• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Building New Habits

Salam Blogger buat semua warga yang membaca!

Macam mana minggu kedua di bulan Julai ni? Ada okay tak? InsyaAllah, AO doakan semua berada dalam kondisi yang sihat hendaknya dan diredhai Ilahi.

AO sejak dua menjak ni banyak lesap kan?

Hahahah...itulah dia. AO bukanlah full-time blogger, sebab tu kejap ada kejap takde. Kita nama je kerja online, kerja dari rumah, tapi sibuknya berkali ganda dari kerja biasa. 

Tipunya, pagi sampai malam dok mengadap kerja jugak. Risau takde sale, masalah sistemlah....AO terima dengan hati terbuka. Namalah belajar. 

Papehal takmau risau pasal kerja sangat. Demi untuk bagi hidup lebih terurus dan teratur inilah menyebabkan AO guna aplikasi TickTick. Lepas masuk bulan Julai hari tu jugak, AO bertekad untuk challenge diri buat habit baru. 

Haa....apa dia habit yang nak dipraktiskan dan perlu dibuat secara konsisten tu?

Building new habit practice by AO

Why Building New Habits?

Sejak terlalu lama PKP, PKPD semua ni, AO rasa semakin kurang bersyukur dengan hidup. Terlalu banyak merungut, tengok pada sudut negatif dan sebagainya. 

Ya, PKP ni membosankan, penat, jemu dan paling teruk terseksa jiwa sebab tak dapat nak bagi terapi pada diri dengan melihat pantai, laut serta alam yang hijau. Tapi, demi kebaikan bersama, tahan hati jelah... 

Sampai bila?

Itu persoalannya...

Lepas tu, satu Julai lalu, AO bangkit. Bangkit untuk tidak lagi menjadikan halangan itu suatu alasan. Maka, AO mulakan balik habit yang dulunya pernah jadi rutin hidup AO. Tapi sebab lama sangat dah tinggal dan ikut hati perasaan dengan pelbagai tekanan, AO terpaksa develop balik habit ni.

Apa habit baru yang AO terapkan?

1- Ikuti latihan vokal

Ini adalah habit yang AO amalkan setiap kali ada mengendalikan podcast. 

Ya, dulu AO pernah ada podcast. Tapi masa tu masih dibawah nama sofieadie.com. Podcast channel AO bernama 'Orang'. 

Ha....dulu Orang, sekarang Alien pulak!

Apa ke pelik-pelik kau ni AO?

Orang adalah suatu entiti penggantian kata ganti nama diri yang AO bahasakan dalam keluarga. Orang juga simbolik pada suatu kewujudan manusia yang selalu merasa dirinya keseorangan dalam keramaian. 

Itu adalah definisi orang menurut sofieadie. Ye, sofieadie itu juga AO awak...

Latihan vokal ni penting untuk bagi AO lebih yakin bila melontarkan suara untuk didengar orang. Selain pada tu jugak, AO boleh praktis suara menyanyi jugak!

2- Baca 4 buah buku sebulan

Membaca itu bukan hobi, tetapi kewajipan seorang manusia. 

Seperti mencari ilmu, membaca bukanlah dibuat hanya sekadar membaca semata. Ia mestilah sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat dan pengajaran. Itulah pentingnya membaca dalam kehidupan.

Bila kita membaca, otak kita jadi lebih terbuka dan kita cenderung untuk memperbaiki diri ke arah sesuatu yang lebih baik dan menjadi manusia. 

Sebelum ni, AO hanya dapat baca dua buah buku sahaja sebulan. Jadi sebuah buku mengambil masa dua minggu untuk dihabiskan dan dihadam. 

Jadi sekarang AO tingkatkan budaya membaca ni daripada 2  buah buku kepada 4 buah buku.

Buku jenis apa yang AO baca? 

Buat masa sekarang, AO memang banyak membaca berkaitan dengan pembangunan diri. 

3- Execute the plans

Jika merancang itu adalah suatu perkara rumit dan renyah, cubalah melaksanakannya. 

Merancang itu penting dalam hidup. Iya, Tuhan adalah sebaik-baik Perancang, tapi sebagai manusia, kita kena ada garis panduan dalam mengurus hidup dan bukan sekadar pasrah dan ikuti arus semata. 

Ada masanya memang malas nak buat sesuatu, malas berfikir, kalau boleh nak tidur semata. Yelah, nak kejar semua benda ni, tak kemana jugakan. Dunia katanya.

Tapi, sebab ia dunialah kita mahu pastikan setiap saat darinya adalah wadah untuk kita kumpul amalan dan kutip pahala dalam mencari redhaNya. Bukan sekadar sia-sia. 

Ibadah itu tak semestinya kita solat, puasa, mengaji semata. Banyak cabang dia. 

Blog ni pun boleh dikira sebagai ibadah, jika ia membawa kepada kebaikan pada alam sejagat, dan diniatkan untuk Allah, insyaAllah akan dikira sebagai pahala.

Jadi, memang banyak perancangan yang AO nak laksanakan. Antara salah satu projek yang AO bakal execute Muharram 1443 Hijrah ini adalah, Projek Podcast Kepada Sesiapa

Apa jadi dengan Podcast Orang?
AO anggap ia suatu projek percubaan kedua AO dalam menceburi dunia podcast. 

