• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Review #luckyblog 8: Faezah MdNor

Salam Lockdown, salam work from home untuk ke sekian kalinya kepada rakyat Malaysia semua. Maaf di atas kelewatan mereview setiap blog. Ada hidup yang perlu dihidup. Phew...

Saya berharap semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Tak mau sedih, marah, kecewa semua...kita sekarang kena jadi jugak rakyat yang prihatin pada diri. *tarik nafas panjang*

Bagi memastikan kesemua blog yang menyertai contest #luckyblog tempoh hari dapat diselesaikan sebelum habisnya Syawal, jadi kebanyakan entri AO akan berkisar sekitar review dan ulasan semata.  Habis Syawal nanti, baru kita fikirkan pengisian yang seterusnya.

Mari ktia lihat peserta yang mendapat tempat yang ke-8 dalam kutipan point yang lalu. 

Review #luckyblog 8: Faezah MdNor

Review blog faezah mdnor

Blogger Faezah ni saya kenal sebab beliau ada menegur di ruangan DM Instagram. Masa tu, AO masih baru sangat dalam dunia khidmat design blog berbayar. Nak kata mahir tu, tidaklah...

Lepas pada tu, kitaorang follow sesama kitaorang di Instagram dan blog sampai sekarang. Tapi sejak dua menjak ni blog Kekja  agak sepi, mungkin sebab sibuk belajar. Takpe, Kekja ni aktif dekat Instagram, jangan risau.

Apa yang menarik di blog Faezah MdNor?

Faezah MdNor, atau lebih selesa menggunakan nama pena Kekja merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Kimia di Universiti Malaysia Terengganu. 

Comel sangat orangya. Eh, orang bercerita apa yang menraik paerihal blog, pergi ulas pasal pemilik pulak. Eh, eh, eh...

Yang menarik tentang blog Kekja ni adalah beliau seorang usahawan totebag custom online dan pernah masuk akhbar sebab mengamalkan pemakanan jamu diusia muda. 

Wah! Memang hebatlah Kekja. 

Hari tu AO sempat jadi pemenang segmen bloglist pertama anjuran Kekja. Alhamdulillah.

Dari Segi Design?

Kekja menggunakan design yang dibeli dari Etsy. Masa pembelian, saya ingat lagi Kekja DM saya untuk bantu buat pembelian. Maka, theme dari situlah yang beliau guna. Masa tu Etsy memang banyak buat sale. Rajin-rajinlah tengok. 

Kadang theme situ boleh sale sampai 70%

Warna yang diguna pun lembut, sesuai dengan orangnya yang ayu, berkaliber dan seorang yang punya impian untuk menjadi peneraju dan penyambung dalam menggapai matlamat hidup. 

Link Media Sosial Faezah MdNor

Sperti yang saya kata, Kekja ada buat bisnes online sambilan di laman Instagram. Korang boleh tengok, kotlah nak bagi hadiah dekat orang atau sanak saudara, bolehlah usha-usha dulu.

Blog

Instagram (Personal)

Instagram (Bisnes)

Twitter

Facebook

Kad Raya buat Faezah MdNor

Maaf di atas kelewatan pemberian kad nya, dunia akhir zaman beginilah, perangai suka betul menunda, mental koyak dan sebagainya. 

Tapi, Syawal masih berbaki beberapa hari saja lagi, maka ia masih valid 😆

Kad Raya buat Faezah MdNor

Hari ni saya nak blast semua blog review yang ada. Semoga cita-cita tercapai. 

Terima kasih buat semua yang setia menyinggah dan komen diblog AO, insyaAllah berkesempatan, AO akan balas kunjungan dan komen kalian.

Stay safe and happy blogging!

Comments

  1. Wah.. Best baca review AO..

    ReplyDelete
  2. followed blog kekja best on review AO ni :)

    ReplyDelete
  3. Blogger KekJa penah masuk dalam carta bulanan akak sebelum nie, so memang dah lama la kitorang kenal... and servis totebag memang dalam listing akak untuk beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah! baguslah kak shikin #supportblogger. saya pun ada plan gitu gak. insyaAllah

      Delete

Post a Comment