Alien Oren

  • About
  • Contact
  • Cara Goreng Paper Exam

    • Sabtu, Februari 20
    • Inspirasi Santai

    Ini adalah sekadar post rapuan yang terlalu lama terpendam. 


    cara goreng paper exam

    Hari sabtu selalunya orang layan panggung sabtu. Aku pun tak tahu bila kali terakhir tengok rancangan tv macam dulu. So, tiadalah panggung sabtu untuk sekian lamanya.


    Maka, aku kongsikan tips buat para pelajar yang selalu mengalami masalah untuk menjawab soalan final exam. Simple! Korang hanya perlu ikut tips ni sejak mula melangkah masuk kelas.


    Tips Belajar Berkesan

    1. Buat jadual belajar
    2. Sentiasa ulangkaji 30 minit setiap hari
    3. Buat nota ringkas setiap kali habis belajar
    4. Jawab soalan latih tubi
    5. Luaskan bidang pembacaan

    Pada hari peperiksaan pulak, korang dah tak perlu gelabah sangat. Relax. Tarik nafas dan yakin yang korang dah pelajari semuanya. 
    Tenang adalah kekuatan utama sewaktu pertarungan


    Akhir sekali, ketika jawab exam, korang hanya bayangkan cara menggoreng dan memasak yang betul. Kalau tak tahu macam mana, boleh rujuk tutorial berikut:-



    Selesai menjawab, kalau korang masih tak puas hati dengan jawapan yang ditulis, 

    • jangan berbincang dengan kawan! 
    • Balik rumah terus dan 
    • goreng kertas soalan korang tadi

    Kalau masih tak puas hati, abaikan semua kekusutan dan kekeliruan dengan marathon 24 movie MCU. Jangan skip satu pun.

    Selesai semua langkah tu tadi, barulah korang boleh mula belajar untuk subjek peperiksaan yang seterusnya.

    Selamat mencuba!!!!


    Tips selingan:

    • Boleh cuba goreng dengan minyak cap Alif untuk lebih berkesan.
    • Kemudian minyak yang diguna untuk menggoreng tu tadi, boleh diguna untuk menggoreng makanan sebenar supaya segala soalan dan ilmu dapat diserap dalam masakan. Dan bila kita makan, ia akan lebih mudah diserap dalam minda
    • Untuk lagi advance, boleh blender kertas soalan beserta nota untuk dijadikan minuman booster setiap pagi.

    Selamat menduduki hari peperiksaan dan menjadi manusia alien yang berguna buat seluruh angkasaraya!


    Sukakan tips ni? Jangan lupa kongsi dengan alien sejagat!

    tips goreng paper exam

    Next
    Newer post
    Previous
    Older post

    15 ulasan

    1. Ayu.ju20/2/21 20:00

      hahaha sampai nak goreng paper exam .tapi, jangan bincang dengan kawan selepas habis exam tu betul sangat-sangat.

      btw, your blog is very cute omg 🥰🥰🥰🥰

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren22/2/21 15:52

        Iyaa bincang dgn kawan boleh buat keyakinan pada jawapan yg ditulis td tergugat! So jangan sesekali berbincang.

        Thank you ayu🤗

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Balas
    2. Atie Zieya21/2/21 21:02

      thanks for the tips, i really need to get back learning japanese , its been a year huhuhu

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren22/2/21 15:54

        You're welcome!

        Just watch anime, confirmed you become fluent in japanese 😆

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Atie Zieya23/2/21 12:04

        anime does help in real life hahaahah lots of their phase just can not use in real life hahahah so u have to really open the books :)

        Padam
        Balasan
          Balas
      3. Balas
    3. Nina Mads22/2/21 13:34

      nice tips! bt nota ringkas tu paling membantu

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren22/2/21 15:54

        Kan! Nota ringkas senang nak dibelek dan dihafal beberapa hari sebelum exam

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Balas
    4. Nur23/2/21 17:08

      Dulu zaman akak, pehtua nya adalah, rendam nota dan minum airnya. Nescaya boleh jawap periksa. Hehe. Goreng, jangan tak goreng. Jangan lupa, sediakan toyol (nota penting tulis kat kertas kecik). Tapi tanggung sendiri kalo kena tangkap ngan lecturer. Hehe, kenangan betul.

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren23/2/21 19:10

        hahaha serius la??? kita goreng je kak >_<!
        oohhh sepanjang belajar tak pernah lagi bawak toyol. hahahaha tak beraniiii
        bak kata cerita Dunia Baru, kaf ba ro kaf ta alif nun!