4- Workout

Rutin ini AO lakukan adalah untuk pastikan badan kita kekal segar dan sihat selain daripada nak turunkan berat badan. Selepas hampir 6 bulan sudah memang tak banyak buat aktiviti senaman dan keluarkan peluh, tapi makannya banyak. Tak pasal-pasal berat naik mencanak. 

Terkejut kau dah 50Kg! Lepas tu misi AO sekarang adalah nak turunkan berat kepad 40Kg. 💪💪💪

Pasti boleh.

AO ikut latihan senaman Emi Wong di YouTube

YouTube channel Emi Wong

Maka, setiap pagi sekarang ni AO memang buat rutin yang 30 minit senaman HIIT. Alhamdulillah sekarang berat AO dah 48Kg. Target mesti dicapai! Jangan menyerah. 

Antara habit lain yang AO sedang berusaha untuk istiqomah juga seperti:

  • baca Mathurat, 
  • solat awal waktu dan 
  • detoxiing sosial media. 

Perkara ni memang nampak macam senang je kan. Tapi, nak dapatkan strike istiqomah tu, masyaAllah....

Moga Allah perkuatkan jiwa kita dalam memperbaiki diri dan tingkatkan kualiti hidup. Amin.

Jadi, apa habit baru yang korang buat sekarang? Mana tahu, kita boleh buat sama-sama. 

AO masih tak dapat nak update blog setiap hari. Seminggu satu dua entri tu insyaAllah masih boleh. Hari-hari itu, masih diusahakan. Jadi maaf sangat sebab kadang tak berblogwalking dan sebagainya.

Akhir kalam, moga zaman covid ni berakhirlah segera mugnkin. Tolonglah ya Allah. Aminn..

Stay safe and take care, everyone!

Comments

  1. Welcome back AO, akak yang no.4 tu dari sebelum PKP nak buat tak dapat2🤣.Memanjang ajer terciduk😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, awal-awal memang susah nak konsisten. kena cari rutin yang kita senang nak ikut, pastu baru muscle ni rajin sikit nak bagi peluh.

      boleh punya! chaiyokkkk

      Delete
  2. Ingatkan AO nak berlatih menyanyi huhuhu, maafkan saya.
    Saya pun start bersenam jugakkk sikit sikit, tapi tak lama punn, dalam 10 minit je sehari HAHAHA.
    Semput makkkk buat lama lama
    Btw, saya doakan segala urusan AO dipermudahkan! Fighting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambil-sambil jugak tu tiqah hehehehe

      iya saya pun start dalam 10-15 minit dulu, pastu up sikit-sikit
      memang gila r semput dia...

      terima kasih atiqah! really appreciated it!
      you too!

      Delete
  3. hushhh terinspirasi untuk terus semangat setiap hari! terbaik AO. keep on track!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih faezah ^_^
      kita pun menggali inspirasi luar untuk terus memberi inspirasi...heheheh

      pasti boleh!

      Delete
  4. Datang balik semangat bila baca entry AO. All the best! Latihan vokal tu penting, kalau tak nanti suara dalam podcast menggigil, takpun slow. Saya takde podcast sendiri, rajin mendengar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyyy thank you kak sal!

      yee...saya cuba untuk bagi suara selunak macam DJ Lin gitu...heheheh itulah kena praktis awal.

      terbaiklah dengar podcast. mesti ada favourite channel jugak kan?

      Delete
  5. Selamat Datang. Yang no.4 tu dari dulu berazam, sampai sekarang masih tidak lagi dilaksanakan dengan istiqamah

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaa...memang susah nak istiqomah bila berhenti kak nadia.
      kita pun mujahadah lagi ni. tapi tekad kena tunaikan. saya doakan akak pasti boleh!

      Delete
  6. Waah kita samaaa, pakai YT nya EMI Wong untuk workout daily :D. Baguuuus memang workout dia. Saya kadang juga variasikan dengan workout 10 gerakan plank nya.. awal2 Sampat kaget otot, tapi setelah tuh terbiasa dah :). Rasanya happy sangat kalo keringat membanjir selesai workout.

    Bagus tuh AO, plan untuk membaca buku sebulan 4 buku. Berarti one week, one book lah ya.. Krn sejak resign dari kerja, saya pasang target membaca 1 Minggu, 1 buku. Dan selesai dibaca wajib di tulis reviewny di IG dan FB. Tak terasa nih sudah setahun saya rutin lakukan :). Angga lah melatih otak biar tak senile kan :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh! ada geng!

      iya, emi wong memang terbaik. dan juga praktikal untuk dijadikan senaman dirumah.
      Yang plank tu masih belum saya explore lagi. insyaAllah dah habis rutin ni akan usahakan yang plank pulak.

      betul tu, baca buku memang bagus untuk kuatkan ingatan. ^_^
      saya tengah mengejar nak habiskan ni. doakan ^_^

      Delete
  7. semoga berjaya AO dengan habit baru itu... :) chaiyokkk!!!

    ReplyDelete
  8. Terjumpa blog AO, tertarik dengan blog AO, lain dari yang lain.

    ReplyDelete
  9. Hai kak AO
    Bz rupanya ya
    Rinduu akakkkkk
    Rabia bolehlah keluar dgn umi hari ini shopping2 heheh
    Boleh la hilangkan bosan duk rumah
    Keluar sekejap pun dah happy semacam

    ReplyDelete

Post a Comment