• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Little NoOne Family new theme!

Salam Blogger semua. 

Alhamdulillah siap akhirnya wajah baru bagi blog kakak kita nan seorang ini. Masih juga mengekalkan tema berwarna pink itu suatu kemestian. 

AO masih lagi guna sistem membeli template di Etsy, dan akan mula customize based on permintaan pemilik blog. So, untuk tahun ni blog aienienka.com merupakan blog yang ke-2 request tema warna pink

Apa yang AO perasanlah kan, rata-rata ramai meminta dua warna ni. Tak biru, pink, tak pink, ala-ala biru ke hijau gitu. Tak jauhlah warnanya. 

Janji pemilik puas hati. Itu yang paling penting. 

So, jom kita usha apa yang baru di laman blog aienienka.com ni.

Little NoOne Family new theme!

Little NoOne Family new theme!

Little NoOne Family adalah nama baru bagi blog ni. Sebelumnya, blog ini memakai nama 'Kisah Aienienka'. Setiap tahun kalau perasan, blog ni antara blog yang rajin tukar theme jugak. 

AO kalau takde benda buat (sebelum ni lah), memang suka offer dekat beradik atau kawan-kawan yang ada blog untuk designkan. 

InsyaAllah, ada rezeki, cukup masa, AO buat theme sendiri pulak. Takde dah beli dekat Etsy. Kita jual dekat Etsy pulak ya. InsyaAllah. Doakan impian AO tercapai. 

So, korang tak perlulah terasa limit sangat nak pilih design lagi. 

Wajah lama blog aienienka.com:

Design before

Kakak AO ni memang rajin buat side bisnes selain daripada berblogging. Antaranya:

Consultant Sysfel Skudai

Seller Jimmy Scarves

AO pun kagum betul dengan beliau sebab dalam sibuk menjadi ibu kepada tiga orang anak, beliau masih ada masa menonton banyak giler drama. AO nak tengok drama, kalau takde mood, memang takkan habis even satu epsiod. 

Kalau korang kaki drama jugak, bolehlah share pandangan tentang drama yang kakak kita review ni. Mana tahu, ada yang sama ke, tak pun boleh buat berdebat ke. Bahas drama ni seronok tau. Lagi-lagi kalau kita memang into the drama. 

Terjah blog Aienienka.com untuk tengok design terkini secara live!

Apa lagi kita nak cerita?

Oh theme yang diguna adalah dari Simple The Studio (STS).

Kalau korang peminat theme di Etsy, korang bolehlah usha dari kedai ni sebabnya harga dia semua mampu milik. 

Setakat tu dulu dari AO. Buat masa sekarang AO tak ambil design secara aktif, sebab takut tak tersiap. Plus, projek baru dekat tempat kerja pun boleh tahan pecah kepala ye. Dah rasa macam zaman student pulak. Ada submission dengan kena attend training.

Namalah kerja kan.

Papehal, jaga kesihatan elok-elok semua. Kesihatan emosi, minda, fizikal, semua penting. 

Akhir sekali, enjoy blogging!

Ulasan

  1. Nice template blog
    Semoga dimurahkan rezeki kak AO dan semoga tercapai impian kak AO
    Stay safe

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Rabia.
      Amin amin amin. Semoga rezeki buat Rabia juga dimurahkan selalu ^_^

      Padam
  2. Cantikkk! Memang lawa warna pink tuuu.
    Boleh tahu tak font apa AO pakai untuk blog tu? Berkenan sungguh! >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih atiqah. Oh pasal font tu, blog ni guna font Quicksand. ^_^

      Padam
  3. cantik!!! eee bilalah nak tukar template ni haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, bila-bila pun boleh ^_^ hehehehe

      Padam
  4. Haha makaseh makaseh makaseh. Drama bring me to another world. Escape to other world gituuu... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama kasih sister!

      yeah benar itu. rindu juga mau liat drama ani...

      Padam
  5. cantik... semoga tercapai impian nk jual kt etsy tu nnt ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah. amin amin amin.
      terima kasih atas doanya kak mim ^_^

      Padam
  6. Cantik template Aienieka, secantik tuannya jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillahl. itulah tu kak shikin, pink gitu ^_^

      Padam
  7. Meriah warna dia.Sejuk mata memandang 😁💕

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan!! Pink dia lembut je, sampai AO pun nak tukar jadi AP (alien pink) ^_^!

      Padam

Catat Ulasan