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Balas
    5. Cik TK25/2/21 07:33

      Haha betul betul kena goreng. Pernah juga dengar, letak buku bawah bantal masa tidur. Jadi masa tidur, ilmu tu dapat diserap masuk kepala

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren25/2/21 20:48

        haaa yang ni pernah buat. sambil dok hafal, sampai tertido sekali. alhamdulillah berkesan >_< boleh cuba banyak kali. kepala terasa seperti span!

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Balas
    6. Azhafizah MN25/2/21 21:48

      Fuhh siap menggoreng tu. Bagus perkongsian ni :)

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren25/2/21 23:00

        hahaha biasalah tu kak. tak dapat jawab, kita goreng je terus! hahahaha

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Balas
    7. Sha Mohamed5/3/21 11:12

      I did this.. hahaha.. entry ini buat Sha rindu zaman belajar..
      Goreng kertas exam yang memang tak tahu jawapan.. hahaha..
      Tapi memang lepas goreng janganlah bincang dengan kengkawan.. hahaha.. Nanti lagi frust..

      BalasPadam
      Balasan
      1. Alien Oren6/3/21 00:27

        kannnn....siapa je tak rindu zaman belajar. tapi saya paling suka zaman diploma...terasa macam jadi sebahagian watak filem 'kuliah cinta' gitu...hahahaha

        yeahhhh harus goreng berjela-jela walau isinya satu ^_^!

        yup...jangan bincang tu penting gila...bisa murung kalau dibawa bincang hahaha

        Padam
        Balasan
          Balas
      2. Balas
    Tambah ulasan
    Muatkan lagi...

    Next
    Newer post
    Previous
    Older post
    Langgan: Catat Ulasan (Atom)
    Dikuasakan oleh Blogger.

    Formularz kontaktowy

    Nama

    E-mel *

    Mesej *

    Design With AO

    AO Design adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh AO dalam menyusun atur, mencipta dan memberi kesegaran kepada laman blog/website bagi individu yang berminat untuk menaiktaraf personal brand mereka.

    Ditubuhkan pada Februari 2021 sebagai pemangkin merealisasikan impian AO untuk menjadi digital nomad.


    Pengikut

    Latest on the blog

    Popular posts

    Buy Me A Coffee please...

    Buy Me A Coffee please...

    Pernah dengar tentang Buy Me A Coffee tak? Okay, kalau tak pernah, Patreon  pernah dengar? Hurm...tak pernah dengar dua-dua ni jugak...okay meh sini aku tolong ceritakan tentang dua perkara ni. Jangan risau, aku pun bar…
    Read more »
    Apa itu Podcast?

    Apa itu Podcast?

    Sepurnama lalu, ramai juga yang tertanya dan masih keliru antara podcast dan radio. Hurm, part mana yang buat korang keliru untuk bezakan antara podcast dan radio ni?  Kalau korang adalah antara yang sukar untuk bezakan…
    Read more »
    ABOUT ME
    MY STORY
    ABOUT ME
    Meet the Alien!
    Alien Oren @ AO adalah persona yang dicipta oleh sofieadie dibawah naungan Orang Creative Legacy yang telah didaftarkan bagi tujuan mengeksperesikan minatnya terhadap dunia webdesign.

    Tertubuhnya laman ini sebagai langkah bayi buatnya bagi membantu para blogger yang berminat untuk menyegarkan laman blog mereka serta menawarkan khidmat mencipta website dari zero dengan menggunakan platform Blogger dan Wordpress.
    WANNA KNOW MORE?
    READ HERE

    Read these first!

    • 1
      NEW THEME
      AO menyediakan khidmat untuk para blogger yang inginkan pembaharuan pada wajah blog dengan elemen yang lebih segar dan minimalist.
      Learn more
    • 2
      FROM ZERO
      AO juga membantu sesiapa sahaja yang berkeinginan miliki blog mahupun website dari zero.
      Learn more
    • 3
      BLOGGING 101
      Sesi perkongsian mengenai dunia blogging dari pelbagai sumber yang sesuai dijadikan bacaan ringan dan diamal bersama.
      Learn more
    • Home
    • About
    • AO Talks
      • Blog
      • Review
      • Startup
      • Tips
    • Portfolio
      • Blog Design
      • Feedback
      • Past Project
    • Order now!
      • Get Quote
      • Pricing
      • Visit Store
    • Terms & Policy
      • Disclaimer
      • Privacy Policy
      • Terms
    • Contact
    • Sitemap
    Looking for something?
    Enter your keywords below!

    Letter from The Space!

    Good news from Outer Space
    • BMCA
    • Other Side
    • Sitemap
    © Alien Oren • Theme by MG Studio