Alien Oren

  • About
  • Contact
  • Tenang itu Mahal!

    • Isnin, Januari 30
    • Inspirasi Lirik

    Kalau orang tanya, perkara apa paling mahal di dunia ini, apa jawabmu?

    Dulu masa fikiran masih diselubungi materialistik, rasa semua benda mahal. Itu ini tak cukup. Selalu mengeluh, bersungut. Semua benda serba tak kena. 

    Lepas tu seiring injaknya usia, baru sedar sebenarnya tenang itu paling mahal. Lapang fikiran, lapang jiwa dan raga adalah suatu anugerah yang paling indah. Rasa cukup dengan segala kehidupan. Syukur alhamdulillah. 

    Hendak dikejar terlalu beria itu tidaklah menjadi sasaran utama. Yang penting jiwa ini tenang. Tidur malam yang cukup nyenyak, di kedinginan sunyi yang buat kita rasa lebih nyaman untuk beradu dan merenung usia di alam sana. 

    Ya, tenang itu mahal. 

    Tidak boleh diberi bagi pula. Nampak tak betapa mahalnya rasa tenang itu. 

    Jika kau miliki, simpan dan jagalah rasa itu sebaiknya. Bukan senang untuk dikurnia rasa tenang begini. 

    AO makan masa bertahun untuk terapkan pemikiran begini. Tenanglah jiwa, usahlah terlalu kalut pada sesuatu yang bukan terletak dalam genggamanmu. Lepaskan keserabutan dan tekanan itu pergi. 

    'This too shall pass...'

    Tarik nafas dalam-dalam, kemudian perlahan dihembus...insyaAllah tenang akan kembali menyelinap masuk. 

    Teringat satu nasyid yang AO pernah dengan masa kecil dulu. Lirik dia berbunyi;

    Jadi AO sudahi entri kali ini dengan perkongsian video klip serta lirik dari kumpulan Qathrunada dengan nasyid mereka bertajuk 'Bahagia'. Semoga bermaanfaat!

    Lirik Nasyid 'Bahagia' oleh Qathrunada

    Bahagia itu maknawi juga bersifat rohaniah
    Rasa senang bukan bahagia sekalipun ia berharta
    Kerana semua itu bersifat lahiriah
    Ia bukanlah hakikat bahagia..

    Tenang itulah tanda bahagia....
    Tiada kenal 'kan keluh kesah
    Bila tiada kebahagiaan....
    Hidup penuh kepuraan

    Mazmumah punca tiada bahagia
    Kerana terus mengekalkannya
    Hasad dengki, gila dunia, 
    Sombong bongkak merosakkan segala

    Carilah tenang dapatkan bahagia
    Cintakan Allah setiap masa
    Bila zikrullah di hayati
    Barulah bahagia diperolehi

    ///

    Sampai bertemu kembali!
    Next
    Newer post
    Previous
    Older post

    6 ulasan

    1. mummy_ayu31/1/23 10:01

      so true..... ada je nak difikirkan bila mcm clear kejab otak tu kan. nak tido pun ada je yg terfikir..
      istifar..its help. in sya Allah... morning , have a good day!

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren31/1/23 22:53

        kan...paling best bila dapat tidur tanpa fikirkan apa-apa...nyenyak siap mimpi tidurnya ^_^. Have a good life too!

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Balas
    2. Cuya31/1/23 18:55

      tenang itu awesome...Harap hidup di dunia akhirat keduanya tenang..Aamin

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren31/1/23 22:54

        Aminnn. Hajat paling diidam ramai. Moga husnul khatimah ^_^

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Balas
    3. NA2/2/23 09:13

      Betul itu hendak dapat tenang bukan mudah.
      Saya masih bertungkus lumus untuk dapat ketenangan.

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren4/2/23 18:42

        Samalah...kadang untuk dapatkan tenang ni suatu yang amatlah mahal. Sekali dapat, memang kita akan hargai.

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Balas
    Tambah ulasan
    Muatkan lagi...

    Next
    Newer post
    Previous
    Older post
    Langgan: Catat Ulasan (Atom)
    Dikuasakan oleh Blogger.

    Formularz kontaktowy

    Nama

    E-mel *

    Mesej *

    Design With AO

    AO Design adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh AO dalam menyusun atur, mencipta dan memberi kesegaran kepada laman blog/website bagi individu yang berminat untuk menaiktaraf personal brand mereka.

    Ditubuhkan pada Februari 2021 sebagai pemangkin merealisasikan impian AO untuk menjadi digital nomad.


    Pengikut

    Latest on the blog

    Popular posts

    Buy Me A Coffee please...

    Buy Me A Coffee please...

    Pernah dengar tentang Buy Me A Coffee tak? Okay, kalau tak pernah, Patreon  pernah dengar? Hurm...tak pernah dengar dua-dua ni jugak...okay meh sini aku tolong ceritakan tentang dua perkara ni. Jangan risau, aku pun bar…
    Read more »
    Apa itu Podcast?

    Apa itu Podcast?

    Sepurnama lalu, ramai juga yang tertanya dan masih keliru antara podcast dan radio. Hurm, part mana yang buat korang keliru untuk bezakan antara podcast dan radio ni?  Kalau korang adalah antara yang sukar untuk bezakan…
    Read more »
    ABOUT ME
    MY STORY
    ABOUT ME
    Meet the Alien!
    Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

    Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
    WANNA KNOW MORE?
    READ HERE

    Read these first!

    • 1
      NEW THEME
      AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
      Learn more
    • 2
      FROM ZERO
      AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
      Learn more
    • 3
      BLOGGING 101
      Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
      Learn more
    • Home
    • About
    • AO Talks
      • Blog
      • Review
      • Startup
      • Tips
    • Portfolio
      • Blog Design
      • Feedback
      • Past Project
    • Order now!
      • Get Quote
      • Pricing
      • Visit Store
    • Terms & Policy
      • Disclaimer
      • Privacy Policy
      • Terms
    • Contact
    • Sitemap
    Looking for something?
    Enter your keywords below!

    Letter from The Space!

    Good news from Outer Space
    • BMCA
    • Other Side
    • Sitemap
    © Alien Oren • Theme by MG Studio