• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Organizing Productivity with TickTick

Salam Sabtu kepada semua yang membaca.

Sejak akhir-akhir ni cepat betul masa berlalu. Tup-tup nak Ahad dah. AO hanya sempat update untuk join segmen rakan blogger je. Baru hari ni dapat kongsikan segala cerita disebalaik AO dan apa yang sedang berlaku.

Untuk hari ni, AO akan kongsikan satu aplikasi yang sangat berguna dan user friendly dalam menguruskan produktiviti kita. Maklumlah, sejak semua benda online ni, otak jadi macam berserabut. 

Situlah rumah, situlah kerja. Laptop kita itu juga laptop barang siapkan kerja. Normal sangat tu! Pastu pening sorang. Tak tahu nak susun jadual hidup macam mana. Kerja habis berterabur, ada yang overdue dan sebagainya.

Jadi, AO perkenalkan salah satu aplikasi yang AO guna dalam mengurus jadual hidup serta kerja.

Productivity Organizer

Aplikasi apa tu???

Nama aplikasi tu adalah: Tick Tick

Ha...untuk korang yang pernah guna ASANA, ClickUp dan apa jua aplikasi pengurusan projek, memang korang akan suka dengan TickTick app ni. 

Kenapa pilih TickTick?

Antara sebab kenapa AO pilih TickTick sebagai aplikasi untuk menguruskan produktiviti adalah:

  1. Ada widget di desktop dan telefon
  2. Premium pakej serendah RM12 sebulan
  3. Sync across our device platforms
  4. Ada 'habit tracker' untuk kita istiqomah dalam membina habit baru
  5. Boleh semak performance harian kita dalam menyelesaikan sesuatu tugas
Paling suka sekali adalah part widget di desktop. 

Kawaiii!!!

Takdelah...sebenarnya, background tu AO buat guna Canva je. Susun elok-elok mana kita nak set widget desktop tu tadi, pastu design ikut kehendak sendiri. Sangat senang!

Front Page TickTick

TickTick Front Page

AO baru jugak discover aplikasi ni, tapi dah jatuh hati sangat dengan semua fungsi dia sampai terjebak subscribe premium. Buat masa sekarang subscribe secara bulanan dulu. Nak tengok keberhasilannya. Kalau boleh boost kerja ke 100%, memang akan subscribe tahunan terus. Sebab lagi murah.

Harga yang ditunjukkan memang dalam 27.99$, tapi sangat berbaloi untuk semua fungsi yang ditawarkan. 

AO memang hantu barangan digital sikit. Pantang ada aplikasi berguna, laju terus beli. Tak beli sanggup subscribe. Tak kisah dah mahal ke murah. Janji dia boleh mudahkan kerja dan pengurusan hidup.

Nanti AO tunjuk senarai aplikasi yang AO pernah beli dalam post akan datang. Bila belek balik rasa macam nak geleng kepala pun ada....😅

Sebelum AO jumpa TickTick, pilihan pengurusan projek nombor satu memang ASANA. 

Asana: Project Management Organizer for teams

ASANA front page

Team AO memang guna ASANA untuk jadikan platform perbincangan dan perkongsiaan dokumen dekat tempat kerja. Supaya tak bercampur dekat Whatsapp dan sebagainya. 

Kadang bila semua benda sumbat dekat Whatsapp, memang rasa semak telefon dan galeri. Memanglah boleh tutup fungsi tu, tapi tetap tidak begitu kemaslah untuk dijadikan platform pengurusan projek. Kita susah nak nampak performance dan status sesuatu projek dan tugasan.

Latar belakang TickTick

TickTick telah ditubuhkan semenjak 2013 lagi. (Lambatnya aku tahu 😓) Tapi better late than never right?

TickTick CrunchBase

Pengguna aplikasi TickTick yang aktif pun kian bertambah. Tahniah buat team Appest Inc. kerana menghasilaknsatu aplikasi yang memudahkan urusan kerja ramai orang.

