• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Review #luckyblog 7: Blog Rabia Adawiyah

Salam Sabtu buat warga blogger dan semua pembaca yang menjengah laman ini.

Moga kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendakNya. Cukup minggu ni, genaplah kita menjalani minggu pertama PKP3.0. 

Jelak tak jelak, itulah tanggungjawab. 

Maka, hari ni AO akan sambung balik review blog yang dah sebulan tergendala. Ha, kemain kan nak review blog orang, sekali asyik dikejar masa, kepenatanlah, apalah...

Papehal, AO cuba jugak habiskan review kesemuanya hari ni. Do support all the bloggers that I review okay😉

Blog yang berada ditangga ketujuh bagi Contest #luckyblog tempoh hari, menjadi milik Rabia Adawiyah atau lebih mesra menggunakan nama Rabia.

Review #luckyblog 7: Blog Rabia Adawiyah

Review #luckyblog 7: Blog Rabia Adawiyah

Blogger Rabia memang rajin dan aktif dalam dunia blogging dan media sosial. Antara manusia yang saya jumpa paling rajin join giveaway, segmen dan pelbagai lagi cabutan bertuah yang lain. Sangat bagus sebab Rabia memang suka support #lokal.

Walaupun blogger Rabia dah berblogging semenjak 2016 lagi, tapi saya tak pernah pulak terserempak dengan beliau dibawah nama sofieadie. Mungkin sebab masa tu pun blogging suam-suam kuku macam tu. 

Kejap ada, kejap takde...begitulah hidup...

Sepanjang contest #luckyblog berlangsung, beliau memang rajin bagi notifikasi kepada saya mengenai jumlah point yang terkumpul. Seronok betul ada orang bersemangat macam ni. Tapi sayang, dapat tempat ketujuh.

AO memang teringin nak hadiahkan Rabia baju baru, masih belum ada rezeki. 

Apa yang menarik di Blog Rabia Adawiyah?

Catatan ringkas harian beliau. Setiap hari tau Rabia up entri dekat semua platform. Blog, Facebook, Instagram, Tik Tok dan YouTube. Memang terbaiklah Rabia boleh konsisten sebegitu. 

InsyaAllah ada rezeki, AO memang akan turut jejak Rabia ni. Bagus untuk cipta personal branding. 

Rabia juga merupakan graduan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak di UNITAR Terengganu. Terserlah personaliti seorang Teacher yang dipercayai pada gaya beliau. Lembut, ayu, rajin masak dan aktif dalam meraih pembaca blog.

Oh ya, sebelum saya terlupa, Rabia juga ada menyediakan Group WhatApps dalam membantu para blogger yang mahu berjinak menjana pendapatan dengan blog. Boleh roger Rabia untuk tahu dengan lebih lanjut.

Dari Segi Design?

Blog Rabia menggunakan template daripada Beauty Templates dan warna yang diguna seiring dengan kelembutan yang dipaparkan. 

Rabia juga rajin tau promote blog kawan-kawan dan design header untuk Top Komentar setiap bulan. 

Kalau nak header free daripada Rabia, korang boleh komen banyak-banyak di blog beliau. 

Link Media Sosial Blog Rabia Adawiyah

Orite, kalau sesiapa yang belum follow blog Rabia dan semua media sosial beliau, boleh jengah dan follow sini ya!

Blog

Instagram

Facebook

Youtube

Tik Tok

Kad Raya buat Blog Rabia Adawiyah

Yup, raya sebulan bebeh!

Kad Raya Rabia Adawiyah

Orite, sampai situ sahaja review blog kali ni. Nantikan sambungan review akan datang!

Stay safe and happy blogging everyone!

p/s: maaf rabia tak upload blog header rabia yang terkini sebab semua poster review dah dibuat dua minggu lalu. Jadinay, kita guna mana yang dah siap...😅

Comments

  1. Its okay kak suka baca review dari akak tq kak

    ReplyDelete
  2. Tu laa.. Br kenal2 ngan rabia.. Kdg kita msk blog tp jarang tgl kan jejak je.. Keep it up rabia 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita kak ret. lebarkan ukhwah maya gitu...

      Delete
  3. Rabia memang antara blogger yang paling aktif dalam menyertai segmen dan giveaway daripada blog dan instagram.. Dan merupakan salah sorang blogger paling aktif dalam carta bulanan akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup setuju tu kak. kadang kita tanya jugak, segmen apa je yang rabia tak join hahahaha rajin dia terbaiklah!

      Delete
    2. Heheh saya sukaa join giveaway ni. Kadang support blogger

      Delete
  4. Lepas ni nak jalan-jalan blog Rabia pula

    ReplyDelete

Post a Comment