• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie bertujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Review #luckyblog 3: Syu Deris

Salam Blogger kepada semua warga yang membaca laman AO!

Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat hendakNya serta dilindungi dari segala malapetaka dan penyakit yang tidak nampak. Amin!

AO memang tengah pulun kaw-kaw ni menghabiskan review blog peserta contest #luckyblog tempoh hari. Ha, kau tu lah sibuk sangat dengan hidup lain, habis tergendala hidup di sini. 

Takpe, sikit saja lagi. Dah nak sampai penghujung pun. Terima kasih semua yang rajin review balik, bagi feedback yang memberangsangkan dan shout out AO!

Moga dimurahkan rezeki buat kalian semua. 

Blogger yang berjaya meraih tangga ketiga bagi musim, eh musim, bagi contest #luckyblog tempoh hari, menjadi milik Kak Syu Deris!

Review #luckyblog 3: Syu Deris

Review blog syu deris by AO

Pada awal contest, Kak Syu kalau tak silap AO memang bakal menjadi tempat pertama, atau kedua. Tak sangka pulak boleh menjadi tempat ke-3. 

Alhamdulillah, tersenarai jugak sebagai pemenang yang mendapat baju raya untuk blog. 

Kak Syu memilih untuk beli sendiri themenya. Jadi, AO hanya transfer amount yang diperuntukkan kepada pemenang tempat ke-3, iaitu sebanyak RM30.

Hari tu, masa Kak Syu buat contest, AO dapat nombor satu!!! Tak sabar tunggu orang ketuk rumah bagi hadiah ni. Rezeki sangat! Alhamdulillah πŸ˜‡

Apa yang menarik di Blog Kak Syu Deris?

Kak Syu punya cerita, tulisan dan suka tengok design blog Kak Syu! 

Macam tak percaya bila blogger yang pandai design, mereka akan guna khidmat design orang. Sebab. confirm ada kena condemn punya. Hahahaha (based on true experienced)

Tapi takpe, kita terima jugak dengan hati terbuka. Kita semua masih belajar. 

Kak Syu memang rajin dan kreatif mendeco blog beliau. Rasanya masih belum siap kemas lagi sekarang. Tapi theme dah tukar baru. Boleh jenguk ke laman blog beliau untuk lihat lebih jelas.

Snippet yang AO letak dalam banner ni gambar lama yang dah dibuat awal, tapi tak tereview-review..

Dari Segi Design?

Masa awal AO jengah blog Kak Syu, memang agak sakit mata jugak baca tulisannya πŸ˜…

Terpejam-pejam mata nak kasi lebih jelas. Nasib sekarang dah tukar font. Kalau dak, boleh jadi satu faktor turn off nak baca...

Warna gradient ungu yang dipilih menampakkan lagi yang blog ini punya kelas tersendiri. Orang kata warna ungu tu, warna diraja zaman awal dahulu. Warna mahal, exclusive

Mungkin begitulah gambaran yang Kak Syu mahu kita nampak dalam pantulan persona beliau.

Kalau sesiapa ada layan series 'Breaking Bad', korang mesti tahu watak mana yang memang ratu ungu. Ungunya pulak semua nampak mahal! 

Link Media Sosial Syu Deris

Blog | Twitter | Pinterest | Facebook | Instagram | BMAC | YouTube

Kepada yang nak support Kak Syu secara rela hati, Kak Syu pun ada page 'Buy Me A Coffee'. Satu page yang bagus untuk orang support kita dalam  bentuk kewangan. Tak banyak takpe, janji ada. Serendah $1 pun boleh !

Kad Raya buat Syu Deris

Kad Raya buat Syu Deris by AO

Terima kasih semua diatas kesabaran menanti blog direview. AO hargai sangat penyertaan kalian, moga murah rezeki selalu!

Stay Safe and Happy Blogging everyone!

Comments

  1. Mekaseh AO, review blog akak.Tiqah pun pernah cakap tulisan blog akak sebelum ni menyakitkan mataπŸ˜….Bagus jugak ada review blog macam ni.At least akak tahu kelemahan blog akak kat mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak maaf tau kak syu sebab cakap tulisan blog kak syu agak serabut (emoji peluh di dahi)
      Tapi sekarang dah okey dah font blog kak syu! Cantikkk!

      Delete
    2. Ehhhh...tak ngapa Tiqah.Pada akak tu satu kritikan yang membina tau!!Kadang-kadang kita sebagai blogger ni tak perasan yang fonts tu menyusahkan pembaca untuk membaca 😁.Memang nampak cantik di mata kita tapi di mata pembaca belum tentu lagi.

      Delete
    3. sama-sama kasih kak. sama-sama kita buat penambaikkan dalam mengembangkan lagi industri blogging.

      yang baik jadikan teladan, yang tak elok jadikan sempadan...gitu....

      kak syu boleh punya! ganmbate!

      Delete
  2. Nanti nak gie terjah.. Sebab rasanya tak follow lagi blog kak Syu nie.. Nampak cantik jea design blog dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila-sila kak...saya pun baru perasan blog kak syia lepas guna nama AO. dulu tak perasan jugek..

      Delete
  3. Nanti nak pergi terjah wajah baru blog Syu. Sebelum ni suka gak tengok tema purple dan bunga-bungaan tu. Sweet sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila kak. saya suka benar tengok bunganya tu. dengan gradient ungu yang cantik. mewah saja rasanya.

      Delete

Post a Comment