• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie bertujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Wajah Baru Alien Oren + Upcoming Contest

Salam Budiman buat semua warga maya sekalian,

Alhamdulillah, dengan izinNya aku berjaya jugak setup kedua-dua blog seperti yang dikehendak. Berapa habis? Tak payah tanyalah. Cukup masa nanti aku kongsilah jumlah sebenar aku habiskan sepanjang berkecimpung dalam arena blogging.

Hari ni aku akan cerita apa yang berlaku bagi seminggu yang sudah. Oh, sebelum tu salam pre-Ramadhan 1442H. Buat yang belum habis ganti puasa, sila-sila habiskan ganti segera >_<!

Wajah Baru blog Alien Oren

Pembaharuan Alien Oren kali ni termasuklah:

Selain daripada tu, aku saja nak bagitahu, blog lama dulu dah berjaya direcover ^_^ Sukanya rasa bila dapat bertemu kembali bersama blog yang dah tempuhi bersama perjalanan susah dan senang. Kalau nak usha boleh pergi ke [Counting Blessing]

Iya, sebelum wujudnya Alien Oren, aku ini hanyalah seorang manusia yang memakai nama sofieadie. Blog itu hanyalah diari online aku. Bila bab personal, semuanya aku kongsikan disana. 

Eh, design guna Canva je?

Iya...semua aku deesign guna Canva. Aku masih takde laptop sendiri lagi untuk design guna Photoshop atau Illustrator. Bagi aku Canva ni platform yang sangat-sangat-sangat bagus untuk orang macam aku yang tiada latar belakang dunia seni. 

Mudah faham dan sangatlah senang untuk ekspresikan idea kreatif dengan element yang sedia ada. Aku subscribe Canva secara tahunan sejak 2018 lagi. Kalau secara percuma mungkin awal 2017. Lepas tu menyampah dengan kekangan design, tu yang terlanggan premium. #canvalove gitu!

Apa yang barunya dengan Alien Oren?

Misi, visi dan matlamat dalam memilih niche blogging. Korang boleh tengok di ruangan [About], di situ aku ada ceritakan sedikit sebanyak bagi segala fungsi Alien Oren. 

Ala...tak bestlah blog ni dah jadi tempat untuk borak bisnes je...

Jangan kata gitu....blog itu ada banyak macam cabangnya. Aku hanya ambil satu dari cabang yang ada. Yang lain kasi peluang untuk orang lain explore pulak. Kalau tak nak borak pasal blog, trick, tips, dunia teknologi, nak benda pengalaman peribadi saja pergilah jenguk blog sebelah :D

Tak habis-habiskan promote blog sebelah. Blog sebelah pun aku tukar wajah baru.

Upcoming Contest?

Untuk yang biasa follow (kalau adalah), blog tu dulu pernah anjurkan beberapa contest dan giveaway. Makanya, sebagai meraikan kehadiran semula aku dalam dunia blog ni, insyaAllah aku akan anjurkan contest sepanjang bulan Ramadhan nanti.  

Nantikan ya!

Asyik cerita pasal aku je..

Ha....korang apa cer? Macam mana persiapan Ramadhan? Dah ready nak pergi bazaar mana? 

Borak pasal bazaar, kemungkinan tahun ni aku akan terlibat jadi peniaga bazaar. Mana yang nak datang nanti aku kongsilah lokasi ye. Delivery pun ada. 

Area mana? 

Dekat Miri ni ha...aku tak balik lagi Shah Alam...

Akhir kalam....

Terima kasih pada kalian semua yang menyokong secara langsung mahupun tidak Alien Oren serta sofieadie. 

Amacam wajah baru? okay tak? 

Okay tak okay, theme ni memang akan diguna untuk jangka masa lama. Jangan gatal tangan nak beli theme je kerja, content tadak. hahahaha

Okay takat tu ja cerita untuk 1 April 2021. Thanks for reading and Happy Blogging!

Comments

  1. Cantikkkk! HAHAHA jangan tukar tukar dah template lepasni.
    Wahh jadi peniaga bazaar. Semoga dimudahkan segala urusan!
    Selamat menyambut bulan ramadhan AO! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik!!! hahahaha
      haah atiqah...aminn moga dipermudahkan urusan juga ^_^
      selamat menyambut ramadahan tak lama lagi!

      Delete
  2. Cantik wajah baru blog AO ni. Moga dimudahkan segala urusan, nak support pergi bazar tapi jauh pulak 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aiman "D Amin amin!
      Hahaha takpe takpe boleh support peniaga bazaar di tempat lain juga "D

      Delete
  3. Blog cantik, ceria dan comel.
    Harap peraduan yang dianjurkan itu syaratnya mudah.
    Semoga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih NA "D
      InsyaAllah mudah saja. Amin! semoga ianya berjaya juga
      Boleh meriahkannya kelak ya "D

      Delete
  4. omg jealousnyaa! teringin gila nak blog cantik mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you atie! Takpe suatu hari nanti blog atie confirm boleh cantik daripada ni "D

      Delete
  5. Cantikk la theme ni. Yeay ada contest. Bulan ramadhan ni jarang sgt pergi di bazar. Biasa umi sy suka masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you rabia! "D
      Haaa nanti dah official announce bolehlah meriahkan contest tu nanti ya!
      Bagusnya rabia...saya kalau tak jadi peniaga bazaar, dan bukan musim pandemik, memang akan ke bazaar cari tepung pelita dengan tafufa "D

      Delete
  6. Ceria blog awak serba oren. Suka tengok. Segar mata memandang. Semoga rezeki melimpah ruah dibulan puasa nanti. Aaminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. terima kasih atas sokongan kak az "D

      Delete
  7. Impressive design, layout & everything! Akak betul2 suka. Keep up the excellent work! Semoga segala urusan dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah :D terima kasih kak zu atas sokongan yang membina "D

      Delete
  8. Cantiknya.. Sukalah.. memang menarik sangat..
    Sha pun rajin guna canva tapi yang basic je.. Canva senang nak guna..
    Ramadhan yang agak sedih permulaannya namun semakin ok..

    ReplyDelete

Post a Comment