Alien Oren

  • About
  • Contact
  • Welcome September & Terima Kasih Jurnal Shikin Razali!

    • Khamis, September 2
    • Ceritera

    Salam blogger!

    Apa khabar kalian? Lama rasanya tak bersua kan? Adalah dalam hampir tiga minggu jugak AO menyepi dari dunia maya. Lagi-lagi blog. Memang lama jugak tak update. 

    Katanya nak puasa blog Ogos lalu. Sekarang dah September, sekejap betul rasa masa berlalu ya?

    AO harap korang semua berada dalam kondisi sihat wala'fiat hendakNya. 

    Semalam seorang ibu kepada senior AO zaman sekolah dulu dikhabarkan telah pergi ke rahmatullah disebabkan Covid. AO ucapkan takziah buat Kak Tir sekeluarga. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi. Amin...

    Hello September

    Tak banyak cerita pun yang berlaku pada bulan yang sudah. Simpan buat masa sendiri, habiskan dengan movie dan beberapa series dalam bucketlist selain dari mengadap kerja hakiki. 

    Lepas tu, baru sekarang kena kejar balik cerita rakan-rakan blogger. Nanti AO akan blogwalking balik ke blog korang semua. InsyaAllah. 

    Paling best sekali, dalam tak blogwalking, AO tersenarai jugak sebagai pengomen tegar di blog Kak Shikin ^_^

    Alhamdulillah!

    Masa dapat hadiah tu macam terkejut jugak, sebab AO beli barang dekat Shopee kecil je. Sekali terima barang besar. Pelik jugaklah kita kan. Rupanya, hadiah dari Kak Shikin! Wahhhh!

    Teruja dan gembira sangat sebab AO memang plan nak beli storage. Tup tup dapat percuma dari Kak Shikin.

    Terima kasih kak Shikin!!!

    Thank you kak shikin

    Dalam parcel hadiah kak Shikin tu AO dapat:

    1. Storage box kecil
    2. Storage box medium
    3. Storage box large
    4. Eye mask
    5. Mask
    6. Thank you note

    Tak sangka banyak betul hadiah yang diberi kak Shikin untuk pengomen tegar beliau. Kalau macam ni, mahu kita komen setiap hari dekat blog akak sorang ni. Sambil menyelam minum air katakan. 

    Sesi temu bual dengan kak Shikin

    Paling seronok sekali, AO walau tak pernah lagi berjumpa kak Shikin, tapi masa sesi interview untuk podcast hari tu, kitaorang sembang macam kawan dah lama tak berjumpa. Sampai tiga kali talian dihubungkan. Banyak betul pengalaman berharga dari sesi perkongsian tersebut. 

    August in the recap?

    + Marathon series dan movie

    Nah...takde yang best cuma AO banyaklah khatamkan hampir semua Marvel series yang ada dalam watchlist AO. Maklum kakak kita yang sorang ada sponsor akaun Disney+. Apa lagi, kita gunalah akaun tu dengan sebaiknya dak?

    + Hiatus SocMed

    Sekali sekala kita ambil masa untuk detox socmed. Tak lama kejap pun jadilah. 

    Tup tup dah September...

    Begitulah kehidupan kan. Dalam rasa lama masa dihitung, sebenarnya sekelip saja ia berlalu. So, AO akhiri kalam dengan ucapan 

    terima kasih kepada korang semua yang sudi jengah dan komen di blog suam-suam kuku AO ni. Semoga dimurahkan rezeki selalu dan diberi kesihatan olehNya. 

    Papehal jaga diri semua ya. AO minggu depan baru dapat second dose. Tak dapat nak dine in lagi. Even nak masuk Daiso pun AO tak lepas...huhuhu

    Sokay, whatever it is, take care of our health ya!



    Next
    Newer post
    Previous
    Older post

    9 ulasan

    1. aienienka3/9/21 03:06

      welcome back AO. ^^

      Cepat2 la dapat AZ tu. nanti boleh balik sesama. kbai!

