antara servis yang ditawarkan seperti:
- Customizing Blog
- Design blog header + favicon
- Design Instagram Highlights
- Cipta website dari zero menggunakan Blogger dan Wordpress
- Menulis perkongsian tips blogging 101 dari pelbagai sumber yang dibaca
- Khidmat perunding bagi yang baru berjinak dengan dunia blog serta website
Untuk Siapa?
Sesiapa sahaja yang berminat untuk menggunakan servis yang dinyatakan. Bermula dengan design blog header sehinggalah mencipta website baru untuk personal branding.
Misi Alien Oren
Menyediakan khidmat menyegarkan wajah blog serta mencipta website bagi personal branding dan startup.
Visi Alien Oren
Konklusi
Alien Oren adalah individu yang memiliki minat yang tinggi dalam menceburi dunia digital terutamanya blogging dan webdesign.
Berbekalkan pengalaman men-design blog/website menggunakan platform Blogger dan Wordpress, dia pernah memenangi tempat kedua Anugerah Website Malaysia (Malaysia Website Award) kategori Personal pada bulan December 2019. Pencapaiannya itu memberikan keyakinan pada dirinya untuk berkongsi secebis dari kepakaran yang dimiliki kepada mereka yang masih baru dalam dunia ini.
Maka tertubuhlah AO Design.
Harapannya, semoga khidmat yang ditawarkan ini sedikit sebanyak membantu lebih ramai lagi warga Bumi meminati dunia serta gaya hidup digital nomad.
///
Nota kaki:
Perkongsiaan peribadi AO boleh dibelek dilaman [Counting Blessings]
Last but not least, thank you for reached my profile and happy reading!
Alien Oren booster soundtracks:
- 'Nameless Generation' (Wu Ming Zhe Bei) by Chen Xue Ran (陳雪燃 – 無名之輩) (2019)
- 'Sky' by Beyond (1992)
- Post-Traumatic album by Mike Shinoda