• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie bertujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Review #luckyblog 4: Ukail Sanif

Salam Blogger dan Salam PKP3.0 buat semua rakyat Malaysia!

Jaga kesihatan elok-elok, kurangkan waktu berada di luar rumah dan sentiasa basuh tangan.

Eh, eh AO ni nak buat blog review ke nak buat notis kesihatan. Kemon orang dah bosan dah...cukuplah dapat mesej dari MKN saja, ni bukak blog pun cerita pasal ni lagi...haiyer!

Orite, orite, orite, relax, AO akan sambung review lagi buat hari ni. 

Nama yang paling asing dalam dunia blogger, hatta AO sendiri pun baru mendengar nama blog ini merupakan pemenang di tangga ke-4 bagi contest AO tempoh hari. 

Ha, asing tak asing, beliau pun rajin kumpul point tau! Jangan memain pelajar dari Mesir ni.

Okay jom terjah blog beliau!

Review #luckyblog 4: Ukail Sanif

Review blog saudara Ukail

Blogger Ukail ni adalah rakan kepada Kekja saya rasa. Rasalah. Betul ke tidak tu, AO tak pasti. 

So, siapa blogger ni? Bukan calang-calang pendidikannya. Di Mesir gitu. 

Teringat dulu ayah AO pernah suruh AO sambung pengajian STAM, dan AO tolak sebab katanya tak mahu terlalu jadi ustazah. Pun boleh ek? hahaha

Papehal, disinilah AO, bukan Ustazah bukan juga sesiapa, masih Hamba Allah yang mencari redhaNya.Cyehhh acah an...

Okay, berbalik pada review blog. 

Pada awal sesi contest, blog Ukail adalah antara salah satu blog yang cuba mendapat Top 3, tapi tergelincir pada beberapa mata sahaja dengan blog Kak Syu. 

Apa yang menarik di Blog Ukail Sanif?

Cerita perjalanan beliau sebagai seorang pelajar Malaysia yang mengambil Double Degree di Tanah Arab di bawah tajaan biasiswa kerajaan Arab Saudi!

Pergh!!!! Hebat sia! Tahniah saudara Ukail. Kami rakyat Malaysia berbangga dengan semangat juang yang saudara curahkan dalam menabur bakti serta mengharumkan nama Malaysia di tanah Arab.

Tak percaya?

Ha, boleh jenguk ke entri ni: 

[TRAVELOG DOUBLE DEGREE, DARI HUJUNG CAIRO KE MADINAH]

Baru lagi tau post ni. Masih tak lapuk lagi untuk menjadi inspirasi kepada mereka yang bercita-cita untuk sambung pengajian di Tanah Arab.

Zaman saya dah berlalu, cyeh...ada je ruang untuk belajar tu, tapi untuk menjadi salah seorang ahlinya dalam bidang agama itu, AO tidak mampu. (tak mampu ke malas 😅)

Selain daripada tu, saudara Ukail agak tidak berapa aktif buat masa sekarang disebabkan musim peperiksaan dan sewaktu dengannya. Tapi beliau aktif membuat IG Story perihal bidang yang beliau pelajari. 

Ramai crush ni saya rasa. hahahaha sempat menyelit. 

Adik-adik yang mana perlukan semangat belajar, boleh bertanya pada saudara Ukail. Mana tahu, beliau boleh kongsi tips dan tricks menjadi pelajar tajaan. (hakak-hakak sangat!)

Dari Segi Design

Simple dan kehijauan yang damai. 

Beliau masih belum tebus hadiah lagi. Katanya nak hold dulu sebab berkemungkinan akan gunakan khidmat design dari AO. 

Alhamdulillah. Senyum AO dengar. Moga murah rezeki selalu saudara!

Link Media Sosial Blog Saudara Ukail

Walaupun masih baru didengar, tapi blog ni dah lama tercipta. Semenjak 2016. 

Saya tak pasti kenapa tiada button follow di blog ni. Tapi korang bolehlah follow media sosial beliau yang aktif untuk tahu dan lihat situasi sebenar seorang pelajar Mesir.

Blog

Instagram

Kad Raya buat Saudara Ukail

Kad Raya saudara Ukail

Berakhirlah sudah sesi review bersama AO. 

Ada tiga lagi blog yang AO akan review. Nantikan juga kemunculan wajah baru setiap pemenang Top 3 ini! Stay Tuned!

Stay Safe and Happy Blogging everyone!

Comments

  1. Pencabar terdekat Naim masa contest hari tu. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha takuttt..tapi rezeki sudah tertulis.

      Delete
  2. First time kenal ukail ni melalui contest AO hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. saya pun baru jugak kenal beliau. beberapa bulan sebelum melancarkan contest.

      Delete
  3. First time kenal blogger nie.. Menarik jea cerita dalam blog beliau.. Nanti nak gie terjah la...

    ReplyDelete
  4. Moga segala urusan belajar dan hidup Ukail di sana berjalan lancar.

    ReplyDelete

Post a Comment