• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie bertujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Soft-Launching AO Design Service!

 Alhamdulillah! 

Seperti yang dijanjikan pada hari yang lalu, akhirnya AO berjaya juga merealisasikan impiannya untuk melancarkan webstore sendiri. 


Lama tu baru betul-betul terhasil menjadi realiti! Bayangkan sejak 2017 kot plan nak ada webstore sendiri, akhirnya termakbul jugak selepas lima tahun. Terima kasih pada semua yang mendoakan! Tanpa kalian angan-angankan kekal menjadi angan. 


AO Design soft-launching

Ha, dengan kemudahan dari ecwid, maka terciptalah ruangan AO Design didalam blog ni. Korang boleh pergi ke;


Menu Bar - Design with AO - AO Design Store


Dekat situ korang boleh tengok pakej dan servis yang ditawarkan oleh AO.


Kalau nak tengok unofficial webstore dia korang boleh usha sini [ AO Design Store


Buat masa sekarang, AO store masih belum dapat nak generate or create any coupun discount since the platform I used to setup the webstore is still in a free plan. InsyaAllah, step by step I will upgrading the store and make it look more professional. 


Dekat Instagram aku dah khabarkan secara tidak langsung mengenai semua pakej yang ditawarkan. Tapi pelancaran masih belum dilakukan secara menyeluruh. Minggu setahun bersama COVID ni, adalah pelancaran secara langsung AO Design dan pemasaran secara meluas lagi.


Antara pakej yang ada dalam servis ni adalah:

  • Bronze
  • Platinum
  • Silver
  • Gold

Selain pada tu, hasil kerjasama dengan Ishamuzen Art, AO Design juga ada tawarkan pelbagai Add-On deals seperti:

  • Custom Chibi
  • Favicon
  • Instagram Highlight
  • Blog Header

Jadi, kalau ada antara korang yang tak nak tukar the whole template, nak tukar header saja, AO Design ada tiga jenis pakej header; 

  • Classic
  • Silver
  • Premium

Ha....baru sepuluh item kita lancarkan. InsyaAllah akan sentiasa ada penambahan pada hari mendatang. 

Untuk keterangan secara lebih detail, korang boleh pergi ke AO Design store di bahagian menu bar atas ni.

Terima kasih daun keladi, panjang umur bersua lagi semua!

///

Oh ya, kak Azhafizah kita dulu antara idola yang buat AO teruskan impian untuk buka webstore AO Design ni. Thank you kak! Sekarang gambar yang diambil kak Az, semua cantik dan lawa. Sambal belacan kalau kak Az ambik, boleh kecur liur bhai! Sib baik kat rumah ni belacan sentiasa ada...cuma belimbing kelingking tu susah nak ada...

Comments

  1. wah... all the best AO. mana tau satu hari kak ret perlukan servis AO ke kan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak ret! insyaAllah kita terima dengan tangan terbuka "D

      Delete
  2. Wahh, tahniah AO. Semoga terus sukses :) All the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atiqah! aminnn! semoga sukses jugak!

      Delete
  3. All the best! dan Tahniah AO!

    ReplyDelete
  4. Wah, all the best untuk AO! Insya-Allah, satu hari, akak nak try la servis AO, boleh? Buat header blog ke. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah boleh sangat kak nur! besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan... :D

      Delete
  5. Alhamdulillah.. All the best AO..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tahniah AO.. Insha Allah nanti akak akan cari awak if rasa nak tukar baju☺☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. roger saja kak shikin :D
      sangat dihargai dan dialukan!

      Delete
  7. Br tau AO ada service ni.. next time k... all the best tau

    ReplyDelete

Post a Comment