AO ada buat cadangan kepada mereka bagi penambahbaikan aplikasi. Tak kisah dah harga tu. Janji kerja kemas teratur dan tersusun.

Selain daripada menguruskan kerja menggunakan aplikasi yang disenaraikan secara berbayar, AO masih menggunakan Google SpreadSheet. Di situ AO banyak buat analisis dan mengkaji performance kerja AO. 

Adakah reputasi ia menaik atau menurun. 

Bila buat refleksi macam ni, terasa sangat yang AO banyak habiskan masa dengan susun jadual hidup dan merancang. AO ni kalau perkara tak dirancang, memang boleh overwhelmed habis! Gelabah lain macam, tak tenang hidup pun ada. 

Hatta dalam menguruskan isu personal pun AO akan masukkan dalam project management 😅

Orang kata jangan terlalu rigid sangat dengan hidup. Chill-chill sudah...tapi chill kalau kerja siap takpe...Ni chill semua kerja tak jalan. Itu yang susah nak tahu mana yang siap, mana yang belum. 

Penutup

Korang belum cuba tengok website TickTick dulu, kot berkenan juga nak cuba; dah cuba rogerlah AO. Kalau dah pun menggunakannya pun, kongsilah pengalaman bersama.

Website Tick Tick

Begitulah hidup, kena pandai uruskan sebaik mungkin supaya kita tak terlalu lagha dan hilang fokus. Bila ada aplikasi yang boleh ingatkan kita tentang rutin seterusnya, kita cenderung untuk kembali kepada track impian kita. 

Jadual dijadikan sebagai panduan, bukan penjara. Jadi, berpadalah dalam mengaplikasikan displin diri. Jangan sampai burn out sudah.

So, korang guna aplikasi apa je untuk susun jadual hidup dan menguruskan projek? Tak kisahlah projek peribadi atau kerja atau pembelajaran, AO yakin mesti ada satu aplikasi yang korang gemar untuk guna.

Kalau ada, kongsi-kongsilah manfaat dia bersama. Kot lah ada aplikasi yang AO tak pernah guna dan dengar, boleh kita beramal bersama.

Kena ingat bahawa, 

If you fail to plan, you are planning to fail...

Maka, merancanglah untuk mencapai kejayaan. Jika gagal dipertengahannya, jadikan ia pengajaran dan teruskan lagi perjuangan. Selamat maju jaya semua! 

Ulasan

  1. So far hanya guna app blocker supaya tak spend masa lama-lama main HP. Memang function since I'm on social media detox. Other than that, still a classic person yang guna planner. Huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus tu kak sal. saya waktu weekday kerja, memang guna juga aplikasi begitu.

      ha, planner ada jugak...tapi sana sini planner...pastu senang sync terus dengan digital. siap!

      Padam
  2. itu la biasa dgr asana je..bagus la apps yang memudahkan kerja..
    hye AO! lama tak jenguk

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannn asana memang bagus gila untuk project management.

      hye AD kita baru ada masa nak menjengah jugak ni hehehe

      Padam
  3. Wahhhh, boleh explore lah Tick Tick ni. Thanks AO! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila-sila kak. benda baik kita kongsi bersama. ^_^

      Padam
  4. Wahh menarik! Saya guna Notion app untuk organizing. Blh cuba ni next time :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha, saya pun first time dengar notion app...eloklah kita saling tukar merasa app mana yang paling produktif dan sistematik.

      thank you sharing!

      Padam
  5. macam best aplikasi tick tick ni

    BalasPadam
  6. First time dengar ticktick, asana dan clickup! Nanti boleh try survey survey :D
    Nice sharing AO!

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak sangat aplikasi pengurusan masa dan produktiviti ni atiqah. Samapi nak pilih mana satu pun bisa bingung kepala fikirkannya.

      You're welcome!

      Padam

Catat Ulasan