• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie bertujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Hadiah Giveaway Shida Radzuan Dah Sampai!

Salam Ramadhan Kareem buat semua warga yang membaca!

Alhamdulillah masih dipertemukan dengan Ramadhan yang ke-14. Maksudnya sudah dua minggu kita berpuasa. Sebagai menghormati pemergian anak kapal KRI Nanggala 402, marilah sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah buat mereka sejenak. Al-Fatihah.

Moga roh mereka dicucuri Rahmat Allah S.W.T. 

Dua hari yang sudah tak sempat nak update blog secara harian Sempat update blog sebelah saja. Hari ni baru berkesempatan untuk update selepas menerima hadiah Giveaway dari blogger Shida Radzuan pada hari Sabtu lalu.

Hadiah Blogger Shida Radzuan

Alhamdulillah selamat mendarat di tanah Miri. 

Hadiahnya merupakan 15 keping kad raya custom dan satu kad Raya daripada blogger Shida Radzuan sendiri. Haaa...dah banyak-banyak kad raya ni, aku nak buat apa pulak?

Kita bagilah dekat peserta Contest #luckyblog lah! InsyaAllah kalau ada rezeki lebih.

Persaingan semakin sengit antara peserta. Siap ada yang bagi pesanan supaya jangan update secara harian. Takut ada yang bersemangat lebih! kelakar pulak rasa. 

Konklusinya, contest tu hanya berjaya disertai 16 orang peserta sahaja. Masih berbaki lebih kurang dua minggu saja lagi untuk sertai. Dan kalau baru nak join sekarang, memang kena tinggal dek baslah >_<!

Takpelah, lagi sikit peserta lagi senang kita nak monitor sorang-sorang, ye dak?

Apa-apa pun, selamat bercontest buat peserta dan semoga kekal bersemangat hingga tarikh tamat. 

Happy Blogging!

Comments

  1. Tahniah, AO. Cantik design kad raya tu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak farrah :D
      haah kak shida design, saya tak sempat nak fikir design baru ^_^!

      Delete
  2. Alhamdulillah. Tahniah AO. Hadiah pun dah selamat terima ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...terima kasih kak az!
      itulah cepat je dapat "D

      Delete
  3. Yeay dah selamat sampai! Cantikkk!
    Tahniah AO! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyy! kan!simple dan kemas je. terima kasih atiqah :D

      Delete
  4. Cantik kad raya. Tahniah ye, Alien Oren, menang hadiah. Boleh pos pada kawan-kawan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamduillah. terima kasih kak nur :D
      itulah tengah pilih setem untuk dipos :D

      Delete
  5. Alhamdulillah..tahniah AO, cantik kad² raya tue, sekaligus mengingatkan tentang nostalgia lama..😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? dah lama tak send kad raya. ^_^!

      Delete
  6. tahniahnyer., chuantek kadraya custom made tuuu., ;p

    ReplyDelete
  7. cantiknye blog ni. tahniah menang. rezeki

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Tahniah AO.. cantik design kad tu..

    ReplyDelete

Post a Comment