• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Berharap Covid-kan Berakhir...

Setahun yang lalu, masa ni semua orang diwajibkan tidak keluar dari rumah masing-masing. 

Setahun lalu, aku masih lagi terkapai-kapai jadi graduan dalam industri kerjaya. Itupun diberhenti...

Setahun lalu, kami merancang untuk family gathering. Sampai ke sudah tiada tarikh pasti...


Berharap Covid berakhir seakan mustahil. Kita yang kena berjaga sentiasa dan belajar untuk hidup bersamanya. 


Dia macam parasit. Yang tercipta hasil gabungan pelbagai bakteria yang wujud dan semakin susah untuk dihapuskan. Iakan sentiasa ada, ada dan terus ada....bukan macam. Ia memang parasit!


Solusinya, barisan pertahanan antibody manusialah yang kena kuat. Sentiasa....


Mask itu sebahagian dari aksesori wajib dalam pemakaian harian setiap kali keluar bersosial. Dia nak kata merungut itu, lelah jugaklah. Bukan bersungut...cuma semakin hari semakin tenat mahu hadap perkara ni. 


Lama....terlalu lama dirasa. Tapi, masih lagi cuba untuk adapt. Cuba untuk terima. Akur dengan arahan...ikut perkembangan semasa walau hati sebel sudah untuk terima. 


Gua capek! Capek! Capek!!! 

Mahu saja dijerit begitu.

Pada siapa?!


Pada siapa mahu dimarah? 


Sebab sudah terang lagi bersuluh, setiap kemusnahan yang berlaku diatas dunia ini adalah hasil dari tangan-tangan manusia itu sendiri...


Seharusnya kita terima. Penghukuman sama rata...


Bunyinya seakan kejam, tapi itu yang dipilih. Kita yang tiada punya apa ini, sentiasakan menjadi lampiasannya. Sentiasa...


Redhalah...kata mereka. Setiap ujian pasti punya hikmah, kata mereka lagi.


Baik, baik....kami dengar dan kami taat...


berjalan di pantai

Mesti jemukan dengan topik berharap covid berakhir ni...dari sebulan jadi setahun kau! hahahaha sabo ajelah....

Comments

  1. Itu la, kan. Satu sejarah, yang kita dapat rasa. Walaupun covid ni tak elok, tapi syukur sangat family kita, kawan-kawan kita, sihat sejahtera. Ada orang, lagi terkesan, hilang kerja, hilang ahli keluarga, sebab covid, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...betul tu kak nur.
      hilang kerja tu dah merasa....huhuhu tapi syukur punya peluang hidup sihat hendakNya... :D

      Delete
  2. Genap setahun dah ye arini...
    Nampak gaya tambah lagi la setahun la klu camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha janganlah gitu kak ret...berhuhulah kita nanti....
      ^_^!

      Delete
  3. First pkp in Malaysia 18/03/2020. Harini dah genap setahun. Betul tu, covid ni dah hidup dengan kita, nak tak nak kita kena terima. Penyebabnya dari manusia jugak. Tak tahu nak salahkan sesiapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu atiqah. meraikan setahun covidlah ye....huhuhuhu

      Delete
  4. Memang lelah sampaikan dah tak lalu mengikuti perkembangan semasa mengenai covid.. Cuma sentiasa patuh SOP dan arahan yang dikeluarkan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak sha! kadang dah jelek pun ada dengan drama covid semua...janji kita jaga diri dan keluarga...setel semua...

      Delete
  5. even dah setahun hadap, tapi masih lagi ada yg tanak ikut arahan, tanak ikut SOP.. tak paham betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah! ini benar sekali atie! panas hati jugaklah...tapi tu lah...tak kemana jugak...kita punyalah paranoid habis...haigoooo

      sabau jelah...

      Delete

Post a Comment