• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie bertujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Sembang Sabtu

Aku harap masih Sabtu lagilah bila aku publish cerita ni...


Dalam lama tak lama, setahun dah hidup dalam dunia virus ni. Alhamdulillah masih sihat dan walafiat hendaknya...syukur...

Dalam banyak duduk tepu meneleku nasib, banyak jugak peristiwa berlaku. Walaupun tidak segiga besarnya, tapi bolehlah buat ubah persepsi pada hidup. Konvo pun tak lagi...hurm...

Ah, apa ajelah konvo sekarang ni. Setahun jugak jadi pesara muda..cyeh pesara muda berjaya...hahahaha mendeee...penganggur berjaya...setahun weh...se-ta-hun! Kejap kan rasa? 



Sempatlah merasa zaman kegemilangan kerjaya kejap. Masa tahun lepas, tak lama lagi waktu ni aku didemoted dari dua bulan kerja. Yelah, siapa jelah nak kembangkan bisnes diaorang bila diumumkan lockdown akan dikuatkuasakan? Picisan graduan yang masuk lambat ni lah biasanya akan dikeluar awal. Syukur jugak...

Paling kurang dapat jugak merasa pengalaman bersimen kaki ye dak? 

Syukur masih punya lingkungan yang memahami dan sentiasa ada untuk rujuk segala emosi. Tak ramai. Tapi ada....

Sembangnya tak banyak, tapi sentiasa ada...


Tak banyak pun series dimarathon sepanjang pandemik lalu...adalah dalam...

  1. The Big Bang Theory
  2. Young Sheldon
  3. Agent Carter
  4. Agents of S.H.I.E.L.D
  5. Hospital Playlist
  6. New Girl
  7. Breaking Bad
  8. Better Call Saul
  9. Go Go Squid!
  10. Emily in Paris
  11. Lupin
  12. ....
Sikitnya...terlalu sikit ni...tu lah..balik-balik ulang tayang F.R.I.E.N.D.S...mana taknya...nak buat review, confirm sampai sudah tak direview...tunggulah mood rajin nak mengomen aku uplah entry semua series ni...

Aku paling suka ending Agents of SHIELD...dia macam sedih tapi dalam masa yang sama rasa cam lost something...yelah...Agent Coulson still hidup...macam kawan-kawan masa zaman belajar bila dah habis belajar, masing-masing ada kehidupan sendiri...ha..macam tu lah feel dia...

Rindunya bilik kat Shah Alam...bila entah dapat balik sana ni pun tak tahulah labu....tunggu last appointment ni selesai...nak harap dapat rentas negeri, naik belon pa semua pun lah tak leh nak harap tinggi....confirm kecewa...

Tenat sudah dengan permainan dunia hari ini...pejam mata sebelah pun terasa sakitnya....

Oh ya, dah nak pukul 12...kiranya ni termasuk sembang Ahad lah ye? 

Anyways...aku rindu nak lepak dengan korang dowh...bukan tak nak balik...tapi tu lah....takleh nak janji....


So, dah setahun kita begini, macam mana korang handle dan serap norma baharu? Okay tak? Ada stress-stress mereng macam aku tak? hahaha

Kalau takde alhamdulillah...

Kalau tanya; 'Apa je yang aku belajar sepanjang setahun pandemik tak sudah ni?' 

garu kepala.....terpaksa sambung entry lain...

Dalam kabur ada jernihnya, dalam keruh, ada manisnya...gitulah hidup.....


Papehal, moga korang semua sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi kehidupan dan moga murah rezeki selalu!!!!


Jumpa lagi!

Comments

  1. Minat menonton Friends juga. Lawak sepanjang masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat! tak kering gusi kalau kena dengan si joey dengan phoebe >_<

      Delete
  2. betul citer FRIENDS tu memang x jemu... suka watak phoebe n joey...
    btw setahun dah covid..setahun norma baru.. mmg stress dok umah wkakaka..
    nak g holiday!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak! saya pun suka diorang dua ni. Ken Adam dengan Princess Consuela Bananahammock aigooo...suka betul majlis kawen si phoebe ni. idaman sungguh!

      kannnn setahun dah!! tepunya ya Allah...nak pi pantai, gunung, bukit, laut tanpa mask!!!!

      Delete
  3. FRIENDS !!! mmg tiap hari bukak clips dekat youtube sambil dgr ! takyah tgk dahhh dah tauu situation dia mcm mna.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn lagi si chandler punya sarkastik...ingat saja...takk sabar tunggu reunion version

      Delete
    2. too much fake hope about reunion version ni .. .tatau la betul ke tak

      Delete
    3. kannnn!!!! masing-masing pun dah tua....sob sob sob...makanya dok ulang lah scene lama-lama >_<!

      Delete
  4. Boleh lah layan series series ni, sebab selalu tak tahu nak tengok series apooo. Alih alih tengok drama korea hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha....itulah...saya ni drama korea ikut mood layan...balik2 memang akan cari sitcom.

      Delete
  5. Fuuhh..dalam setahun ni stress nya tak terkira. Mujurlah masih dalam kawalan. Tak sabar gak nak tunggu merentas negeri. nak balik kampung. huhu..ya ada masa xkemana layan je la drama yang ada online :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...tak sabar sangat nak rentas negeri. dulu rentas negeri rilek je buat...sekarang ni susahnya ya ampunnn....boleh bikin sakit kepala!

      layan drama, movie...dapatlah rasa bestya dapat hidup normal semula...

      Delete
  6. banyak jugak series dia tengok sebab berseries-series..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mana da banyak tu...belum sampe 5000 episod gik. >D

      Delete
  7. tahun lepas rajin la..maraton..tahun ni keje dah bermula hehee ^_^
    ayuh bekerja semula!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tahun lepas maklum dah lama nak berehat tu habis semua nak dimarathon...dah lelama tu tepu dah lah...

      Delete
  8. Semua orang stress kot, sepanjang pandemik ni, AO. Cuma lain-lain sudut berbeza, dari hidup yang dilalui. Semoga AO dapat jumpa semula dengan kawan-kawan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak. kasihan sungguh...alhamdulillah dengan pandemik ni, boleh jadi ruang untuk baiki diri...takut jugak hari-hari buka akhbar berita orang bunuh diri....moga dikuatkan iman dan hidayah sepanjang ujian ni...

      amin!!! thank you kak nur "D

      Delete
  9. Susah nak cakap.. Walaupun setahun tetap terasa betapa berubah 360 darjah kehidupan namun kena juga hadap.. Sedikit demi sedikit cuba menyesuaikan walaupun susah.. Namun tetap kena melangkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak sha...kerana terpaksa aku hadapkan....demia kebaikan semua. ")

      Delete

Post a Comment