• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie bertujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Salam Ramadhan 1442 H!

Salam Ramadhan buat semua warga muslim yang meraikannya. 

Macam mana persiapan puasa kali ni? Okay tak semua? 

Ucapan salam ramadhan 1442h

AO alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Hari tu sepi lama sikit sebab ralit tengok series 'Orange Is The New Black'. Tak rancang pun nak khatamkan series tu, tetiba tersangkut. Eh, eh dah puasa....maklumlah sejak ambil oren jadi nama alias ni, pantang ada terma oren laju je nak tengok, belek, dengar dan sebagainya.

Selepas habis sesi apointment dengan doktor 29 Mac tempoh hari, AO pun dah dipanggil pulang ke tanah air sendiri. Dan 10 April lalu selamat mendarat di tanah Miri ni. 

Glad to be back! Dapat hirup udara bandaraya Miri, berpuasa di tanah air sendiri, setelah bertahun puasa di rantau orang. Last puasa di Miri adalah pada tahun 2016. Jadinya, harap puasa kali ni dapatlah penuh di sini. Tapi, itupun dah ada ura kena balik sana. 

Persiapan Ramadhan AO

Unuk Ramadhan pertama ni masih lagi ambil mood chill-chill rehatkan minda dan recharge tenaga. Terlalu rushing untuk terus buka gerai. Masih dalam persiapan lagi dari semua segi. InsyaAllah esok baru jualan akan dibuka.

Save the date!

14 April 2014 adalah tarikh julung kalinya AO beranikan diri untuk menceburi dunia blogging dan berkenalan dengan rakan blogger lain. Dan sempena memperingati keberanian tersebut, AO akan anjurkan contest.

Hip hip hooray!

Contest ni terbuka buat semua warga blogger di serata dunia. Syarat dia pun senang saja, setimpallah dengan nilai hadiah yang bakal ditawarkan. InsyaAllah. 

Ingat tau esok 14 April 2021 contest akan bermula.

Akhir kalam, semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Amin.....

Sampai berjumpa lagi! 

Comments

  1. Salam ramadhan AO... wah ada contest eh... ok x sabar nak tunggu esok ehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan jugak kak ret. eh baru ada masa nak balas "D

      Delete
  2. Aamiin aamiin ya rabbal alamin.
    Selamat menjalani ibadah puasa jugak AO!
    Wahh contest! Cant wait! ^.^

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa juga Atiqah! yup contest "D

      Delete
  3. wahh contestt . salam ramadhan

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadan AO..
    Dah joint contest

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan kak sha "D
      Thank you sudi join contest AO!

      Delete
  5. selamat berpuasa :) tak lambat nak ucap lagi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa Atie "D
      Masih sempat lagi

      Delete
  6. Oh, AO dah berada di Miri. Buka gerai? AO jual apa, kalau boleh akak bertanya. Dan selamat membuat contest juga untuk AO. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kka nur buka gerai.

      Ada donut gula, donut coklat, bubur pedas, tart telur, cheese tart, bingka pandan, kek batik, bergedil, karipap, samosa, kek sarang semut, wajik, puding karamel, kek pisang dgn air chocopeng.

      Haaa tu je menunya yg dijual sepanjang bulan puasa kak nur. Kalau dkt boleh dtg singgah😂

      Delete
    2. Wow! Macam-macam ada. Kalu dekat, memang akak singgah. :)

      Delete
  7. Tak terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat menyambut ramadan dan selamat berpuasa AO :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih sempat lagi kak az :D
      selamat menyambut ramadhan yang penuh barakah juga "D dalam selamt berpuasa!

      Delete

Post a Comment