• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Wajah Raya Blog From Farrah Tower

Salam Blogger buat semua rakan sekalian!

Alhamdulillah, walau dah masuk Zulkaedah, AO tetap akan buat post berkaitan dengan wajah raya pemenang di tempat kedua bagi contest #luckyblog yang sudah.

Mesti ramai yang dah tahu, dah perasan dan sudah pun usha wajah baru pemenang AO ni. Siapa lagi kalau bukan Kak Farrah kita yang memiliki impian untuk punya Tower sendiri suatu hari kelak.

Usai sesi review tempoh hari, AO ada janji akan buat review design yang berasingan bagi pemenang di tempat pertama dan kedua. Maka, hari ini, janji itu AO akan tunaikan. InsyaAllah...

Wajah Raya Blog From Farrah Tower

Pemenang contest #luckyblog 2021

Orang kata, rezeki takkan salah alamat bila kita berusaha untuk dapatkannya. 

Sepanjang musim contest yang lalu, Kak Farrah ikutkan agak ketinggalan pada awalnya. Tapi, bila tiba di penghujung, beliau semakin laju mengejar! Dan hasilnya, terciptalah wajah Raya bagi blog 'From Farrah Tower'.

Kalau sebelum ni wajah blog Kak Farrah menggunakan tema hitam dan putih, seperti gambar di bawah;

Wajah FAMF sebelum

Kini, selepas sentuhan magis AO (seperti yang digembar gemburkan dilaman blog Kak Farrah, AO copy paste ja 😅), blog Kak Farrah kelihatan muda 10 tahun!

[Usha blog From Farrah Tower]

Wajah Baru

Proses Design

Sepanjang proses design, Kak Farrah memang tak banyak cerewetnya. Senanglah berurusan walaupun AO senyap sepanjang lakukan proses semuanya. 

AO tak tahulah apa yang sibuk sangat sampai siapkan blog Kak Farrah ni pun stay up sampai ke subuh ha. Paginya memang tak boleh nak kacau banyak sangat, sebab pack gila dengan kerja. 

Ha, AO kerja sekarang pun dalam bidang mendesign website jugak. Lagi pening dari yang sekarang. Mahu tak sakit kepala, habis semua tidur tergendala...(eh, sibuk cerita pasal hal kerja pulak...eh, eh...#bertabahlahye)

*tarik nafas panjang*

Lepas siap tu, AO cepat buat urusan dengan Kak Farrah. Alhamdulillah, beliau seronok tak terkata. AO lagi happy meloncat gembira kau! Qada' tidur menjadi idaman dah lepas tu.

Prosesnya begini:

  • Selepas AO umumkan senarai pemenang bagi contest tempoh hari, AO akan blast pada semua pemenang dan tunggu setiap peserta roger balik untuk claim hadiahnya.
  • Untuk pemenang yang berjaya mendapat design percuma, AO akan bagi dua pilihan;
    • samada AO transfer cash, beli design sendiri dan biarkan AO design
    • atau, pilih design yang berkenan, AO akan buat pembelian, dan terus design.
  • Kak Farrah pilih pilihan kedua. 
  • AO terima semua detail yang dikehendak, dan cuba dapatkan ilham bagaimana untuk buat gambaran semualah...

Situ, sini main warna, dan terhasillah wajah baru blog Kak Farrah yang korang tengok sekarang....

Sambil belek satu dua blog Kak Farrah, AO perasan yang beliau suka letak watermark pada gambar. AO rasa macam sikit sangat pulak hadiah tu. Dapat baju free dengan header saja...maka, alang-alang tu, buatlah sekali watermark untuk beliau. 

Lain-lain...

AO ni bab warna memang kena compare antara laptop dengan telefon. Dia macam ada lain sikit, jap bukan sikit, lain banyak jugaklah. Kadang rasa macam, eh aku ni rabun warna ke apa? 

Itu yang ada warna nampak macam biru, ada yang nampak macam hijau. Begitulah dia kisahnya...

Mana yang belum singgah blog From Farrah Tower yang awesome dengan koleksi kord gitar ni, sila-silalah jenguk segera. Kliklah iklan semua yang ada...mana tau rezeki ita pun orang tolong klikkan iklan jugak...

Tunda lagi blog hakak kita sorang nu...sian ye tunggu lama...sabaq na...kadang wayar otak ni dia hanguslah, sotlah, sampai tak terkejar betul nak bernafas.

Apa-apa pun, terima kasih AO ucapkan pada Kak Farrah diatas shout out yang amat memberangsangkan. Terharu sangat. Serius, terharu giler! Moga dimurahkan rezeki b uat Kak Farrah sekeluarga. 

Apa pendapat korang, ada rasa macam nak tukar baju baru jugak ke?

Papehal roger awal, AO cuba siapkan design yang ada dulu sebelum terima design baru. 

Terima kasih lagi sekali diatas sokongan kalian yang tak terhingga. Hanya Allah Pembalas Jasa yang Terbaik. 

Akhir kalam, Happy Blogging and stay safe everyone!

Comments

  1. Wah, blog siapa yang cantik dan muda sepuluh tahun itu? 😂

    Domo arigato, AO. Akak rasa sampai bila pun tak akan cukup ucapan terima kasih untuk AO atas apa yang dilakukan pada blog akak. Siap dapat hadiah tambahan watermark... bukan satu... empat pula tu. Empat-empat akak suka.

    Seronok da senang sangat berurusan dengan AO sepanjang proses ini. Moga AO terus dimurahkan rezeki. Moga ramai lagi yang akan guna khidmat & kreativiti tanpa batasmu. 😘😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog siapa lagi ^_^! hahahahah

      alhamdulillah, lega dengar akak suka. kita punya nervous takut kena reject, hehehe

      moga dimurahkan rezeki juga buat kak farrah sekeluarga.

      amin, amin, amin!

      Delete
  2. Servis AO sangat bagus. kepada owner blog moga terus sukses.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih naim. haa lepas ni, baru nak review design blog naim pulak. haaaa

      amin!

      Delete
  3. Dah usha blog Farrah. Memang nampak 'muda' & segar. Kreatifnya AO :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.
      itu warna pilihan kak farrah jugak tu yang buat jadi muda. ^_^

      Delete
  4. Cantikkk! Kita berkenan dengan pemilihan warna! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, thank you atiqah! kita tukang main, yang pilihnya kak farrah ^_^

      Delete
  5. Cantik design tue especially header nya.. nampak gempak.. servis AO memang terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah thank you kak shikin. supporter terbaik est 2015 gitu!

      Delete

Post a Comment