• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie bertujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Kenapa Buat Contest guna SweepWidget?

Salam Ramadhan Kareem buat warga blogger!

Bermula 15 April sehingga 15 Mei, AO mengadakan contest #luckyblog sempena tujuh tahun berkecimpung dunia blogging. Bermula dengan penubuhan yuhaadie, kemudian berpindah ke WordPress dengan nama sofieadie, kini dengan persona baru Alien Oren.

[Kisah turun naik berblogging]

Jadi, sepanjang turun naik fasa dunia blogging ni, aku ambillah peluang meraikannya dengan menganjurkan contest setelah sekian lama menyepi. 

Oh ya, ini bukan post yang ditaja. Sekadar satu dua link affiliate sebagai perkongsian. Ia tidak menjejaskan mana-mana pihak. Tapi, kalau korang klik link dan sign up di situ, ia akan membantu aku dapat diskaun untuk plan berbayar pada masa akan datang ๐Ÿ˜‡

Contest guna SweepWidget?

Anjuran contest kali ni aku gunakan khidmat aplikasi SweepWidget untuk tentukan nilai mata dalam pemilihan pemenang berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Memandangkan contest ni agak berbeza dengan nilaian giveaway serta segmen, jadi dia punya peraturan tu agak berbeza. 

Sepatutnya, aku boleh je nilai secara rawak dan berdasarkan budi bicara sepertimana aku pernah buat empat tahun sudah (contest #lastgift, contest #dearsofie). Tapi, disebabkan nak bagi sama rata dan biar mesin yang nilai dan tentukan, jadi aku carilah aplikasi yang sesuai serta percuma dalam anjurkan contest yang awesome.

aplikasi yang paling sesuai untuk anjurkan contest dan giveaway

Kalau guna WordPress, dia dah ada banyak senarai plugin yang kita boleh pilih untuk anjurkan contest dan giveaway yang menarik. Tapi, Blogger kena bergantung dengan widget luar dalam pengendalian yang sama. 

Sayangnya, kebanyakan widget yang support Blogger adalah berbayar. Dan antara yang tidak perlukan bayaran adalah SweepWidget.

Apa itu SweepWidget?

SweepWidget adalah satu platform yang menyokong pelbagai brand untuk anjurkan contest serta giveaway secara meluas. Lebih 90+ cara untuk sertai contest dari 30+ jenis media sosial membuatkan SweepWidget menjadi pilihan utama dalam mengembangkan brand awareness. 

Selain daripada tu, SweepWidget jugak tawarkan plan percuma. Sebab tu faktor utama aku pilih tool ni. Tools lain kebanyakan hanya tawarkan versi percubaan selama tujuh hari saja. 

Muka depan SweepWidget

Front face SweepWidget

Kalau beli plan berbayar, memang bermacam cara kita boleh guna hanya dari aplikasi SweepWidget ni. 

Ni pulak adalah contoh dashboard akaun AO;

SweepWidget Dashboard

Nampakkan disitu ada satu 'Live Giveaway'. Dimana dari situ, kalau aku klik 'Entries' akan keluarlah nilai entries yang dah sertai contest ni.

So, sekarang baru ada 8 orang peserta dengan nilai 180 entries.

Ni kira kita punya report untuk contest yang sedang berlangung. Dari report ni kita boleh:

  • Pilih pemenang
  • Disqualified User/s
  • Disqualified Entry/s
  • Delete Entry/s
  • Export ke CSV
    • Users 
    • All Actions
    • Winners

Apa beza Participants dengan Entries?

  • Participants adalah jumlah peserta yang sertai contest kita. 
  • Entries pulak, adalah jumlah points yang terkumpul oleh semua peserta.

Contohnya, untuk contest #luckyblog ni, aku guna 5 cara untuk kumpul entries point

Sweepwidget entries method
  1. Follow & Visit BMAC (buy me a coffee page) +10 points
  2. Follow & Visit Instagram Alien Oren +8 points
  3. Follow & Visit Facebook Page Alien Oren +10 points
  4. Point Bonus tambahan +3 points
  5. Log Masuk SweepWidget +1 points

Setiap method ni ada point yang tersendiri kecuali 'Log Masuk'. Log masuk hanya ambil senarai nama peserta sahaja. Untuk kutipan point, korang kenalah buat yang 1-4 tadi.

Setiap point ni pulak boleh dikutip setiap 6 jam!

Macam mana AO nilai pemenang?

Kalau korang perasan dekat report entries tu dia ada dua cara pemilihan pemenang;

  1. Random
  2. Pick

Katalah aku pilih 'Random Winner' dengan syarat 40 entries ke atas, ni contohlah;

Makanya, hasil nilaian itu, aku dah ada empat pemenang yang memenuhi kriteria tersebut.

Senangkan! Tak payah nak pilih kasih. Yang penting peserta kenalah berusaha untuk dapatkan point entries paling banyak untuk menangi hadiah utama. Samalah untuk sagu hati, kemungkinan kita akan rendahkan sikit nilai entrinya.

Macam mana nak dapat nilai point entries?

Kenalah rajin log in ke ruangan contest SweepWidget tadi dan kutip mata dari situ secara harian.

Konklusinya....

Aku pilih SweepWidget sebab:

  1. Ada plan percuma
  2. Mudah nak nilai pemenang
  3. Sesuai untuk contest dengan kriteria tinggi

Kalau giveaway, mungkin aku akan guna Random.org ja kot. Simple dan memang literally tikam nombor. Tapi, kali ni kita special sikit. Disebabkan ianya contest dan hadiahnya adalah suatu barangan digital yang perlu pada masa serta hasil kreativiti, maka kena pilih pemenang berdasarkan usaha mereka dalam mengumpul points. Barulah ada keadilan dan kesungguhan disitu.

Jadi bagi sesiapa yang belum lagi berkesempatan untuk sertai contest #luckyblog by AO masih ada 29 hari lagi untuk join. InsyaAllah esok aku akan ceritakan pulak senarai hadiah yang ditawarkan dan kelebihan join contest ni.

[Join Contest #luckyblog by AO]

[Senarai Hadiah Contest #luckyblog by AO]

Untuk yang dah sertai dan sedang berusaha untuk kumpul points entries, aku ucapkan 'Selamat Maju Jaya' dan semoga peroleh rezeki yang melimpah di bulan mulia ini. Amin...

Comments

  1. mcm mana nak kumpul point tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rabia log masuk dekat sweepwidget tu dan klik semua entries way tu.

      Automatik point akan dikutip dari situ๐Ÿ˜‡

      Delete
  2. Sedang gigih mengumpul points.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat dilihat kegigihan kak sha :D
      selamat maju jaya kak sha! moga ada rezeki bulan ramadhan

      Delete
  3. Menarik AO pakai sweepwidget ni, first time dengar tau hehehe.
    Lepas dah faham macam mana nak collect entries, gigih tahu setiap 6 jam pergi collect hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa baguskan....lepas ni mana tahu atiqah pulak buay GA guna tools ni.
      Haaa selamat mencollect point! dah macam collect shopee coin "D

      Delete
  4. Oo pertama kali dengar pasal sweepwidget ni.. menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah cuba kalau ada buat giveaway :D

      Delete
  5. kalau main random pick mcm ni, i never have luck hahaha

    ReplyDelete
  6. Oooo camtu caranya... Apps nie nampak menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak shikin. boleh try nanti :D

      Delete

Post a Comment