• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Legends Never Die...

Kabare kalian budiman yang masih sudi menatap laman oren ini. Hari ni 20/03 tahun 1976 adalah tarikh kelahiran seorang legenda yang paling aku kagumi.



Aku tahu bunyinya seakan klise untuk menyanjung mereka yang telah pergi, tapi betullah....lebih baik terkenal selepas mati. Macam arwah Ahmad Ammar Ahmad Azam. Kagum gila dengan kehadiran diorang. 


Aku? Nak terkenal selepas mati? Eleh, hidup pun orang tak kenal, ada hati nak terkenal lepas mati...tinggi benar angan-angan! Berangan je lah mampu...tak rugi apa pun. 


Bagi aku, barisan album Linkin Park yang paling dekat sekali dengan hati adalah 'Hybrid Theory', 'Minute to Midnight; dengan 'One More Light'. Sebenarnya hampir semua aku minat tapi yang tiga ni lah...banyak jadi peneman musim-musim aku takde orang. 


Masa album 'One More Light' keluar, aku macam..."wow, genre baru yang dibawak LP ni..jarang-jarang genre diorang macam ni..." Lagi-lagi masa lagu One More Light tu sendiri...dia macam lost giler...nak pulak masa tu (2017) boleh dikatakan tahun paling lost dalam hidup seorang aku. Dan tahun-tahun itu seolah masih jadi benchmark pada zaman kegelapan. 


Tapi, itu semua cerita lama. Awan lama kata orang. Musim pun dah berubah, tapi guruh yang lepas masih jua didengar...



Sempena hari jadi lagenda nan seorang ni, aku nak gunalah peluang memperingati yang there's always someone, somewhere need our lights...tak besar, seciput pun cahaya itu bisa terangi hidup orang yang memerlukan. Kita je yang tak nampak....

Ingat lagi masa lagu 'Heavy' keluar, dia punya perasaan dan beban itu sangat terkait.


I keep dragging around what's bringing me down

If I just let go, I'd be set free

Holding on

Why is everything so heavy?


Iya....kita masih punya Tuhan. Iya, aku cuba untuk ingatkan. Pada diri. Pada Iman yang kian menipis...cuba untuk tak terlalu terbawa oleh perasaan. Tapi, kadang benda macam ni dia seolah.....


Tu lah...rasa useless, worthless, semua rasa macam tu kadang berkali jugak buat pekak telinga. Makin ditutup, kadang semakin nyaring. Paling takut sekali bila aku mula keliru dengan suara yang menyeru....tapi tulah, standard jawapan yang kita dengar; dekatkan diri pada Ilahi...


Iya, aku dengar nasihat kalian. Iya, aku faham....Allah tak pernah jauh dengan hambaNya...faham, faham...


Aku penat dah dengar semua benda macam tu. Bukan nak pun fikir suicidal thoughts pabenda semua tu. Ingat seronok ke dijerut pemikiran sendiri? Seronok ke? Tak weh....kadang tengah menaip pun kau menangis...tengah jawab exam pun tetiba menangis. Tengah jalan just chilling enjoy ourself pun boleh rasa nak menangis....bodohkan?


Ha ha ha ha...kau dengarlah aku rant ni. Aku pun kadang penat nak letak semua benda professional, semua benda nampak wow, semua benda nampak hebat, walhal hidup sekadar picisan mengalahkan melukut di tepi gantang. Ada ke orang percaya?

Entahlah...aku ni hina je...sekadar seorang manusia yang jadikan minat pada blogging saja untuk aku teruskan hidup jadi manusia punya tujuan dan matlamat. Ya, blogging itu terapi buat aku


Lebih kepada sekadar distraction pada minda. Paling tidak aku tahu apa yang boleh buat aku percaya yang hidup ni worth living...dan segalanya worth remembering...


Ah, dahlah...merapu banyak dah ni...nak ucap Happy Birthday buat Chester, tapi terbebel pulak pasal diri yang entah apa-apa ni. Sadis!


Biasalah sembang Sabtu kan...asal je nak buat sembang sabtu, mesti tengok jam dah 2359....


Bertabahlah diri....masa kau masih jauh lagi. InsyaAllah, istiqomah pada baiki diri, jaga diri....moga Allah dekatkan hati pada yang lebih Hakiki....


Comments

  1. nope. tak klise.. minat kita, hati kita, sayang kita.. smua hak kita :)

    ReplyDelete
  2. Bagus sebenarnya semua itu diluahkan oleh AO.. Jangan disimpan.. sembangkan saja di blog..
    Untuk mereka-mereka yang tak memahami abaikan.. satu je Sha pesan, jangan simpan.. Lagi simpan lagi makan dalam.. Bukan kerana kita tak ada iman, tak ada agama.. Tapi sebab kita sakit.. Sebab tu jangan simpan.. Apa pun platformnya, luahkan.. Tak kira pada blog, pada orang pada siapa atau apa pun.. Luahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "D virtual hug
      thanks kak sha atas ingatannya. insyaAllah akan sentiasa pilih platform blog untuk luah heheheh
      yang penting makan dalam dan peram memang sangat bahaya

      Delete

Post a Comment