Januari kali ini boleh dikatakan bulan yang agak lama walau telah dikerat oleh pelbagai cuti perayaan. Peliknya masih belum juga dipengakhiran. Akhirnya hari ini, 31 Januari sudah pun menjelma!
Lega!
Itulah perasaan dia bilamana kau di musim sejuk, angin yang redup, tenang, santai...segalanya tenang terasa seolah pagi sentiasa. Tiada malam. AO ingat AO je yang nanti-nantikan penghabisan bulan ni. Rupanya, semua orang pun rasa benda yang sama. Pergh! Sejiwa betullah warga Bumi ni.
Dalam sedar celiknya juga, alhamdulillah masih dikurnia kudrat dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Kadang rasa penat nak hadap, rasa macam takde harapan, tapi tengok sekarang....kita masih disini. Berjuang, bertarung dan tetap bertahan. Tahniah semua!
Be proud of yourself ait mate!
Satu rasa yang paling AO lega bilamana jiwa untuk menulis, mencoret tu seolah kembali dan berkobar-kobar. Rasa dia sampai terdetik 'inilah masanya yang paling ditunggu-tunggu untuk menulis karya sendiri'. Haaa macam tu sekali tau rasa dia. Bukan senang nak pulihkan semangat yang lama hilang dan kelam ni.
Sangat, sangat dan tersangatlah....payah. Lebih lagi kita selalu mempertikaikan semangat sendiri. Bukannya tak boleh. Boleh. Cuma dia punya minat tu takde jiwa. Perasaan itu seolah mati. Mendatar macam tu...
AO pun baru perasan, tahun lepas berapa kerat sangatlah entri yang diupdate. Rasa macam termenung jugak, benda apa yang buat AO hilang ya?
Hurmm...
[Dunia menstabilkan sebuah transisi buat jiwa kita mati...]
Kalau diikut rasa AO yang langsung tak fikir jiwa, mahu tenggelam segala usaha yang bertahun dibina. Terasa rugilah disitukan...
Untuk mencari sesuatu yang boleh bagi nilai pada orang itu bukan senang. Untuk mencipta identiti diri agar tidak ditelan arus yang amat hingar itu lagi payah. Tapi kita tetap percaya pada diri yang kita boleh bangkit dengan cara sendiri.
Biarlah jalan tu sunyi sekalipun. Biarlah takde saksi, tapi kita yakin...kita tetap punya pegangan yang utuh untuk dipaut.
Skema syak entri kali ni. hahahaha...^_^!
Tadi baru habis baca sebuah buku tentang Financial. Sejak dulu sampai la boleh dikatakan genre buku paling cepat khatam adalah berkisar tentang kewangan. Nak serapkan otak ni supaya cerdik kewangan tak semudah masukkan item dalam Shopee cart. Dia macam nak buat analisa item apa yang patut dibeli keluar dari Shopee cart. Tinggal nak slide 'Pay' je. Tapi, masyaAllah...termenung sampai berjam-jam!
Kadang suka usha Shopee ni sebab banyak sebenarnya idea boleh tercetus dari situ. Kadang belek ke Lazada. Sekarang Lazada pun not bad. AO dah lama giler tak shopping dekat Lazada. Mungkin lepas ni boleh mula shopping dekat platform Lazada sejak kos penghantaran Shopee semakin melampau.
Paling kurang kita dapat berjimat di situ. Anggaplah ia harga sebuah kemalasan. Tapi malas kita tidaklah semahal itu! hahaha
Maka, AO harap semoga kalian semua tetap bersemangat dalam setiap bidang yang kalian cebur. AO sejenis manusia yang akan lebih menghargai sesuatu yang dapat memberi nilai dalam diri. Kalian pun mesti juga ingin sesuatu yang dapat memberi kalian suatu input baharu. Bukan sekadar luaran semata, tapi yang penting tenang jiwa.
"Anything is possible when you have inner peace.”
- kata Master Shiffu dalam Kung Fu Panda.
Arakian, semoga Februari membawa pembaharuan dalam menyiapkan diri ke bulan Ramadhan. InsyaAllah.
Eh tidak juga rasa tidak mahu akhiri Januari sebab suka rasa nyaman dan waktu lewat terbenam matahari.
BalasPadamSama rasa lagi semangat pula tulis blog. Sebelum ini ala kadar.
Iya betul tu NA...mungkin faktor cuaca jugak main peranan ilham turun mencurah-curah ^_^!
PadamSelamat kembali, AO. Semoga terus semangat dalam mencari rentak. Harap-harap Februari dan bulan-bulan yang akan datang lebih baik buat kita semua.
BalasPadamAmin amin amin. Terima kasih atas doanya kak Farrah!
Padam