• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Upgrading Workspace at Home

Salam Blogger semua!

Ya Allah, lamanya rasa tak jengah blog...rindu gila! Even blogwalking pun tak dan. Maklumlah, AO sibuk dengan pelancaran satu kedai online dekat tempat AO kerja. Penat dia nak pastikan sistem tu elok, masyaAllah....

Sampai tak tenang hidup! Yelah, beza tau kerja kita setup untuk sendiri, dengan kita tolong orang setup. 

Laptop AO ni pun, dah berderu-deru je bunyi setiap kali buka untuk susun atur semua sistem, design dan sewaktu dengannya. Tapi entri ni bukan nak bebel pasal kerja yang memang serabut tu. Entri ni AO nak tunjuklah ruang kerja AO di rumah yang baru upgrade bulan lepas.

Before After workspace deco

Tekad Tukar Deco Workspace

Sejak fasa PKP yang tak pernah habis ni, kita kena terima hakikat bahawa PKP kali ni memang akan sampai hujung tahun. Kerja memang hanya dari rumah. 

Jadi, bila kerja dari rumah ni, space AO yang dulu adalah sesuai untuk zaman belajar. Itupun deco rupa tak semenggah gila. Sampai rasa tak bersemangat nak kerja pun, ya jugak.

Untuk bagi lebih terinspirasi, AO putuskan untuk tukar jugak deco workspace AO. Tak kiralah guna pay later ke apa, tapi dah tekad betul ni...kalau tak, memang tak lena tidur.

Bukan workspace je, satu bilik terus upgrade!

Sejak balik dari Sarawak hari tu, bilik AO memang dah bersawang teruk, seolah mati pun ya jugak. Sudahlah bilik memang warna hitam dan kelabu, bila takde seri, dia jadi automatik mati...

Untuk samakan warna hanya hitam dan kelabu, sampai ke meja tu pun AO sanggup balut dengan wallpaper. Biar hitam tu, hitam solid mewah gitu.

Nak tunjuk gambar bilik sebelum pun lahai....buat segan ja 😅

Bilik AO pun tidak luas mana. Cukup untuk letak dua almari baju, satu Mulig Ikea, ruang solat, pastu tilam. Adalah luas sikit rasa, sebab tilam pun single ja. Bukan queen.

Hajat memang nak upgrade tilam queen, tapi ni pun dah nak cecah 2k, tunda dululah an.

Apa je yang diupgrade?

Dari lantai, sampailah lampu LED. 

Lantai vinyl

Sebelum tukar vinyl, bilik AO guna epoxy ja. Tapi, epoxy ni dah makin lama, terkopak sana sini. Pening jugak kepala nak fikirkan penyelesaian.

Bukan takat bilik je, memang satu rumah guna epoxy. Tu yang sekarang tengah pening nak tukar lantai satu rumah. Nasib rumah kecik, kalau besar, bikin botak kepala! 

Yang ni semua pasang dan setup sendiri. Memang sakit badanlah tiga hari tiga malam. 

Output?

Memang puas hati!

Bila dinding separa gelap, lantai warna gelap, dipasang dengan lampu LED, memang boleh buat bilik nampak tinggi. Serius. Nampak dan rasa tinggi gitu. 

Berbaloi cat hitam satu rumah. hahahaha

Orang pun confused, pasai pa rumah kaler hitam. 😅

Black is mystery you know...

Evergreen jugak satu. 

Warna hitam ni memang rasa macam rumah sempit, tapi, dia nampak elegant, rasa macam masuk dunia lain pun ya jugak. 

Dan pulak sekarang PKPD, entah sampai bila..dah upgrade ruang kerja, at least adalah semangat nak buat kerja, terinspirasi nak siapkan on time gitu...

Alhamdulillah, diberi rezeki untuk punya ruang kerja idaman. Walau tidak sepenuhnya, tapi AO puas hati dan masih tak percaya yang ni adalah ruang kerja AO. Berkali jugak tengok, senyum, puas hatilah...

Hasil titik peluh sendiri kan. Lelah dia, memang terbayarlah.

Itu saja cerita dari AO. 

Macam mana korang dapatkan inspirasi untuk kerja dari rumah? Ada buat deco sana sini jugak ke?

workspace from home

Comments

  1. uwuuu seronoknya dapat renovate satu bilik! I loooove black! Pernah jugak mention kat mak, nk cat bilik warna hitam. free free kena bebel hahaha. tapi bila fikir balik, tak sesuai jugak nak cat hitam sebabnya bilik ni tak berapa nak terima cahaya matahari. btw, i love your workspace... sy odl pun duk ats lantai je, maklumla bilik sempit huhu.. syukur la apa yg ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe alhamdulillah ada rezeki lebih buat upgrade bilik.
      itupun bertahun simpan peram hajat. baru tahun ni tertunai.

      samalah, bilik kita pun lagi takde cahaya lagi best hahahahaha
      thank youuuu. alaaaa siannya atas lantai, takpe insyaAllah next time giliran thes pulak upgarde workspace.

      Yup, syukur tu penting! all the best!!!

      Delete
  2. Cantikkkk
    nanti2 free kak blogwalking blog rabia

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanky you rabia,,, insyaAllah bile berkelapangan

      Delete
  3. Cantikkkkkkk workspace yang after tuuu! Yang bulat macam donut tu lampu study ke AO? Macam comel! Tengah mencari lampu study gak sekarang ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bulat macam donut pun boleh >_<
      itu lighting ring untuk buat video. Yang lampu study pulak belah kanan tu. Warna putih. yang tu AO beli dekat kaison je.

      Tak ingat harga berapa, tapi murah jugaklah. dia guna usb rechargeable.

      sila-sila usha. mana tau dapat inspirasi deco workspace jugak. #shopeecheck

      Delete

Post a Comment