• 1
    NEW THEME
    AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
    Learn more
  • 2
    FROM ZERO
    AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
    Learn more
  • 3
    BLOGGING 101
    Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
    Learn more
Meet the Alien!
Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
WANNA KNOW MORE?
READ HERE

Read these first!

Latest on the blog

Pengalaman Guna Grab Express

Hari Khamis yang lalu, seperti yang dijanjikan, AO telah menghantar buah Melon Manis Terengganu tajaan Golden Fresh Fruits kepada peserta Segmen Wanna Be My GFF tempoh hari bagi yang menetap disektiar Shah Alam. 

Dan peserta yang bertuah dapat merasa buah istimewa ini menjadi milik blogger Ika Shoid!

Lambat jugaklah nak tunggu buah tu sampai sebenarnya. Tapi AO cuba hantar sesegera mungkin sebelum ia berubah rasa. Jadi, tanpa berlengah dan keluar rumah, AO pun apa lagi, gunalah segala kemudahan yang ada dengan melanggan Grab Express untuk menghantar buah tersebut ke tuan yang baru. 

Mudahkan? 

Pengalaman hantar barang guna Grab Express

review grab express

AO sebenar dah lama nak mencuba guna Grab Express, nak tahu betul ke servis ni mahal dan boleh dipercayai sampai dalam masa yang singkat.

Kebetulan AO tak rajin nak keluar rumah dan perlu hantar buah ni, apa lagi, kita buka apps, klik situ, setup alamat sini, tanya Ika, okay tak hantar guna Grab Express, Ika okay je (alhamdulillah), klik, klik, klik dan bayar. Siap!

Apa yang best guna Grab Express?

  • Tak perlu keluar rumah parcel dah sampai
    • Sebagai seorang manusia yang mengambil masa yang lama untuk buat keputusan keluar rumah itu perlu ke tidak, Grab Express sangat memudahkan manusia jenis begini. Akulah tu hahahaha. 
    • Awalnya memang nak hantar sendiri ke rumah Ika. Tapi nak merasa pengalaman guna Grab Express punya pasal, kita pun mencubalah. 
  • Dari pintu ke pintu
    • Ini memang paling mudah sebab AO hanya bagi barang kepada rider dari depan pintu rumah. Tanpa perlu turun. 
    • Maklumlah kita duduk rumah bertingkat-tingkat ni, turun itu suatu dugaanlah. Walaupun ada lif, tetap tak rajin huhuhuhu
  • Servis perkhidmatan yang berpatutan
    • Yang ni AO tak pasti samada ia mahal atau murah. Tapi bagi AO, ia berpatutan. 
    • Sebabnya kalau ditukar mata wang dengan kemalasan, usaha untuk bersiap dan kemudahan yang diorang tawarkan, harganya cukup okaylah. 
  • Jaminan barang sampai
    • Alhamdulillah barang selamat sampai kurang dari sejam
    • Tiada kerosakan atau kehilangan barang
  • Tracking perjalanan boleh dikongsi bersama penerima
    • Yang ini selepas kita siap order untuk delivery, kita boleh share link dengan penerima barang.
    • Just one tap away!

Apa yang Grab Express perlu pertingkatkan berdasarkan pengalaman ni?

  • Real time tracking
    • Yang ni AO perasan, waktu penerima menerima parcel tidak betul. 
    • AO booking sekitar jam dua petang, tapi dalam rekod menerima ianya diterima jam 7 pagi. Macam tak logikkan? Mungkin ada sistem error, kita tak tahu. Tapi boleh diperbaiki. 
  • Function tips untuk rider
    • AO sejenis suka bagi tips kepada rider kalau servis mereka tip top. 
    • Sayangnya button atau function untuk kasi tips kepada rider Grab Express ni takde.

So far tu sajalah yang AO rasa sedikit slacking. Yang lain semua tip top dan amat memudahkan hidup. AO kalau dah jumpa satu aplikasi yang punya featured pelbagai begini, mudah, eWallet pun okay dan segalanya smooth, memang akan guna dalam jangka masa yang panjanglah.

Selepas tiga hari menghantar barang, baru semalam AO sempat update dengan Ika mengenai rasa buah Melon Manis Terengganu ni. Alhamdulillah rasanya masih elok. 

Review Melon Manis Terengganu oleh blogger Ika Shoid

Review MMT by blogger Ika Shoid

AO pun ada tanya, sebelum ni pernah atau tak merasa buah ni?

Ika pun sama macam AO, tak pernah makan lagi buah ni. Dan ini merupakan kali pertama makan buah MMT. Nasib Ika tak confused macam AO kan. 

Masa awal AO rasa buah ni masuk dalam mulut, rasanya agak keliru. Aku makan buah honeydew ke buah tembikai atau rock melon?

Kita pun jenis makan buah main ngap je kan. Rasanya semua sama lebih kurang dengan beradik melon yang lain. Takde istimewa mana pun hahahaha. Cumanya yang istimewa mungkin sebab buah hybrid lokal dari Terengganu. Mungkinlah kan. 

Bila first time makan mungkin sebiji tu tak cukup...Haaaa kalau tak cukup dan nak merasa buah MMT ni lagi, korang tahulah mana nak cari. Hanya di Golden Fresh Fruits!

Cyeh ayat! 

AO tak tahulah betul ke tidak, tapi orang cakap semakin menggerutu kulit MMT ni rasa dia semakin manis. Kalau licin tu rasa dia biasa-biasa je. Itu AO tak pasti, sebab kita bassed on 'orang kata' saja. 

Nak tahu lebih lanjut boleh tanya dengan orang Terengganu sendiri okay? Siapa orang Terengganu boleh sahkan tak 'orang kata' ni? 

Okay sampai sini saja AO kongsikan pengalaman menggunakan Grab Express dan review MMT dari blogger Ika Shoid. Kalau korang pernah menggunakan Grab Express sebelum ni, boleh kongsikan pengalaman bersama.

Kalau nak merasa buah MMT korang boleh ke pasar MMT di Terengganu atau order secara online di Goldenfreshfruits.com

Stay safe and happy blogging everyone!

Ulasan

  1. Baguslah tu ada pengalaman kan

    BalasPadam
  2. at least barang sampai cepat kan

    BalasPadam
  3. Fuh, memang best ada servis gini. sonang haa!

    BalasPadam
  4. senang ada servis macam ni. kan? kita lebih selesa duduk di rumah, barang sampai ke pelanggan dalam keadaan baik

    BalasPadam
  5. Akak belum cuba lagi guna grab express dan tak pasti jika service tue ada cover untuk area Sepang... Hihi kalu tanya akak pasal buah nie, sori sebab akak memang tak makan semua jenis tembikai dan seangkatan dengannya kecuali honey dew..

    BalasPadam

Catat Ulasan