Salam Blogger sekalian!
Pembuka bicara selalunya kitakan bertanya sapa. Bagaimana hari kalian? Okay tak okay? Kalau tak okay, itupun okay...hidup tak semestinya semua kena okay. Kadang tak okay itu pun okay saja...
Take your time, take a deep breath and carpe diem!
Dua hari sudah merupakan hari yang agak kelam buat AO, pasai pa tu, nantilah kita cerita. Rasa macam cerita tu bagus dibukukan. Eh, eh, eh...insyaAllah.
Kurang dari sebulan, AO akan melancarkan satu projek lagi iaitu Projek Kepada Sesiapa.
Projek apa ni?
Pengenalan Projek Kepada Sesiapa
AO memang minat dengar podcast. Sampai selalu terasa nak ada channel podcast sendiri. Lagi satu, AO sudah ada peralatan yang lengkap untuk penerbitan podcast. Tinggal nak mula je lagi.
Dua tahun sudah, AO pernah ada satu channel podcast sendiri. Alhamdulillah, ada jugaklah pendengar walau seorang. Tapi AO terpaksa tarik balik podcast tu dari didengar awam. Masih banyak lagi perkara AO perlu belajar dan praktiskan.
Maka, selepas setahun jugakla sepi dari menghasilkan sebarang karya kreatif, AO rasa sudah tiba masanya untuk kembali aktif. Bersemangat!
Untuk Siapa?
Kepada Sesiapa.
Seperti namanya, podcast ni memang khas kepada sesiapa sahaja yang gemar mendengar podcast.
Genrenya berkisar kehidupan. Cerita yang boleh dijadikan inspirasi kepada startup yang sama-sama tengah berusaha untuk membina empayar dalam menggapai impian.
Sebuah platform perkongsian kisah benar daripada mereka yang ingin berkongsi cerita.
Jadi, AO sangatlah mengalukan kepada korang untuk gunakan peluang ini untuk kongsi cerita bersama.
Podcast ni relevan ke?
Podcast ni dia peneman cerita bila kita rasa puas asyik dengar muzik semata. Macam AO, AO memang ada favorite podcast. Antaranya:
- The Minimalist Podcast
- The Mindset Mentor
- Stoicism for a better life
- The Daily Stoic
- Menjadi Manusia
- Sembang Kencang
- dan banyak lagi
Setengah orang dia suka dengar podcast cerita seram. Ha...genre itu AO memang tak berani dengarlah. Sherammm uiii
Pendapat AO, podcast ni dia macam kita dengar radio. Kita akan serap informasi dibawah paras sedar. Walaupun kita tidaklah begitu fokus mendengar tapi kita boleh faham isi dan penyampaiannya.
Mak, ya podcast sentiasa releven.
Mana nak dengar?
Kepada Sesiapa menggunakan platform Podbean dan akan diagihkan dipelbagai platform utama seperti Spotify, Google Podcast, dan lain-lain lagi.
Sekarang AO dah setup web podcast serta instagram bagi tujuan pemasaran khas untuk 'Kepada Sesiapa' sahaja.
Laman website dan Sosial Media Kepada Sesiapa
Web: kepadasesiapa.com
Instagram: @kepadasesiapa
Korang bolehlah jenguk dan follow dulu medium ni. Isi memang takde lagi. Sebab masih belum dilancarkan secara rasmi
Bila pelancaran rasmi Kepada Sesiapa?
InsyaAllah akan dilancarkan pada 1 Muharram 1443 Hijrah bersamaan 10 Ogos 2021.
Seiring itu juga, sempena Raya Haji ini, AO akan mengadakan satu segmen khas buat para blogger yang ingin menjadi tetamu khas bagi podcast ini. Kira siapa join segmen ni akan diinterview oleh AO sendiri untuk korang ceritakan pengalaman sepanjang menjadi blogger atau juga boleh kongsikan cerita unik pengalaman yang pernah dilalui dalam hidup.
Paling best sekali, sesiapa yang meriahkan segmen ni juga AO akan tawarkan hadiah misteri.
Akhir kalam, semoga korang semua sudilah support projek kecilan AO ini. Semoga kebaikannya berbalik kepada kita semua juga. InsyaAllah Amin.
Happy Blogging everyone! Keep inspiring the world!
p/s: ada peningkatan seminggu dua post. InsyaAllah AO tak jadi chipsmore dah AD (Anak Denesor). hehehehe
Wow k ret x pernah dgr podcast..
BalasPadamInsyallah lps ni bole la dgr segmen2 dr AO
wah terima kasih kak ret!
Padam^_^
Akak pun sama macam Kak Ret. Tak reti dengar podcast ni. Will look forward to listen to yours, AO.
PadamWowww menarikk
BalasPadamterima kasih rabia ^_^
PadamTak pernah dengar pasal podcast ni AO. apapun semoga projek berjalan dengan baik dan dipermudahkan urusan. Aaaminn
BalasPadamamin amin amin. begitu juga buat kak Az sekeluarga. ^_^
PadamAll the best for your new project, AO.
BalasPadamGoodluck AO! Fighting! Saya lah tu suka dengar podcast serammmm hehehehe sebab minat.
BalasPadamAll the best! ;)
Selalu jugak layan podcast sebelum tido, mostly motivasi atau sleep affirmation. Good luck untuk projek AO! Semoga berjaya
BalasPadamWow terbaiklah, Nampak sangat menarik!!!!!!!!!!!!
BalasPadamWah, menarik projek ni. All the best ya AO. Semoga dipermudahkan semuanya.
BalasPadamSupport AO!
Pernah dengar pasal podcast tapi tak tahu apa benda tu.
BalasPadamSha selalu je baca pasal Podcast ini tapi tak pernah cuba dengar.. Macam menarik je..
BalasPadamSha doakan semoga semua urusan AO berkaitan Podcast ini dipermudahkan.. Aamiin..