• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Cara Membuat Kakak Jadi Alien

Semalam sambil-sambil belek Google Console, terjumpalah satu query; "Cara membuat kakak jadi alien"

Aku macam, 'Eh, budak ni dah kenapa nak buat kakak dia jadi alien? Benda apalah si kakak buat sampai adik dia google begitu sekali?'

Dan bermacamlah soalannya yang macam tak masuk akal. 

Hidup punya kakak/abang dan adik ni memang kena;
  • punya toleransi yang tinggi,
  • pandai tahu bila perlu mengalah, 
  • tahu bila perlu tegas dan bila perlu jadi sang pematuh segala arahan. 

Jadi, sedikit tips sebagai adik yang berhemah itu lebih baik daripada membuat kakak jadi alien. Meh kita tengok tips jadi adik yang berhemah dulu.

Tips Menjadi Adik Yang Berhemah

  1. Hormati kakak/abang
  2. Buat hal sendiri, jangan kerja dok menyaaakat. Kakak/abang pun sama. Adik dah aman damai tu toksahlah dikacau. Kang kena sumpah jadi alien, naya...
  3. Jangan terlalu ambik hati sangat bila diusik. Chill chill saja...
  4. Behave...

Aku pun bukanlah seorang adik yang jenis penyibuk hal kakak/adik. End up tips aku just, buat hal sendiri. Masa kecil dulu pun, aku boleh termasuk kategori adik yang hurm....yang macam mana tu? Mungkin adik yang literally-nya buat hal sendiri. Kalau dak takkan main sana sini selalu berpenghujung kena jahit!

Masih jugak nak buat kakak jadi alien? 

Hurm...kalau adik pergi confess dekat IIUMC ni, confirm bermacam tips dari barisan pakar netizen akan diterima. Confirm dik! 

Sekarang ni, lain orang lain ragamnya. Memang masa marah, geram, dan tak puas hati bermacam benda tak baik kita harap akan berlaku dekat orang yang buat kita rasa macam tu. Akan ada punya...tak banyak, sikit pun mesti ada...

Tapi, apalah gunanya?

Sebab tu perkara paling susah nak dicapai adalah 'Sabar'. Kalau tak, takde wujud pelbagai falsafah dan kata hikmah mengenai sabar. 

  • Sabar sebahagian dari Iman
  • Patience is a form of wisdom
  • Patience is the ability to count down before you blast off
  • etc.

Tapi, kita tak berada didalam kasut adik ni. Jadi, aku harap semoga adik jumpalah penawar kedamaian dengan kakak adik. 

Itu saja cerita kita hari ni. 

So, korang pernah jumpa queries yang pelik juga ke sepanjang berblogging ni? 

p/s: kalau blog dulu soalan paling famous semua orang cari; 'best ke belajar geomatik' 😅 maklumlah dulu cerita a-z pengalaman jadi pelajar geomatik kita kongsi.

Comments

  1. Lahai, bermacam query orang-orang sekarang. Dah kenapa nak buat kakak jadi alien. Kesian kat kakak. Hehe..
    Akak takde pulak quaries yang pelik-pelik, Alien Oren. Cuma orang search tudung lari. Dulu ada buat post tudung lari. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itulah saya tak tahu kak...>_<!
      mungkin sebab bosan dok lama sangat dengan kakak dia musim pkp tak habis-habis kot! oh tudung lari...mesti ramai cari tudung yang selesa untuk bawa berlari...

      Delete
  2. Dah bosan sangat ke nak jadikan kakak tu alien hahaha. Setakat ni tak pernah lagi la jumpa queries pelik pelik tu hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha barangkali! alhamdulillah kalau takde...lega sikit..takdelah berkerut dahi baca...>_<!

      Delete
  3. Ada je.. kadang kelakar bila baca.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan kak sha...geleng kepala je lah mampu...dunia oh dunia....

      Delete
  4. dia melawak ke serious ? i selalu ckp nak jual adik i dlm shopee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha melawak la kot...biasalah gurau adik beradik ni memang boleh tahan masuk air jugak >_<!

      Delete

Post a Comment