Bukan waktunya...

Tuesday, February 23, 2021

Sedih sebenarnya nak tolak tawaran walaupun tahu ia bukan selalu datang.

Sedih lagi bilamana fikirkan banyak kekangan daripada peluang.

Paling sedih, bila kau fikirkan semuanya sekadar alasan yang membuktikan seolah kau tidak berusaha lebih kuat...

Entahlah....



Sebelum COVID, mungkin aku boleh teruskan dengan penuh semangat dan jayanya. 

Sebelum kehilangan kerja, mungkin aku tak berfikir juta kali untuk terima.

Semuanya hanya SEBELUM....sebab tiada siapa menduga akan SELEPAS....


Kalau; 

Ikut lain akalnya, boleh je aku ambil dan teruskan. Kelak sepanjang perjalanan, kau boleh fikirkan penyelesaian. 

Itu kalau satu.


Kalau dua;

Lain rencananya pulak, mungkin punya rezeki dan kekangan sudah berkurang, aku akan mohon semula. Mungkin kala itu jiwa, alam semesta dan segala turut memberi restu...

Mungkin.


Jadi, sekarang bukan waktunya. 

Sekarang, terpaksa ditolak walau perit. 


Ya, peluang sentiasa datang jika kau berusaha lebih gigih. Berani dan sentiasa mencuba itu semangat yang perlu ada. 


Ah, kata senanglah...yang hadapnya ini...mahu tersembam menjeruk menangisi segala kegagalan demi kegagalan melalui garisan masa hidupnya. 


Ah, aku memang bodoh!




Entahlah...dahlah. Keputusan dah diambil, ada masa kita cuba lagi. InsyaAllah...


Emo kan aku...nak cerita pun ayat berjela...Cakap je lah yang kau terpaksa tolak tawaran sambung belajar sebab kau miskin. hahahaha...


Awal tahun lepas aku buat keputusan terlalu melulu. Yelah, siapa dapat tebak apa yang hari esok bawa. Aku ingat nak sambung belajar bidang Komunikasi Media secara separa masa peringkat Ijazah Sarjana. Degree kedua, kata dia. Maklumlah masa tu dia bekerja bidang yang berkaitan dengan MassCom. Jadi terasa tidak layak membuat sesuatu tanpa pengiktirafan. Rasa macam scam....huhuhu


Tup, tup...yeah...semua dah tahu...COVID, hilang kerja, penganggur berjaya, eksiden, dan disinilah aku sekarang. Berkongsi cerita dengan korang. Satu lagi kisah gagal seorang aku.


Tapi, jangan sedih, jangan menangis....hujan membawa sirna pelangi. Itu pasti. 


Patience is a virtue. 


InsyaAllah lain waktu itu milik aku. Kita.



***nota kaki: 

Aku memang ada masalah nak mulakan sesuatu. Bila tiada iktiraf dari tempat yang berkelayakan, rasa seperti tiada layak memberi suara dalam sorakan. Argh....what's wrong with me....


24 comments

  1. things sound tough right now for you.
    i know this sound cliché, but don't give up.

    one more thing - something that i learn from being an adult (still learning), willing to learn is better than a certificate.. soo, keep googling! sometimes, can learn more things there..

    gambateh! (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. true that "D
      insyaALLAH I'll never give up...eternity curious is the motto so i will keep googling for the things that ignite my happiness :D

      thank you for you kind words!

      Delete
  2. Replies
    1. it just a moment....alhamdulillah i'm okay now :D
      thank you diyanieee :D

      Delete
  3. semua yg jadi maybe ada hikmah,jgn down okay... nanti bila dah fully heal.. can think back tgk mcm mna... hopefully by than covid dah ada solution

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnnn!
      insyaAllah tak down atie...solusi sentiasa ada...hati tu lah kena kasi kuat manyak :D

      Delete
  4. Perjalanan masih jauh... semoga dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah aminnn...thank you as! :D

      Delete
  5. sofie takpe walaupon kak ana takde in your shoes, sikit sebanyak (eh sbnrnya byk je jugak citer sedih dlm live kak ana) tapi kak ana byk tak citer hehehe


    takpe, nanti mesti akan ada sesuatu yang indah. yakin tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah! yakin tu kena kasi kuat! setuju sangat kak ana...

      i don't know why, but being sad is my super power...kot! hahaha

      sebab kadang dari sedih tu dia macam ada kekuatan...nampak je macam ayat sendu sedan gini tapi...in future bila baca balik dia akan jadi macam...tak sangka an aku dapat bangkit dari kesedihan ni...mungkin sebab tu cerita dan tulisan saya banyak dicatat masa sedih lebih dari tulisan gembira....padahal banyak je cerita happy...

      seolah macam 'tunjukkan kesedihanmu dan sembunyikan kegembiraan kerana tidak semua yang ketawa bersama gembira atas senyuman...tetapi ramai akan tersenyum tika kesedihan...' what's wrong with me...hahahah

      Delete
  6. tak kire! tak kire! nak bgtau jugak kak ana suka blog oren ni! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha thank you kak ana!!!! eh, baru perasan saya dah follow blog kak ana since 2015...the longest blogger i ever know and still comment to each other blog...cayalah kak ana....thank you for supporting!

      ada gak numigx, tapi tu lah mana tah numigx pergi, silent reader tegar tu...sama gak dengan cas positif, tomo pun dah tak tau ke mana...

      Delete
  7. Semua akan indah pada waktunya :)

    ReplyDelete
  8. Tetap semangat dan terus berusaha, kawan.
    Semua pasti ada jalan keluarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin!!! insyaAllah kawan :D
      terima kasih atas doanya!

      Delete
  9. Mungkin ada hikmah disebaliknya ni awak... Yang penting sentiasa berdoa, diberikan apa yang terbaik dan dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin!!! betul tu cik TK. insyaAllah....setiap yang sukar pasti ada jawapan...:D

      Delete
  10. InshaAllah pasti ada hikmahnya. Semoga Allah memberikan sesuatu yang lebih baik. Aminn

    ReplyDelete
  11. Semoga dipermudahkan segala urusan..
    "Don't be sad. Allah is with us" - Quran 9:40

    ReplyDelete

Instagram follow @alien.oren