Salam Blogger semua!
Apa habaq belaka? Sihat dak? Alhamdulillah AO sihat hendakNya. Dalam musim peningkatan yang semakin menjadi-jadi begini,kesihatan itu adalah anugerah paling mahal untuk dikecapi.
Sejak dua menjak ni meriah pulak AO mempromosi Golden Fresh Fruits ini ye dak? Maklumlah bila orang sponsor kita untuk anjurkan segmen ni, kenalah aktif menyampaikan tentang kewujudan mereka, siapa serta apa yang mereka tawarkan kepada kita.
P/s: untuk warga Shah Alam yang nak dapatkan MMT free dari AO, joinlah Segmen Wanna Be MyGFF sekarang!
Siapa Golden Fresh Fruits sebenarnya?
Golden Fresh Fruits (GFF) merupakan sebuah kedai buah-buahan online yang baru saja ditubuhkan pada bulan Jun yang lalu. Pengenalan kepada produk sulong mereka iaitu Melon Manis Terengganu (MMT) membuatkan AO terpanggil untuk kongsikan rasa buah ni kepada korang semua.
Melon Manis Terengganu? Tak pernah makan pun.
Masa kali pertama diberitahu tentang kewujudan buah MMT ni, AO macam blur. Sumpah tak pernah ambil tahu pasal buah-buahan ni. Kita yang tahunya buah tropika dengan buah yang biasa didengar jer lah. Epal, strawberi, anggur, pisang, betik, rambutan, durian, nangka, terap, manggis, ciku, duku, dan lain-lain lagi.
Yang hybrid, kacuk macuk ni, memang tak pernah tahu. Lagi pulak jenis-jenis detail. Macam nenas. AO baru tahu jugak yang nenas ni ada macam jenis. Kerja makan je tahu. Apa latar belakangnya, ah...sape kisahkan. Hahahaha begitulah AO kalau bab buah-buahan ni.
Tambahan pulak, kalau beradik melon ni, AO cuma tahu dua. Tembikai dengan tembikai susu (honey dew). Tidaklah AO kisah beradik melon yang lain sebenarnya banyak. Adoyai....
Sejarah Melon Manis Terengganu
Berdasarkan maklumat dari Google, Melon Manis Terengganu merupakan variati pertama bagi keluarga rock melon yang diumumkan sebagai buah rasmi Terengganu oleh YB Menteri Besar Terengganu pada 29 Spetember 2015. -sumber-
Dikatakan juga, pasaran MMT ini boleh mencecah puluhan ribu ringgit kepada pengusaha buah ini. Ada jugak sanggup tolak gaji besar demi minat menanam Melon Manis Terengganu. Uish tak sangka penangan MMT ni sebegitu hebat. Awat aku baru tau? 😅
Apa rasa Melon Manis Terengganu?
AO pun sukar nak gambarkan rasa dia macam mana. Dia macam honeydew tapi lain banyak. Baunya adalah macam ala-ala beradik melon. Ada bau manis. Tapi tak kuat sangat baunya.
Rasa dia pulak semestinya memang manis. Sangat manis bagi AO. Masa makan tu macam tak terasa manis dia, tapi bila dah habis telan, uiiii berlari cari air! Ni bukan review untuk bagi cepat laris. Tapi, kalau jenis suka manis-manis buah gitu, ha bolehlah cuba MMT ni.
AO ada kongsi rasa buah Melon Manis Terengganu dalam satu video yang diusaha sama bersama Golden Fresh Fruits juga. Korang boleh tengoklah...
Hahahaha jangan gelak okay. AO ni masih noobie lagi bab video production, Lagi pulak bab kena tunjuk muka dan review makan. 😅😆 Musim nak buang lemak ni jugak kenak buat review makan. Aiya yai!
Tapi takpe, barang free jangan segan untuk telan. Buah dia memang rangup. Lagi pulak kalau disimpan dalam peti ais. Kejap je dah lesap. Disuruh potongnya takmau. Dah elok kita potong siap, tup tup habis!
Selepas berpuluh tahun hidup baru dapat merasa buah MMT. Apa da....ada kawan Terengganu pun dorang tak bagitau pun pasal negeri diorang ada buah special. Buah baru muncul pulak tu. Memanglah dia kategori Rock Melon. Tapi dia special banyak sebab dia adalah buah yang telah dipattern dibawah Negeri Terengganu gitu.
Kiranya, hanya Terengganu sahaja yang mengeluarkan dan boleh claim Melon Manis Terengganu. Negeri lain tak boleh pakai dengan nama MMT. Begitulah kisahnya. Betul ke warga Terengganu?
Korang pun tak pernah rasa?
Ha...jangan risau, kalau teringin nak tahu rasanya macam mana, korang bolehlah buat tempahan menggunakan cara berikut:
Tempahan melalui website di
Tempahan melalui Whatsapp di
https://wa.link/nak tempah buah
Harganya berapa?
Yang menariknya pulak, selain daripada buah MMT, Golden Fresh Fruits juga ada menjual buah Limau Bali Tambun.
Musim durian pun AO masih belum makan durian lagi, buah lain pulak kita makan. Dah lama giler tak makan buah durian segar dari ladang. Nak balik kampung.......ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
So, korang yang tak balik kampung, dah lama tak bermain di dusun buah dan kebun ni, korang beli dekat mana buah-buahan special limited dan bermusim? Boleh suggest dekat AO? Kotlah ada tempat yang AO tak pernah dengar jugak ke, meh kongsi sekali meh.
Papehal, stay safe semua dan jangan terlalu leka dan alpa dengan kondisi sekarang, sebab rata-rata dari kita punya potensi untuk dijangkiti dan menjadi pembawa.
Untuk kekal sihat dan cergas, makanlah buah selalu!
Explore.Eat.Enjoy!






Buah limau bali tu pernah mkn
BalasPadamAduh.. sedapnya buah melon..
BalasPadamSha paling suka rock melon..
Melon terengganu ini tak pernah rasa lagi..
Akak suka buah melon. Memang enjoy makan sebab rangup! Tapi baru tahu tentang Melon Manis Terengganu ni.
BalasPadamTak pernah makan lagi. Baru tahu tentang buah ni...
BalasPadamcreative sangat website awak ni... interesting!
BalasPadamsarang burung walet
kebaikan sarang burung
bird nest malaysia
fungsi vitamin c
Saya pernah dengar tapi tak pernah makan. Saya orang terengganu, tapi baru tahu pasal melon manis terengganu ni hahahaha >.<
BalasPadamsedapnyaaaa lahaiii dpt mkn dgn asam boiiii perghhhh kecuqqqq��
BalasPadamSedapnya buah melon. Suka buah buahan melon. Limau barli tu lama betul tak makan. Boleh tahan juga harga buah limau barli sekarang.
BalasPadam