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren4/9/21 16:42

        sabar na. esok lusak kita ambik second dose. okay! ^_^

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Balas
    2. NadiaJamhari3/9/21 12:27

      Saya kagum dengan orang boleh berehat daripada social media. Saya tak boleh nak buat mcm tu, sebab saya rasa itu je yang ada sekarng lagi lagi tiktok

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren4/9/21 16:47

        Itulah...ikutkan saya pun agak liat untuk detox socmed once dah addict, tapi cuba jugak once a while. okaylah, tapi tak okay untuk personal branding huhuhuu

        so, ada masanya take a day off jugak dan schedule siap-siap. mungkin boleh membantu.

        Sokay, kadang mengadap tiktok banyak benda baru kita belajar. saya ni jarang bukak, tapi dan tersangkut gak...dari subuh ke isya dok sengih depan tu. bahaya-bahaya....

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Balas
    3. thes3/9/21 16:28

      welcome back AO! baik betul hati kak shikin kasi hadiah banyak centu... moga terus murah rezeki beliau

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren4/9/21 16:50

        kannn...terkejut jugak kita hadiah dia sebanyak itu. lepas ni jadi tukang komen tegar dahlah...hehehehehe

        amin semoga murah rezeki kak shikin selalu ^_^

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Balas
    4. Rabiahtul adawiyah4/9/21 10:16

      Tahniahhh kak

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren4/9/21 16:53

        terima kasih rabia ^_^

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Balas
    5. Shikin Razali4/9/21 20:11

      Alhamdulillah, sama-sama AO.. hihi rezeki awak, kan... Tue la, kita borak-borak macam kawan yang dah lama tak berjumpa sedangkan kita tak pernah bersua muka lagi.. Tapi mungkin disebabkan kita pun dah jadi kawan lama dalam arena blogging nie kot... Anyway, terima kasih akak ucapkan pada awak kerana sudi singgah dan drop down komen kat jurnal akak... Nak hadiah lagi, jangan segan-segan komen lagi yea... hihihihi

      BalasPadam
      Balasan
        Balas
    Tambah ulasan
    Muatkan lagi...

    Next
    Newer post
    Previous
    Older post
    Langgan: Catat Ulasan (Atom)
    Dikuasakan oleh Blogger.

    Formularz kontaktowy

    Nama

    E-mel *

    Mesej *

    Design With AO

    AO Design adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh AO dalam menyusun atur, mencipta dan memberi kesegaran kepada laman blog/website bagi individu yang berminat untuk menaiktaraf personal brand mereka.

    Ditubuhkan pada Februari 2021 sebagai pemangkin merealisasikan impian AO untuk menjadi digital nomad.


    Pengikut

    Latest on the blog

    Popular posts

    Habuk dan Sawang, AO kembali...

    Habuk dan Sawang, AO kembali...

    Well, yup! Hampir setahun sendu. Sibuk sangat di planet Bumi sehingga lupa dunia oren ni. Mahu tebal sawangnya. Iya...blog yang ini aku jarang update. Sebab takde jiwa. Hahaha (nak baca blog berjiwa pergi usha blog sebe…
    Read more »
    Kaki retak, jiwa yang parah...

    Kaki retak, jiwa yang parah...

    Enam bulan lepas banyak peristiwa yang tak dijangka berlaku, terjadi. Dalam masa lima bulan tu jugak, pelbagai perang psikologi dihadap. Dia punya level overwhelmed tu tak payah ceritalah.  Memandangkan aku pun dah mac…
    Read more »
    ABOUT ME
    MY STORY
    ABOUT ME
    Meet the Alien!
    Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

    Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
    WANNA KNOW MORE?
    READ HERE

    Read these first!

    • 1
      NEW THEME
      AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
      Learn more
    • 2
      FROM ZERO
      AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
      Learn more
    • 3
      BLOGGING 101
      Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
      Learn more
    • Home
    • About
    • AO Talks
      • Blog
      • Review
      • Startup
      • Tips
    • Portfolio
      • Blog Design
      • Feedback
      • Past Project
    • Order now!
      • Get Quote
      • Pricing
      • Visit Store
    • Terms & Policy
      • Disclaimer
      • Privacy Policy
      • Terms
    • Contact
    • Sitemap
    Looking for something?
    Enter your keywords below!

    Letter from The Space!

    Good news from Outer Space
    • BMCA
    • Other Side
    • Sitemap
    © Alien Oren • Theme by MG Studio