Alien Oren

  • About
  • Contact
  • Terima Kasih Supporter di Buy Me A Coffee!

    • Ahad, Mei 9
    • Ceritera Santai

    Selesai sudah tolong update blog member kat sebelah. Kalau korang nak baca, sila jenguk [Berangan Selagi Percuma]. Aku tak tahulah kenapa aku lagi rajin update blog yang bergenre diari dan peribadi instead of informative dan trendy. 

    Salam Ramadhan Kareem buat semua warga yang menjengah laman ini. Aku harap korang tidak berduka nestapa selepas mendengar status negara kita yang terkini. Moga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Itu yang patut kita syukuri.

    Hari ni aku nak ambil peluang untuk ucapkan ribuan terima kasih pada dua supporters yang sudi menderma barang seringgit dua kepada dana kreatif AO Design di platform 'Buy Me A Coffee'.

    AO BMCA Appreciation

    Dua bulan sudah, aku ada cerita serba sedikit mengenai 'Apa itu Buy Me A Coffee'. Ia bukanlah ayat pertanyaan untuk suruh orang belanja kita kopi. Tidak!

    Ia adalah metafora untuk mengajak orang dalam menyokong serta menyumbang dana kepada warga yang menjadikan hasil kreatif sebagai periuk nasi mereka. Eh, aku warga kreatifkah? hahaha

    Kreatif ni subjektif. Semua orang punya sisi kreatif yang tersendiri. Nak bahas tentang kreatif memang boleh berjela entri. Takpe kita bahas kemudia hari. Untuk hari ni, selepas hampir empat bulan, aku dapatlah dua orang supporter yang sudi menyumbang dalam bentuk mata wang.

    Beza tau perasaan orang yang support kita bila diorang bagi sesuatu yang bernilai, dengan mereka yang sekadar ikut perkembangan kita di laman media sosial. Dia macam membandingkan orange dan epal. Dua perkara yang bukan dari rumpun yang sama. Tapi dua-dua aku hargai. Thanks gais!

    Aku tahu, aku masih di fasa permulaan untuk menyenaraikan diri sebagai warga kreatif yang bernilai untuk disumbang dana. InsyaAllah masih dalam perancangan untuk menyediakan content yang bermanfaat buat semua. 

    Terpulang pada yang memberi. Kita tak paksa..semuanya sukarela. 

    Alhamdulillah aku syukur punya mereka yang sudi menghulur walau seringgit. Moga Allah berkati dan murahi rezeki kalian dunia akhirat. Amin.

    Apa-apa pun, tak kira cara dan bagaimana sokongan yang diterima, tanpa kalian tiadalah AO. Gitu! hahaha

    Okaylah tu saja cerita aku pada hari ni. Semoga penghujung Ramadhan tahun 1442H ini menjadi hari yang terbaik buat kita semua. Amin!

    Boleh baca juga cerita yang diupdate sepanjang minggu:

    • Baju Baru Blog untuk Jurnal Shikin Razali
    • Tidak Berjasad, Tidak Bertuan
    • Enoughism
    • Kurang 10 hari
    • Makna Sebuah Kehidupan
    Happy Blogging!

    Next
    Newer post
    Previous
    Older post

    4 ulasan

    1. Atie Zieya10/5/21 10:52

      baiknyaaa kan dua org tu :) moga rezeki AO berlimpah ruah

      BalasPadam
      Balasan
        Balas
    2. Rabiahtul adawiyah10/5/21 11:21

      Wahh tahniah kak ada yg baik hati support akak

      BalasPadam
      Balasan
        Balas
    3. Atiqah Najihah10/5/21 12:40

      In shaa Allah nanti ada rezeki lebih, saya akan jadi salah seorang supporters AO :)

      BalasPadam
      Balasan
        Balas
    4. Sha Mohamed16/5/21 05:07

      Alhamdulillah.. tahniah AO..

      BalasPadam
      Balasan
        Balas
    Tambah ulasan
    Muatkan lagi...

    Next
    Newer post
    Previous
    Older post
    Langgan: Catat Ulasan (Atom)
    Dikuasakan oleh Blogger.

    Formularz kontaktowy

    Nama

    E-mel *

    Mesej *

    Design With AO

    AO Design adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh AO dalam menyusun atur, mencipta dan memberi kesegaran kepada laman blog/website bagi individu yang berminat untuk menaiktaraf personal brand mereka.

    Ditubuhkan pada Februari 2021 sebagai pemangkin merealisasikan impian AO untuk menjadi digital nomad.


    Pengikut

    Latest on the blog

    Popular posts

    Habuk dan Sawang, AO kembali...

    Habuk dan Sawang, AO kembali...

    Well, yup! Hampir setahun sendu. Sibuk sangat di planet Bumi sehingga lupa dunia oren ni. Mahu tebal sawangnya. Iya...blog yang ini aku jarang update. Sebab takde jiwa. Hahaha (nak baca blog berjiwa pergi usha blog sebe…
    Read more »
    Kaki retak, jiwa yang parah...

    Kaki retak, jiwa yang parah...

    Enam bulan lepas banyak peristiwa yang tak dijangka berlaku, terjadi. Dalam masa lima bulan tu jugak, pelbagai perang psikologi dihadap. Dia punya level overwhelmed tu tak payah ceritalah.  Memandangkan aku pun dah mac…
    Read more »
    ABOUT ME
    MY STORY
    ABOUT ME
    Meet the Alien!
    Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

    Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
    WANNA KNOW MORE?
    READ HERE

    Read these first!

    • 1
      NEW THEME
      AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
      Learn more
    • 2
      FROM ZERO
      AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
      Learn more
    • 3
      BLOGGING 101
      Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
      Learn more
    • Home
    • About
    • AO Talks
      • Blog
      • Review
      • Startup
      • Tips
    • Portfolio
      • Blog Design
      • Feedback
      • Past Project
    • Order now!
      • Get Quote
      • Pricing
      • Visit Store
    • Terms & Policy
      • Disclaimer
      • Privacy Policy
      • Terms
    • Contact
    • Sitemap
    Looking for something?
    Enter your keywords below!

    Letter from The Space!

    Good news from Outer Space
    • BMCA
    • Other Side
    • Sitemap
    © Alien Oren • Theme by MG Studio