• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie bertujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Cara Goreng Paper Exam

Ini adalah sekadar post rapuan yang terlalu lama terpendam. 


cara goreng paper exam

Hari sabtu selalunya orang layan panggung sabtu. Aku pun tak tahu bila kali terakhir tengok rancangan tv macam dulu. So, tiadalah panggung sabtu untuk sekian lamanya.


Maka, aku kongsikan tips buat para pelajar yang selalu mengalami masalah untuk menjawab soalan final exam. Simple! Korang hanya perlu ikut tips ni sejak mula melangkah masuk kelas.


Tips Belajar Berkesan

  1. Buat jadual belajar
  2. Sentiasa ulangkaji 30 minit setiap hari
  3. Buat nota ringkas setiap kali habis belajar
  4. Jawab soalan latih tubi
  5. Luaskan bidang pembacaan

Pada hari peperiksaan pulak, korang dah tak perlu gelabah sangat. Relax. Tarik nafas dan yakin yang korang dah pelajari semuanya. 
Tenang adalah kekuatan utama sewaktu pertarungan


Akhir sekali, ketika jawab exam, korang hanya bayangkan cara menggoreng dan memasak yang betul. Kalau tak tahu macam mana, boleh rujuk tutorial berikut:-



Selesai menjawab, kalau korang masih tak puas hati dengan jawapan yang ditulis, 

  • jangan berbincang dengan kawan! 
  • Balik rumah terus dan 
  • goreng kertas soalan korang tadi

Kalau masih tak puas hati, abaikan semua kekusutan dan kekeliruan dengan marathon 24 movie MCU. Jangan skip satu pun.

Selesai semua langkah tu tadi, barulah korang boleh mula belajar untuk subjek peperiksaan yang seterusnya.

Selamat mencuba!!!!


Tips selingan:

  • Boleh cuba goreng dengan minyak cap Alif untuk lebih berkesan.
  • Kemudian minyak yang diguna untuk menggoreng tu tadi, boleh diguna untuk menggoreng makanan sebenar supaya segala soalan dan ilmu dapat diserap dalam masakan. Dan bila kita makan, ia akan lebih mudah diserap dalam minda
  • Untuk lagi advance, boleh blender kertas soalan beserta nota untuk dijadikan minuman booster setiap pagi.

Selamat menduduki hari peperiksaan dan menjadi manusia alien yang berguna buat seluruh angkasaraya!


Sukakan tips ni? Jangan lupa kongsi dengan alien sejagat!

tips goreng paper exam

Comments

  1. hahaha sampai nak goreng paper exam .tapi, jangan bincang dengan kawan selepas habis exam tu betul sangat-sangat.

    btw, your blog is very cute omg 🥰🥰🥰🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa bincang dgn kawan boleh buat keyakinan pada jawapan yg ditulis td tergugat! So jangan sesekali berbincang.

      Thank you ayu🤗

      Delete
  2. thanks for the tips, i really need to get back learning japanese , its been a year huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome!

      Just watch anime, confirmed you become fluent in japanese 😆

      Delete
    2. anime does help in real life hahaahah lots of their phase just can not use in real life hahahah so u have to really open the books :)

      Delete
  3. nice tips! bt nota ringkas tu paling membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Nota ringkas senang nak dibelek dan dihafal beberapa hari sebelum exam

      Delete
  4. Dulu zaman akak, pehtua nya adalah, rendam nota dan minum airnya. Nescaya boleh jawap periksa. Hehe. Goreng, jangan tak goreng. Jangan lupa, sediakan toyol (nota penting tulis kat kertas kecik). Tapi tanggung sendiri kalo kena tangkap ngan lecturer. Hehe, kenangan betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha serius la??? kita goreng je kak >_<!
      oohhh sepanjang belajar tak pernah lagi bawak toyol. hahahaha tak beraniiii
      bak kata cerita Dunia Baru, kaf ba ro kaf ta alif nun!

      Delete
  5. Haha betul betul kena goreng. Pernah juga dengar, letak buku bawah bantal masa tidur. Jadi masa tidur, ilmu tu dapat diserap masuk kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa yang ni pernah buat. sambil dok hafal, sampai tertido sekali. alhamdulillah berkesan >_< boleh cuba banyak kali. kepala terasa seperti span!

      Delete
  6. Fuhh siap menggoreng tu. Bagus perkongsian ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha biasalah tu kak. tak dapat jawab, kita goreng je terus! hahahaha

      Delete
  7. I did this.. hahaha.. entry ini buat Sha rindu zaman belajar..
    Goreng kertas exam yang memang tak tahu jawapan.. hahaha..
    Tapi memang lepas goreng janganlah bincang dengan kengkawan.. hahaha.. Nanti lagi frust..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn....siapa je tak rindu zaman belajar. tapi saya paling suka zaman diploma...terasa macam jadi sebahagian watak filem 'kuliah cinta' gitu...hahahaha

      yeahhhh harus goreng berjela-jela walau isinya satu ^_^!

      yup...jangan bincang tu penting gila...bisa murung kalau dibawa bincang hahaha

      Delete

Post a Comment