• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Review #luckyblog 2: From FAMF Tower

Salam Blogger sekalian!

Akhirnya, tiba jua kita di penghujung review #luckyblog bersama AO. 

Debaran kian terasa. 

Keterujaan untuk melihat wajah baru blog bagi dua pemenang ini jua kian bingit memenuhi ruang. 

'Cantikkah baju raya blog itu?'

'Ada apa yang istimewa dengan hasil sentuhan daripada AO?'

'Berbaloikah menjadi pemenang yang mengungguli tempat pertama dan kedua?'

'Apa yang istimewanya?'

Bermacam-macam presepsi yang didengar, tapi tidak bersuara. Ia laung sekuat angkasa didalam dada. 

Maka, dengan segala hormatnya dipersilakan peserta yang berjaya meraih tempat kedua bagi Contest #luckyblog sesi April-Mei 2021 untuk mengambil anugerah Review beliau, dipersilakan!!

From FAMF Tower!!!!

Dan lampu dari bangunan tinggi milik Puan Farrah mula melimpahkan cahaya pelbagai warna. Rekaan pentas hasil tangan Es Devlin dan team beliau kelihatan begitu meriah. Suasana riuh dan nyaring kedengaran daripada penyokong barisan pemenang.

Rite, come back to the reality gais..

Kali ni AO buat review penyertaan dahulu. Untuk review dari segi wajah baru; sebelum vs selepas, pemilihan design, warna dan sebagainya, AO akan buat review yang lain. 

Review #luckyblog 2: From FAMF Tower

Review blog From FAMF Tower by AO

From FAMF Tower. 

Siapa sangka blog ini akan meraih tempat kedua? Selepas dua minggu calon yang naik adalah peserta lain?

Luar biasa dan tahniah kepada Kak Farrah. Berhasil jugak pokok yang disiram selama sebulan. 

Alhamdulillah, AO selamat mengemas rumah Kak Farrah minggu lepas. Dalam sibuk design hal kerja pun, AO cuba jugak selitkan waktu untuk bagi yang terbaik. 

Review penuh tentang blog selepas bertukar wajah kita tunggu akan datang. Tapi, kalau tak sabar nak lihat hasilnya, boleh terus jengah blog Kak Farrah. 

Apa yang menarik di Blog From FAMF Tower?

Alamak, masa AO nak buat review ni, Kak Farrah dah review dulu wajah baru blog beliau. Alhamdulillah Kak Farrah seronok dengan wajah baru.

Topik paling menarik di blog Kak Farrah adalah Kord Gitar lagu Melayu yang popular!

Kalau saya pandai petik gitar, memang bookmark dah blog Kak Farrah. Serius best! Kreatif Kak Farrah dalam membuat barangan DIY pun amatlah dikagumi. 

Misalnya, yang terbaru Kak Farrah ada buat kad flamingo. Lawa!!!

Haish, AO bab handcrafting gunting, koyak kertas tepek semua ni dah lama betul tinggal. Bila entah nak polish balik tu...takpe ada seru nanti kita godek je laman DIY yang dikongsikan di blog Kak Farrah.

Dari Segi Design?

Ha, yang ni AO akan ulas lebih detail pada review yang lain.

Link Media Sosial From FAMF Tower

Blog | Facebook | Instagram | Pinterest | Twitter | Bloglovin'

Mana yang masih belum follow blog Kak Farrah dan semua media sosial yang beliau ada, bolehlah follow semuanya okay?

Kad Raya Buat Blog From FAMF Tower

Kad Raya buat From FAMF Tower by AO

Alhamdulillah...hampir selesai sudah sesi review #luckyblog bersama AO. 

Ada satu lagi last ni. Stay Tuned ya!

Stay safe and Happy Blogging! 😎

Ulasan

  1. Simple2 design hihihi

    BalasPadam
  2. Kak farrah yang kreatif! Cantikkkk sungguh kalau tengok hasil tangan kak farrah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. So sweet of you, Atiqah. Terima kasih. Akak tak delah kreatif mana... banyak benda nak kena belajar lagi :)

      Padam
  3. Wah, tahniah kepada kak Farrah.. nanti nak gie terjah...

    BalasPadam
  4. Terima kasih banyak-banyak untuk review dan kad raya ini, AO. Akak amat-amat hargainya :)
    Tahniah atas kejayaan penganjuran #luckyblog contest yang unik dengan hadiah-hadiah yang super awesome.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama kasih kak Farrah. alhamdulillah..terima kasih juga sebab sudi sertai dan meriahkannya. tanpa penyertaan siapalah saya...
      insyaAllah ada rezeki, kita jumpa di contest akan datang :D

      Padam
  5. Balasan
    1. kannnn. kena explore lagi sisi kreatif kita ni...masih 1% diguna. ada lagi 99% belum diguna.

      Padam
  6. Teringin juga nak buat baju baru untuk blog tapi tak pandai... Suka tengok blog orang cantik-cantik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe...kita belajar sesama ya cik as. :D

      Padam

Catat Ulasan