• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Design blog Shuhada Razak

Salam blogger semua!

Minggu ni AO akan review blog-blog yang AO dah siapkan customize buat mereka. Adalah dalam beberapa blog. Tak ramai tapi inipun tak menang masa. 

Time is scarce.

Alhamdulillah AO pun syukur sangat, walaupun AO tak buat iklan, tapi sentiasa ada yang mencari. AO ni pulak satu hal, susah nak kata tidak. Syukur keduanya sebab rata-rata blogger ni semua penyabar gitu. 

Blogger kali ini adalah merupakan blogger baru bagi AO sebab baru buat blog pada bulan Julai lepas. Sangat baru. 

Jom kita terjah blog Shuhada Razak!



Siapa Blogger Shuhada Razak?

Berdasarkan biodata yang tertera di blog beliau, 

Shuhada Razak merupakan seorang isteri, ibu kepada dua orang cahaya mata yang gemar memasak, membuat biskut kek dan roti dan beliau masih belajar menjahit serta mengait.

Ha.....geng kak Nur ni suka mengait. 

Kalau dilihat dari blog ni pun kita pun dapat tahu yang  beliau seorang yang suka berkongsi resepi masakan. AO seronok dengan mereka yang suka memasak ni. Sebab AO memang dan sangatlah tidak gemar memasak 😅

Dulu ya, suka dan seronok sangat. Tapi itu semua dulu. Tinggal kenangan saja. Sekarang, klik-klik, tunggu abang grabfood ketuk rumah. Kita pun sengih ambil makanan. Nasib juga duduk dengan orang yang gemar memasak.

Bisnes sendiri?

Mestilah ada. 

Kak Shu kita ni ada menjual cookies jugak tau. Selain daripada tu, beliau juga merupakan penjual Shaklee. Ha sebut pasal Shaklee teringat Rabia dengan Raydah. Mereka ni antara penjual Shaklee yang berjaya jugak AO tengok. 

Dan lagi satu ada menjual pakaian muslimah.

Boleh support bisnes kak Shu laman Instagram beliau:

Baju Muslimah dan barangan kosmetik

Cookies

Bertemakan warna biru dan putih dengan gaya simple, blog ni antara blog yang sangat mudah untuk dicustomize. Theme asal yang direka oleh Soul Muse ini juga theme yang mampu milik oleh semua yang inginkan wajah baru bagi blog mereka. 

Apa pendapat korang tentang wajah baru blog Shuhada Razak? 

Ada rasa nak tukar baju baru jugak? Ha...kalau ada, boleh jenguk-jenguk portfolio AO dulu. Kalau berkenan, boleh roger ya! 

Boleh terjah blog Shuhada Razak dan follow jika masih belum follow di sini ➜➜ Blog Shuhada Razak

Happy blogging semua! 

Ulasan

  1. Cantiknya...Good job awak...saya dh lupa abis skill mengedit blog ni T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih maizan ^_^

      Padam
  2. Syabas AO.Tak pernah tak cantek bagi nafas baru kat blog orang.Hi3.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. terima kasih kak syu ^_^
      InsyaAllah akan teruskan momentum

      Padam
  3. Cantikkkk! Pemilihan warna punn cantikkk. In shaa Allah nanti kalau saya ada niat nak tukar template, saya contact A0 :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih Atiqah ^_^

      Padam
  4. cntik.. suka background warna biru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah, itu berdasarkan request kak Shu ^_^

      Padam
  5. Balasan
    1. alhamdulillah, terima kasih rabia ^_^

      Padam
  6. Cantiklah hasil AO ni. Saya pun nak buat baru blog tu. Tapi tunggu masa sesuia nak ubah semula. boleh cari AO lah heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahmdulillah, terima kasih Kak Ain.
      Ya betul tu, lagipun AO pun kesibukan sekarang. insyaAllah dah tak sibuk, bolehlah roger-roger ya

      Padam
  7. Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih Naim ^_^

      Padam
  8. Memang terbaiklah hasil keja awak, AO..Akak doakan agar bisnes awak semakin berjaya di masa depan dan akan ramai lagi orang yang akan hire awak nanti... fighto girl...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih kak Shikin, my loyal supporter since 2015.
      Amin, amin, amin!

      Semoga kak shikin pun dimurahkan rezeki selalu ^_^

      Padam

Catat Ulasan